🚧 Blog Under Refresh!

Note to My Readers: Heads up! This blog is currently under a little renovation. I'm in the middle of refreshing the look and updating the content to make it more meaningful — especially as I share my love story, Turkish language learning journey, and lifestyle experiences.

Feel free to explore the older posts, and come back soon for new updates, fresh posts, and a whole new vibe! 💛📖

Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Monday

5 tips for New Blogger

Blogging? Well i'm not expert about this tapi saya suka berblogging walaupun untuk santapan diri sendiri. Walaupun tak sefamous blogger lain, namun saya masih kukuh bersama blog sy http://www.misznadea.com. Banyak suka duka yang saya tempuh sepanjang tempoh berblogging. Ingat blogger tak kene kecam ke? muakakka!!~ 

Well, ada je blogger-blogger yang baru and percayakan saya dan minta tips dari saya. hihi kelakar plak. Takpalah.. orang mint kita kasi tips.. kita kasilah.. tips untuk blogger baru yang nak bertahan lama bukan nak glamour.. lain tau.. 


Nad pegang 5 tips ni je :)

1. Please Be Yourself and Do what u love to do.

Memang lah senang je kalau kita nak jadi orang lain, menceritakan tentang diri anda yang sememangnya bukan anda. Tapi lagi baik dan telus jika anda meletakkan diri anda sendiri di dalam blog anda. Ia akan menjadikan ia unik dan lebih baik. Buat apa yang anda suka. Jangan buat apa yang anda tak suka sebab ini akan menyebabkan orang kutuk kita tnpa sedar.

2. Be polite and Media social

Please be polite, sebab dengan sifat ni membuatkan kita disenangi oleh rakan-rakan blogger.  No need to sombong-sombong, hehe. Terima teguran dan kelemahan kita walaupun kita jenis yang buat apa yang kita suka. Dengan ada nya media social seperti Twitter, Facebook dan sebagainya, ia dapat membantu kita untuk mempromosikan blog kita.

3. Matikan Captcha

Buat apa nak ada captcha, ia menyukarkan pengunjung yang datang ke blog anda untuk mengomen. Mungkin lah dalam 1000 orang sorang je yang sudi mengomen. Tapi baru je mood dia baik nak mengomen ada plak captcha-captcha ni.. Dah dia cancelkan niatnya.

4.Rajinlah ber Google

Cubalah anda luangkan masa untuk men google.. cari tentang blog.. minat anda pasti akan berkobar-kobar jika anda rajin mengoogle tentang blog. Try edit blog sendiri untuk mendatangkan kepuasan walau pun adoi susahnya. 

5. Don't Give up

Sebagai seorang blogger, pasti banyak kali anda akan berasa kecewa dengan blog anda dan jika ini berlaku, cara yang terbaik adalah berehat dan segarkan diri anda. Fikir balik mengapa anda nak memulakan blog. Contohnya macam saya, bila tengok blog orang lain rasa kecil je diri ni, perasan malas nak blogging dah muncul. Namun dikuatkan hari untuk menulis entry ni yang mana kebetulan ada seorang rakan blogger yang bertanyakan tips untuk blogger baru. Setelah di fikirkan kembali, saya buat tip ini. Sedikit sebanyak saya dapat suntikan semangat untuk diri sendiri juga. Kesimpulannya kalau rasa give up cuba buat sesuatu yang baru pada blog anda :) Jika anda masih berminat dengan blog kemudian teruskan berblogging.

Sunday

Panduan Membeli-belah diatas talian

Membeli-belah dalam talian adalah satu aktiviti yang menyeronokkan. Secara peribadi, saya suka untuk melayari kedai-kedai yang berbeza dalam talian untuk melihat trend dan koleksi terkini. Semuanya dihujung jari.

Namun terdapat satu kelemahan dimana anda berminat untuk membeli-belah di atas talian tetapi anda pening dan runsing berkenaan dengan size. Jadi kerja nak kene pulang balik barangan tersebut jika size tidak sesuai dengan anda, tu pun kalau boleh pulang balik. 

Menentukan saiz sempurna dengan melihat imej pada skrin komputer boleh membuat membeli-belah dalam talian sedikit rumit. Mengetahui bagaimana untuk mengukur diri anda boleh menjadi bantuan yang besar dan ini yang hendak saya kongsikan kepada anda :

Cara yang paling mudah dan paling tepat untuk mendapatkan ukuran adalah dengan menggunakan pita pengukur lembut. Terdapat empat tempat di mana anda perlu untuk mengukur diri sendiri. Bust, pinggang, punggung dan inseam.


Mengukur 'bust' anda adalah mengukur di bawah tangan anda di bahagian sepenuhnya dada anda. Perlu berada di antara tiga puluh satu dan empat puluh dua inci Untuk memecahkan ia ke bawah tempat satu hujung pita pengukur di bahagian sepenuhnya dari payudara anda (di bawah ketiak) untuk mendapatkan ukuran yang betul. 


Mengukur pinggang anda adalah sangat jelas dan saya pasti anda akan tahu apa yang perlu dilakukan. Tetapi bagi mereka yang mungkin agak teragak-agak, bulatkan pinggang anda di atas butang perut anda dan di bawah tulang rusuk anda.

Seterusnya, balut di sekeliling diri dari pinggul ke pinggul dan ada anda telah mendapat ukuran pinggul anda. 

Untuk mengetahui inseam anda, mengukur bermula jahitan kelangkang dan berakhir di bahagian bawah kaki anda. Inseam anda akan dapat membantu anda membeli seluar yang sesuai dengan baik dan akan menentukan jika anda memerlukan 'tinggi' atau inseam 'biasa'. 

 Jangan lupa untuk anda memastikan apakah jenis bahan dan fabrik yang anda akan beli itu.  Saya harap tips ini akan membantu sebahagian daripada anda dan Happy Shopping!

Saturday

5 sebab kenapa suami menipu anda

Sebagai isteri, pasti tidak suka apabila mendengar dari mulut orang yang mana suami menipu anda. Jadi, di sini adalah beberapa sebab tentang mengapa suami anda menipu pada anda.

Petua kecantikan nenek moyang

Terdapat beberapa petua dan pantang larang untuk kelihatan cantik. Ianya tidak melibatkan kos yang begitu tinggi. Jom kita ikuti petua2 nenek moyang kita untuk kelihatan cantik.

Makanan untuk mata yang sihat dan cantik

Memiliki mata dan penglihatan yang cantik dan jelas adalah anugerah yang sangat bermakna. Tak semua yang akan bertuah namun kita mampu mengekalkan kesihatan mata kita dan pastinya ia bukan lah suatu perkara yang mudah.

Kebaikan arang untuk kecantikan

Arang merupakan karbon yang mengandungi oksigen serta boleh menyerap gas dan toksin berbahaya. Kebaikan arang antaranya :

Petua melegakan perut meragam


Arghhh... sakit perot apalah mengganggu kegiatan harian kita. Namun tahukah anda yang mana ada beberapa makanan yang boleh melegakan sakit perot ini.. Antaranya :

Ubat gigi dan garam boleh menghilangkan bintik hitam ?

Tahukah anda campuran ubat gigi dan garam dapat membantu menghilangkan bintik hitam? Cuba tips di bawah dan lihat sendiri hasilnya.

9 makanan berkalori tinggi

Sepertinya diketahui ramai untuk mengurangkan berat badan bukanlah satu perkara yang senang. Ada dua pilihan iaitu mengurangkan kuantiti makanan mahupun bersenam bagai nak rak. hehe... Jika bersenam pilihan anda maka anda perlulah membahagikan masa dengan sebaiknya untuk melakukannya. Namun jika anda memilih untuk mengurangkan kalori, anda perlu mengetahui makanan apa yang tinggi kandungan kalorinya.

Hujan bukan penghalang untuk bergaya

Musim hujan / tengkujuh bukanlah penghalang untuk seseorang itu bergaya dan kemas samaada ke tempat bekerja atau kemana-mana.  Kadang kala ada di antara kita yang kelihatan selekeh sahaja apabila musim hujan menjelang. Alasannya pasti akan diberikan.

Tuesday

3 cara buat bibir kelihatan merah

To all my dearest friends, 

Salam 1 Malaysia... How are you? eceh!~ nak speaking lah konon ea? hikhikhi takdalah malam ni nad saja je kerajinan nak menulis entry kat blog. Duk saja2 rasa nak suh cepat mengantuk p lah ngadap cermin mekap. Bukan nak bermekap tapi nak pakai krim malam. Sebelum tido katakan... duk sapu kat muka tetiba teringat aku tak beli lagi lip tint aku yang dah habis tu. Aish skrg ni aku ni bergantung ngan lip tint plak. Bek aku merahkan bibir ni secara manual means tak yah nak beli lip tint ke apa ke.

Search This Blog