Selamat tahun baru 2018


Hyee..... Selamat Tahun Baru diucapkan kepada semua rakan2 blogger yang mengenali Nad.. Juga kepada semua yang kawan2 sahabat2 ibu bapa dan adik2 terutamanya..hhehehe.. Semoga tahun ni lebih baik dari sebelumnya.. Yang lepas kita jadikan pengajaran...

Well seperti tahun2 sebelum ni mestila ada azam kan dan semestinya azam tu takkan pernah tercapai sebab apa.. sebab tak pernah nak bersungguh dalam berazam... dan azam tu ialah nak KURUS.. wakakkaka,...

So This year memang dah buat keputusan... bukan nak kurus azamnya.. tapi nak kumpul DUIT.... Kumpul DUIT???? semacam je bunyinya... aah kan selama ni banyak sangat masalah....terutamanya dalam masalah kewangan... sehinggakan kering semua simpanan dan hutang pun sekeliling pinggang... amboii seram benor bunyinya.. 

Ala tipu lah kalau korang tak pernah berhutang kan dan andailah tak pernah.. tahniah diucapkan..
Nad ni ada lah jugak hutang dengan kawan2 yang tak selesai lagi.. ye lah bila ada masalah kawan tolong kan... tapi tula keadaan tak mengizinkan untuk selesaikannya.. Jadi azam Nad tahun ni nak selesaikan semua hutang termasuk hutang dengan bank kebetulan tahun ni banyak tarikh yang nak sampai... means hutang nak tamat... 

Insyaallah boleh kot sebab Nad pun dah planning baik-baik dah.. cuma tinggal masa nak laksanakan saja..

Tahun ni juga nak travel... Insyaallah KOREA dan JAKARTA.. tak mampu nak p jauh2.. tapi itu la.. Wishlist 2018

Selain dari sudut jodoh rezeki kesihatan.. semestinya Nad harap dipermudahkan oleh Allah SWT... Nad harap korang semua ada perancangan.. ada azam dan cuba lah sedaya upaya korang tunaikan azam korang tu yek.. tapi andai lah tak berjaya jangan give up...

Satu lagi yang paling penting kalau boleh nak cuba dekatkan diri dengan blog balik..dengan lebih erat.. Hopefully berjaya...

Apa2 pun..... SELAMAT TAHUN BARU DAN SELAMAT MALAM...

You Might Also Like

1 comments