3 cara buat bibir kelihatan merah

To all my dearest friends, 

Salam 1 Malaysia... How are you? eceh!~ nak speaking lah konon ea? hikhikhi takdalah malam ni nad saja je kerajinan nak menulis entry kat blog. Duk saja2 rasa nak suh cepat mengantuk p lah ngadap cermin mekap. Bukan nak bermekap tapi nak pakai krim malam. Sebelum tido katakan... duk sapu kat muka tetiba teringat aku tak beli lagi lip tint aku yang dah habis tu. Aish skrg ni aku ni bergantung ngan lip tint plak. Bek aku merahkan bibir ni secara manual means tak yah nak beli lip tint ke apa ke.

Tak silap aku lah aku ada lah teringat beberapa tips yang pernah aku terbaca dulu. So malam ni aku nak cuba lah salah satu dari tiga tips yang akan aku share kan kat korang. Seingatan aku lah lebih kurang tiga tips aku tahu untuk buat bibir kita kelihatan merah dan cantik lah konon.. hahaha * mata ke atas tangan ke bahu :P


1. Letak ubat gigi
Florida yang terdapat dalam ubat gigi sebenarnya boleh membuat bibir kita akan merah merona. Percayalah. Senang je cara dia amik sikit ubat gigi tu dan sapukan di bibir. Biarkan selama 3 hingga 5 minit dan kemudian bilas dengan air suam.  Buat lah selang sehari ke atau hari hari.. In Syaa Allah boleh buat ia kemerahan. tapi jangan banyak kan merah lebih dari bibir plak. hahahaha.... 

2. Urut bibir dan kalau boleh dengan minyak kelapa
Ambil jari telunjuk, colek kan pada minyak kelapa sikit dan sapukan pada bibir. Picit or tekan dia perlahan2 selama beberapa minit. Tujuan dia adalah untuk menghilangan kedutan, kerutan  / garis halus pada bibir. Jadikan rutin harian tau. :P

3. Madu
Madu boleh mengurangkan kekeringan pada bibir dan semestinya akan membuatkan bibir kelihatan lebih merah berseri. Mudah juga, korang cume sapukan pada bibir menggunakan jari anda tp ingat pastikan korang dah cuci n bebas dari lipstick atau lip balm atau sebagainya. Madu asli ke madu segera ke apa ke tak kisah asalkan madu. campur sedikit dengan minyak zaitun pun ok jugak tau. setitik dua sudahlah ehehehe...


Ni lah tiga tips yang nak dikongsi ngan korang . Tapi kalau nnt ada salah ke teguran ke inform lah ea. Manalah tau tips nad yang pertama tu tak leh pakai . Sebab duk sapu ubat gigi. Nad rasa boleh dan pernah terbca tak silap tp tu lah kadang2 takut khilaf kan.. Betul tak?

Korang tau kan vaselline boleh letak kat bibir? ramai member2 nad isi mende alah tu. Tapi nad tak leh guna vaseline ni sebab bibir akan membengkak. Sensitive.. tak tau kenapa...

ok lah mata dah ngantuk ni.. Salam sayang kepada semua.. Selamat Malam semua :)



Popular posts from this blog

KEBAIKAN PENGGUNAAN SERBUK MUTIARA BAGI IBU YANG MENGANDUNG

O.Nature Aloe Vera Fresh Soothing Gel