🚧 Blog Under Refresh!

Note to My Readers: Heads up! This blog is currently under a little renovation. I'm in the middle of refreshing the look and updating the content to make it more meaningful — especially as I share my love story, Turkish language learning journey, and lifestyle experiences.

Feel free to explore the older posts, and come back soon for new updates, fresh posts, and a whole new vibe! 💛📖

Showing posts with label personal. Show all posts
Showing posts with label personal. Show all posts

Wednesday

Ditikam, tertikam atau menikam

Salam.. malam yang sunyi ini membawa aku untuk menjenguk buku diary yg telah ditinggal bersawang.
Sebelum ini ia menjadi teman aku yang paling setia. Namun aku telah biarkan ia dipenuhi lalang dan semak samun.
Hanya beberapa teman yang aku dah anggap dia special aku tinggalkan blog ini.
Bertemankan alunan zikir, menahan sebak  yang nak meletup di dada aku akhirnya membuka semula teman aku yang lama iaitu blog kesayanganku.
Sekali kawan selamanya teman. Itu yang slalunya terjadi dan ini kali pertama salah faham mencetus dalam istilah berkawan.

Monday

Menangis sepuasnya

Bila dikenang balik... sejak dua tiga menjak ni.. hati ni asyik sayu jer.. Aritu tak dpt tido sebab duk pk tentang rasa sedih yang menghantui diri..

Hari ni aku sedih sangat dengan apa yang berlaku pada aku kat opis.  Habis bertungkus lumus dah aku kerja.. walau kadang2 aku tewas dengan keadaan cuaca yang agak panas, angin pun takda, bahang je terasa.. Tapi aku tak mengular,, aku still lagi buat kerja.. Ntah mana lah silapnye sampai arini aku terasa sangat dengan setiap bait kata-kata yang keluar dari mulut bos aku..



Sebenarnya tak yah komen apa .. Dah namanya bos,, ikut suka mulut dia lah nak ckp apa.. Dia peduli apa.. kan..

Macam lah aku ni tak pernah kerja selama ni.. Macam lah aku ni tak berpelajaran dan takda pengalaman.. Aku telan je apa yang dia cakap.. Tapi sehingga detik ini aku tengiang2 terdengar setiap kata-katanya...

Macam hina sangat je diri ni.. Ntah lah.. nak diluah pun tak tahu.. Nak berhenti tapi rasa mcm tak sanggup sebab dalam keadaan skrg susah nak cari kerja..

Aku ingat bila terima keadaan akan lagi okey tapi rupanya kedatangku tak dialukan..

Aku tak tahu apa nak dibuat.. Aku tak tahu nak apply dimana lagi kerja.. Dalam keadaan usia yang semakin meningkat, persaingan dah semakin meluas.. Aku jadi takut nak bersaing...

Ntah lah...buntu!!~ Air mata ni plak asyik mengalir je..

Macam arini.. petang tadi.. aku suk sebak semacam.. aku citer lah kat dua orang kawan sekerja.. Mereka kata takda apa lah .. mainan perasaan je.. Aku sejukkan hati.. hiburkan hati sendiri.. Aku post kat Instagram...


Kononya yang menganggu tu bukan perasaan sedih.. tapi hanyalah perasaan penat...

Tapi nak geruh... Bos datang dan terkeluarlah kata-kata yang menyakitkan tu..

Aku ni jauh dari sahabat.. jauh dari keluarga.. semata-mata mencari kerja yang halal.. Tapi rupanya mungkin bukan rezeki aku..

Walau bagaimanapun aku berharap agarada sinar yang datang kpd aku.. :(

Dont be sad Nadea.... :(


Saturday

everything happens for a reason

Hampir ke jam 1 pagi.... esok pagi dah kerja.. cuti sehari je.. oklah dari tak cuti kan... actually skrg ni aku dah tukar kerja lain... Kerja gaji hari..sebab masih dlm tempoh percubaan.. hmm.. oklah dari takda kan..

So kene keja setiap hari lah baru masyuk... tapi walau bagaimanapun hari ini tetap kena cuti.. Hari ni??? hello Nadea.. ni dah ari lain dah..cutinye semalam 1hb .. skrg dah 2hb.. hahahhaha.. *nila akibat kalau taip malas nak delete so kenalah pusing balik ayatnye*

Hari ni sepatutnye mama n abah datang melawat aku tapi tak jadi.. hmm.. so sad.. 

chewah mcm tak pernah kerja jauh dari family kan.. haha.. poyo aku ni..

Tak sebenarnya apa yang aku nak luahkan malam ni adalah berkenaan dengan emosi aku yang tak keruan dua tiga ari ni..

nak muhasabahkan diri ni sesambil dengan lagu muhasabah cinta.. hahaha ni nak muhasabahkan diri ke muhasabahkan cinta ni?? aiyarks.. apa2 jela kan..

Aku kadang2 terkilan dengan apa yang terjadi pada aku..tp nak terkilan lebih sangat pun tak boleh..sebab mungkin ini dah tertulis dalam kamus hidup aku.. diuji dan terus diuji..

Besar sangat ke ujian yang aku terima?? hmm.. takdalah sangat kalau nak dibandingkan dengan orang lain yang lebih susah.. cuma yelah aku ni je yang rasa down tak berpasal... Mungkin faktor usia yang makin meningkat kot..

Aku tau dan sentiasa ingat dimana setiap yang berlaku ada hikmahnye.. 



Aku tak boleh halang air mata ni mengalir bila memikirkan apa yang berlaku namun aku berharap aku tidak menjadi manusia yang berputus asa.... Amiin....




Friday

Comel tak bisneskad ni


cute tak??? Kad rekaan dan tempahan melalui Hafizzy .. sweet tak?? ada tak yg sudi exchange?? hihihi.. 

Sunday

Banjir di Ladang Pulau Manis

Huhu.. penat mengharung banjir dah beberapa ari ni.. naik kejang kaki kesejukan.. Namun demi menjalankan tugas terpaksa juga redah air banjir untuk memastikan keadaan ladang tidak bermasalah.

Ini ladang tempat Nad bekerja.. Ladang Melon.. Gold Melon, Jade Melon, Rock Melon, Macam2... Office Nad pun habis tenggelam...

Just nak share kat korang pic2 yang telah Nad amik.. :D




Wednesday

LANJUTAN SPECIAL GIVEAWAY 2013

Hye semua.. apa khabar.. huhuhu.. too busy skrg ni nak curi masa ke blog pun susah.. Nad kerja bagian Agro.. jadi kurang masa duk depan komputer.. tambah kt kawasan ladang ni internet dia tak berapa oke.. jadi susah lah nak update itu ini kat blog.. but.. dont worry nad tak lupa..

Untuk pengetahuan korang Nad akan lanjut kan lagi Giveaway ini.. sehingga 14/10/2013. 15 cuti Hari Raya Haji.. jadi boleh lah Nad curi masa sikit.. hehe.. Nad harap kalian tak marah n boleh memahami situasi ini.. Kepada sponsor yang tak sabar nak kasi hadiah tu sorry ea.. Kepada peserta yang tak sabar nak tau pemenang bertuah tu jugak sabar ea.. hehehe..

Oklah Nad nak closed entry ni dulu.. Nak ke farm.. Hari ini ada buah yang nak kene di harvest.. buah apa??? Nak tau?? Nanti nad citer dalam next entry ea..

Oklah.. Bye semua.. Salam Sayang :)

Saturday

Motor Hilang

Assalamualaikum dan salam sejahtera... hmm.. apakah hikmah di sebalik kejadian yang menimpa keluargu hari ini.. Tak ada mood nad nengok blog.. nak bicara tentang GA arini.. tp bila makin stress, terpaksa jugak jenguk blog dan mengalirkan semua rasa stress tu kedalam blog.. Pasti ianya akan lega..

Hari ini dalam kul 10 lebih mcm tu la.. mama dapat panggilan dari adik lelaki yang kini sedang belajar di IKIP.. Berita mengejutkan itu memang memberi satu kesan mendalam dalam diri..

Thursday

Mata masih segar

Selamat hari Raya Aidilfitri.. huhu tired.. arghhh sgt penat.. 2.05 minit masih tak tdo lagi..sambil layan thr..wah best plak layan thr harini..sampai kepagii ualss... hahaha...
Persiapan korang mcm na?? So far kami sekeluarga buat persiapan ala kadar je.. malam ni kami siapkan semua juadah... daging opor, nasi minyak n ayam merah... simple kan..
Esok pepagi selepas menyiapkan adik adik dan makan smua aku kene masuk office jap... esok ada pollination kt ladang jadi aku kene sama2 turun esok support pekerja2 yang sudi dtg pepagi demi tugasan.. tak lama kejap jer..

Wednesday

Selamat hari raya aidilfitri

Sahabat..
Dimalam yg indah ini.. aku ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri kepada semua teman dan sahabat yg amat disayangi...
Pelbagai cubaan dan dugaan melanda kita dan akhirnta kita semua berjaya sampai kedetik hujung bulan yg mulia bulan ramadhan... Alhamdullillah syukur kehadrat illahi kerana mengizinkan kita meneruskan semua ini dengan baik..

Saturday

Agihan Kad Raya

Salam satu Malaysia.. hehe wah happy rasa.. hari ini dapat jugak curik masa sejam dua untuk agihkan my kad raya.. hehe 3 tahun blogging, tahun ni baru berpeluang nak buat kad raya tuk agih2kan kawan2 tersayang termasuk beberapa orang blogger.. hihihih... 

Thursday

Bila wanita dikecewakan


Hai.. amik masa sikit nak menulis entry berkenaan dengan satu isu yang sedang hot sekarang. Asyraf Muslim ... hmm satu nama yang entah lah dua tiga ari ni aku asyik terfikir pasal beliau, dayana dan isteri keduanya. Kenapa ea? kenapa aku menyibuk hal mereka.

Monday

Blog Kembali Ceria

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia kepada semua teman teman blogger yang disayangi..

Hari ini aku dapat mencuri sedikit masa untuk menulis di blog ini.. Seperti yang diketahui agak lama aku tidak berblogging.. eceh..mcm lah blogging sangat.. maksudnya dengan kata lain ialah menulis entry *walaupun entry cap ayam* hehe..

Jadi kedatangan korang kat blog ni nampak tak perubahan dia apa?? tak nampak?? memang lah sebab tak datang sokmo.. RCsad uhuk2 sobs2 sedih.. hehe.. takpalah tak nampak pun takpalah..biar Nad yang habaq mai.. *betul ke aku ni guna habaq2 ni.. kang kalau salah naya jer..* hihihi.. 

Disaat Sendiri

Dikeheningan malam yang indah ini ... air mata mengalir deras seperti air terjun yang menerjuni cerun yang curam..wah itu dia.. hihihi puitis benar.. hahaha.. gelak..ya..sempat buat2 gelak padahal wkwkwk.. 

Bila memikirkan tentang cinta.. aku rasa aku seorang yang tewas.. yang masih menanti cinta ... padahal aku tau ia takkan aku  kembali.. setia ke aku? atau bodoh???? entah lah...



Friday

Selamat bercuti

Salam 1 Malaysia.. hehe apa khabar? Diharap semua sihat seadanya.. Okelah sebenarnya malam ni Nad saja je nak membebel kat blog ni.. busan plak cuti2. ni.. 24 Mei hari ni hari cuti umum semperna Hari Wesak.. Dijadikan cerita best Sabtu dan Ahad juga cuti.. so lamalah plak cutinyer.. boleh lah rehat2..

Sebenarnya aku sekeluarga planning nak bercuti.. ber BBQ ke Gambang Waterpark ke apa ke.. kira Cuti2 Pahang la.. tp malangnya disebabkan aku tak sedar cuti sekolah juga telah bermula maka selama seminggu ni aku gagal menghubungi hotel atau resort untuk dibooking..semua fulled!!! stress plak rasanya..


Dah lah semua family dah balik.. chewah mcm ramai sangat ahli keluarga tu kan.. hehe bukan apa.. adik2 aku kan duk jejauh so panggil lah balik.. kira nak bercuti.. last2 tak tahu nak kemana..rasanya esok lah baru pk kemana hala nak p.. mungkin makan2 atau shopping2 ke apa ke.. tu nnt lah esok kita planning.

Actually aku ni sebenarnya tak suka sangat berhiburan. Aku dah biasa spend masa depan laptop sesorang, pastu duk office.. kerja jadi bila sebut nak p bercuti ni ada lah satu perasaan yang macam ala boringnya lah , penatnye la, mcm2.. tp aku yakin permulaanya aja aku mengeluh nnt bila dah sampai destinasi mulalah  aku org yang terakhir nak balik...


Disebabkan aku kira tiada durumah dua tiga ari ni mungkin aku tak dapat nak jenguk blog dan membalas kunjungan member2  so mohon maaf ea.. nnt aku dah balik nnt akan ku kunjungimu.. waduh gitu.. hihihi

sebenarnya dah lama kami tak  berkumpul satu family... macam2 liku onak duri dalam keluarga ni namun kini semuanya berakhir dengan kegembiraan. Seriously aku happy dengan keluarga aku sekarang.

Semoga cuti ini memberi satu kenangan yang paling indah pada kami sekeluarga..

1600*1200  Children's illustration of Mother Day and Family Love - 1680*1050 Sweet Family illustration -  Cartoon illustration of happy Family13

Thursday

Selamat Hari Guru

Assalamualaikum... Dikeheningan malam ini... Nad nak mengambil kesempatan untuk mengucapkan kepada semua guru2, rakan2 yang banyak memberi tunjuk ajar dan pelbagai ilmu yang berguna tanpa rasa jemu..


Terima Kasih :)

Saturday

Gwiyomi Bobo

Selamat Pagi semua.. ermm arini aku takleh tido.. duk study beberapa perkara berkenaan dengan Wordpress.. 

hehe ye lah kan kene belajar..puas dah blajo pasal blogspot ni.. hehe.. chewah..takdalah..saja je nak cube mengenali wordpress..nak pasang domain semua.. sampai siap.. haha nak wat blogshop ni tp tak siap lagi..

Ngah pening2 ni usha2 facebook jap.. terbacalah satu post.. La arini birthday si Bobo tu dan rupanya kul 12 pagi tadi dia dah uploadkan dia nye Gwiyomi.. wow.. mantop gitu..



Sapa yang belum tengok jangan lepaskan peluang ni.. hihihi.. 

paperpun Happy Birthday Bobo.. 



Wednesday

Good Night

Kehadapan kawan2ku,

Diharap saat entry ini dibaca korang happy dengan kehidupan korang... chewah.. hehe.. ada plak wat entry mcm ni.. Actually sebenarnya takda apa nak dipost kan malam ni..sekadar mengisi masa lapang dan nak ucapkan selamat beristirehat kepada semua teman2 yang mengunjungi blog ini..

Ni lah saja hasil yang dapat aku buat untuk  blog aku..cube korang komen sikit.. berat tak blog aku ni? serabut? or mcm budak2? or tak sesuai? or mcm na?? 

sebelum ni aku tak letak iklan2..sebab aku rasa mcm menyemak.. tp tulah.. sejak dua menjak ni aku tringin plak nak pacak iklan2 dalam blog aku ni.. hehe.. 

motif?? biasalah nak kumpul wit tuk kawen.. hahaha.. kidding..

Skrg ni kurang sikit nak online..sejak2 ada WeChat.. duk ngadap handset jer.. Kadang2 serabut gak sebab duk bunyi notification jer.. tp tu lah..lama2 dah lali.. just off kan noti sound tu setle lah.. hehe.. tp takut gak batery akan cepat kong kan.. sebab keep busy jer..

Oklah aku takda apa nak ditulis lagi..just nak sharekan beberapa pic yang aku amik dekat tumblr.. :)

these-times-will-pass:

Love quotes? you will love this blog!

betul ker???

vodkacupcakes:

And all the young things line up to take your place.

hoho..~

yanilavigne:

(Quotes here)

ermm~

sadisticmonster:

me

thats all for today...

bored entry..

Sunday

Selayang Pandang Perlepas Rindu

wow.. tajuk entry malam ni.. hihihi... mcm power jer.. hihi.. sebenarnya malam2 yang indah hari ini nad nak lah luangkan masa sikit update blog.. Actually sejak ada WeChat nad jadi malas sangat nak on laptop. Tp tulah...tak leh lah malas2.. sian blog ni tak dijenguk.. ye tak..

Sambil jalan2 kat youtube.. Terdengar lah satu lagu dari Indonesia.. Tp musicnya macam music kita di Malaysia..  Tajuknye Selayang Pandang Perlepas Rindu.. So sambil dengar lagu ni dekat 50 kali nad decide nak share ngan korang.. So far lagu ni takda lah bermakna dalam hidup Nad ke apa ke.. cume sweet jer.. hehe...



Selayang pandang pelepas rindu
Aku bertemu dengan dirimu
Di satu malam di bulan yang syahdu
Oh halimah kau curi hatiku
Kamu di kota, aku di desa
Kita kan bertemu temu malam minggu
Bersama teman, bersama saudara
Oh mak indahnya berpacaran
Kita mulai menikmati indah syahdu di malam minggu
Bersamamu dan kita berduaan
Lalu dengan sedikit malu, kau bisikkan kata cinta
Dan malam kita pun jadi indah
Selayang pandang pelepas rindu
Aku bertemu dengan dirimu
Di satu malam di bulan yang syahdu
Oh halimah kau curi hatiku
Ku pandang ku pandang ku pandang langit di batas sana
Yang sendu yang sendu yang sendu me-menusuk hatiku
Kalaulah sayang takkan ku merana
Kalaulah rindu pasti bertemu
Selayang pandang pelepas rindu
Aku bertemu dengan dirimu
Di satu malam di bulan yang syahdu
Oh halimah kau curi hatiku
Selayang pandang pelepas rindu
Aku bertemu dengan dirimu
Di satu malam di bulan yang syahdu
Oh halimah kau curi hatiku
Oh halimah kau rebut hatiku
Oh halimah kau jadi pacarku


Saturday

BEN ASHAARI dan WEECLICKS

Good Morning Malaysia  & Assalamualaikum  :)

Harini bangun pepagi mata ni ngantuk sangat.. kene p ladang sebab ada pelawat nak datang. Fikir2 macam mana nak hilangkan rasa mengantuk ini.. Tetibe sewaktu sedang belek facebook. Terbacalah satu post dari abg Ben Ashaari .. 

Mungkin ini lah cara untuk hilangkan rasa mengantuk ni.. Siapa tau? hehe.. 


BEN ASHAARI

Comelnye baby.. hehe.. Okey.. refer tajuk entry kali ni Nad nak join satu Segmen yang dianjurkan oleh abg Ben Ashaari setelah lama tidak bersegmen kerana kekangan waktu maybe.. hikhik..

Okey tajuk entry kali ni ialah BEN ASHAARI dan WEECLICKS .

Selain dari itu Nad wajib menjawab soalan beliau... KENAPAKAH ANDA NAK MENJANA PENDAPATAN MELALUI INTERNET INI ?

Sebenarnya tak berapa nak pandai mengarang ayat yang ringkas dan padat. Tapi Nad cube yek..


Pada Nad, Nad nak menjana pendapatan melalui internet ini adalah kerana selain dari ingin mengisi masa yang terluang dan suka-suka, Nad juga ingin memperolehi pendapatan sampingan walaupun tak banyak tapi sekurangnya kita akan berusaha untuk memperolehinya. 


Ni pendapat Nad.. korang pula macam mana? Jom join segmen ini boleh lah kita kongsi2 jawapan.

Terima kasih... Have a nice day today :)

p/s : Segmen ni sampai petang ni je tau.. kul 5 petang...


Search This Blog