Bila wanita dikecewakan


Hai.. amik masa sikit nak menulis entry berkenaan dengan satu isu yang sedang hot sekarang. Asyraf Muslim ... hmm satu nama yang entah lah dua tiga ari ni aku asyik terfikir pasal beliau, dayana dan isteri keduanya. Kenapa ea? kenapa aku menyibuk hal mereka.

Siapalah aku untuk menilai perhubungan dan kerencanaan yang ditetapkan untuk mereka bertiga. Tapi itu lah , sebenarnya apa yang berlaku aku sangat lah kecewa dengan tindakan beliau.


Apabila hari ini terbaca blog Beautiful Nara berkenaan dengan puisi nukilan yang dihasilkan oleh Dayana, aku betul2 tersentap dengan ayat2 nya.. Sentap bukan ertinya terkejut beruk.. hihi tp hati aku ni terasa bertapa sedih n pahitnya apa yang dirasa oleh beliau sekarang.

Tentang isu poligami ke apa ke aku tak berani nak komen sebab nnt takut tersalah bicara. Tapi itulah , wanita manalah yang rela diperlakukan sebegitu.

Kenapa Asyraf Muslim jadi begitu? Sdangkan Dayana lagi tertanya2 inikan lagi kita. ye tak.. tapi kalau nak diikutkan kita tak perlu nak pening kepala masalah orang cuma kadang2 tu semua ni boleh dijadikan pengajaran kepada kita. Jangan anggap semua manusia sempurna.

Dalam bercinta pun aku tak mampu nak menahan rasa sakit hati apabila tahu kita diduakan , ini kan pula apabila sudah mendirikan rumah tangga. Mana lah kuat ati ni nak tempuh setiap kesedihan tu. Sekuat mana pun kita pasti akan tewas.

Aku setuju dengan nukilan Dayana yang berbunyi....
Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah
Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah…mudah menyebut kun fa ya kun…
Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan
Tak usah bicara tentang tanggungjwb
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu
Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah
Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia
Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand..
Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah…
Kerana satu dunia tahu
Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan…

Aku kini nak marah melampau pun tak boleh nak setuju dengan tindakan Asyraf pun tak boleh..takpalah semoga apa yang tersirat ada hikmahnya.. Cuma buat insan yang ketiga.. tahniah... :) anda berjaya melukakan hati insan yang bergelar wanita seperti anda...

 sobs sobs!!~ sedihhh

You Might Also Like

5 comments

  1. sedihkan puisi dayana... tergamak suami dia main teka teki dgn dia.. xsangka sungguh.. hal sebenanya blh dibuat kat malaysia je xpyh smpai ke thailand.. ape masalahnye pon xtaw..nk kate xde restu keluarga dayana dah taw psl failkan utk poligami..ish..

    semoga dayana mendapat pahala di atas kesabaran disetiap sakit hatinya.. huhu... sadis.. >.<

    ReplyDelete
  2. girls mana yang tak sedih bila jadi macam ni.....h0pe dayana terus dirahmati Allah..

    ReplyDelete
  3. Tuhan ja yg tau hati seoarng pompuan bila di duakan, betul kan, time couple kita x sanggup dia ada pompuan lain, inikan pula bila dah kawin, bila tahu yg akan ada pompuan lain yg akan tdo sekatil dengan si dia, perghh, boleh gila klu tak kuat iman..

    paling sentap part ni,
    Tak usah bicara tentang dia
    Kerana
    Aku diasingkan darimu kerana dia

    ReplyDelete
  4. yana, karmila, nazirah : itulah tak diduga.. tp susahnya lah nak menerima ni kan... sian isteri2 yang menjadi seperti Dayana.. semoga hikmah yang terbaik untuk dia.....

    ReplyDelete
  5. memang menusuk la puisi nye..
    sape yg tk sakit hati kan. kapel ponn sakit haty bila di duakan , apelagi da kawen kannn. .

    ReplyDelete