Sahabat Blogger

Monday

O.Nature Aloe Vera Fresh Soothing Gel

Selamat Petang!!~ Hehehe.. Baru minggu lepas mama tengok GoShop dan dia suh aku belikan Gel Aloe Vera.. Katanya bagus produk ni. 

Aku pun sepantas kilat sebab di suruhnya aku cepat katanya lagi 3 minit promosi tamat. Aiseh!!~ aku pun cepatla bukak web goshop dan belilah produk tersebut.

Tak lama lepas tu dalam dua ari selepas ti sampai la... Ini Produknye.. banyak lah plak. Harga Asal dia RM199 tapi sebab dapat kejar promosi boleh lah dapat harga RM94.00 setelah dpt potongan lagi rebate RM5.

Wednesday

Ditikam, tertikam atau menikam

Salam.. malam yang sunyi ini membawa aku untuk menjenguk buku diary yg telah ditinggal bersawang.
Sebelum ini ia menjadi teman aku yang paling setia. Namun aku telah biarkan ia dipenuhi lalang dan semak samun.
Hanya beberapa teman yang aku dah anggap dia special aku tinggalkan blog ini.
Bertemankan alunan zikir, menahan sebak  yang nak meletup di dada aku akhirnya membuka semula teman aku yang lama iaitu blog kesayanganku.
Sekali kawan selamanya teman. Itu yang slalunya terjadi dan ini kali pertama salah faham mencetus dalam istilah berkawan.

Sunday

Malas

Malas.... memang itu je yang dpt dikatakan..serba serbi malas.. tapi nak!!! hehe... teruja bila tengok blogger-blogger yang aktif,rajin update blog, tapi aku???
Sejak domain www.misznadea.com expired, aku rasa macam dah tak reti nak berblogging, dah hilang arah... padahal ia bukan isu yang besar pun.. berlambak lagi domain yang ada...kan..
Tahun ni lebih baik dari tahun yang lepas, namun tak seindah seperti tahun-tahun yang sebelum ni.. Namun aku bersyukur dengan semua yang diuji kepadaku.. Beban di kepala di hati di dada di mata di bahu hampir tak tertanggung, namun dikuatkan hati, dicekali jiwa untuk menghadapi semua rintangan dalam hidup..
Tahun ni tahun terakhir aku berada dlm era 20-an...Tahun depan makin mencabar.. Rasa masa bergerak pantas sangat.. Aku tak tahu apa akan terjadi dengan nasibku.. Namun aku berharap aku dapat membahagia kan ibu bapa..

Jodoh....satu soalan yang bermain di benak kepala, takut, sedih, semua ada...Sebagai anak sulung, tekanan ni amat terasa.. Perkahwinan je yang dapat membuatkan ibu bapaku bahagia, namun........ semuanya rahsia Allah swt, aku hanya mampu sabar menunggu dan tak putus berdoa.  Walaupun mereka tak bertanyakan kepadaku tapi aku tau.... aku tau apa yang diingini mereka..

Padam taip padam taip.... itulah yang berlaku malam ni.. Banyak mende nak ditaip dan sikongsikan namun ia tak semudah nak di luahkan... Sebelum merapu itu ini... better publish dulu post ni.. and tido...

haaa.. ada satu nak share.. frust sangat malam tadi.. first time nak try buat kek cheese guna cheesedale keping tpi tak jadi.... sebabnya gataiiiii buat cerdik... beria salin resepi, aleh2 p tambah itu ini.. dah tak jadi... membazir.. nak bagi gambor pun malu.. Nasib bek adik-adik and ma sudi makan jugak.. rasa sedap ngat rupa buruk.. hahahaha.. jgn dipandang luaran.. dalaman baikkkkk punye... hihihi nuniiiiteeeeee :-)

Wednesday

Lupa Renew Domain

Blogging Mood!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! ooo blogging mood!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! kemana anda menghilang!!~ uwaaaa... 

Puas aku mencari dan menggali disetiap pelusuk emosi ku.. tak ada!!~ hilang... semuanya hilang... 

Disebabkan terlalu sibuk dengan kerja, aku terlupa untuk renew domain www.misznadea.com dan menyebabkan domain aku di gantung.. nak dapatkan balik aku kene sediakan rm700-1000 hmm.. so sad.. mana ada duit untuk diperuntukkan sebanyak tu..semata2 untuk domain.. Ramai orang kata laa renew je la.. kalau sayang.. ni bukan kata sayang tapi tak sanggup hehehe... Bayar kete sebulan lagi penting.. hehehe.. 

 Disebabkan itu aku terpaksa menunggu selam 60-80 hari dari tarikh xpired domain aku iaitu 31 Mac 2016. Kenapa tak nak tukar domain?? dotmy ada dotnet ada dotdotdot pun ada... hehehe.. ramai org kata tukar je la.. macam lah ko nye blog power sangat.. 

Header Background Designed by Freepik