Hujan bukan penghalang untuk bergaya

Musim hujan / tengkujuh bukanlah penghalang untuk seseorang itu bergaya dan kemas samaada ke tempat bekerja atau kemana-mana.  Kadang kala ada di antara kita yang kelihatan selekeh sahaja apabila musim hujan menjelang. Alasannya pasti akan diberikan.

Beberapa tips diberikan untuk kelihatan bergaya semasa musim hujan / tengkujuh.


1. Elakkan rambut dari terurai
Perkara buruk yang sering berlaku ketika hujan adalah rambut akan menjadi tidak terurus kerana kelembapan. Untuk mengelakkan masalah ini korang boleh  cuba menutup rambut dengan skarf kerana ia mampu mengelakkan rambut anda menjadi lembap dan merosakkan gaya rambut. Biarkan rambut anda bebas dari sebarang semburan atau gel sewaktu cuaca buruk.

2. Tambahkan warna pada pakaian!
Warna terang mungkin tidak sesuai pada musim hujan dan sering dikaitkan dengan musim panas, namun anda boleh memakai aksesori berwarna terang seperti memakai kasut berwarna kuning untuk menampakkan keceriaan walaupun ketika berjalan di dalam hujan. kelass gitu... hehe.. nak bergaya sangat kan.. :P
 
3. Elakkan memakai kasut kulit
 
Elakkan daripada memakai kasut kulit atau suede kerana kasut boleh menjadi kembang jika terkena air. Kasut jenis kulit memang cepat rosak sekiranya terdedah kepada kelembapan. Pakailah kasut2 yang boleh tahan lasak dan kalis air.. hehe kalis air yek... contohnya mcm crocs.. :P jangan pakai selipar sudah... takdalah kemasnya nanti :P
 
4. Pakai kardigan
Kardigan... my favourite.. hehehe..walaupun cuaca sering berubah-ubah, kadangkala terlalu sejuk atau panas, pejabat selalunya akan sentiasa memasang penghawa dingin dan ini memberikan anda peluang yang baik untuk menggayakan kardigan. Padankan kardigan tersebut dengan kemeja t berkolar untuk menaikkan suhu badan anda. Dan tak semestinya kardigan yang tebal... ada jugak kardigan yang nipis yang boleh menjadikan anda kelihatan kemas..

You Might Also Like

0 comments