Ibu Arja Lee meninggal dunia

Selamat pagi dan salam satu Malaysia...

Hari ini semasa aku belek2 twitter kat pc ni aku terpandang satu artikel yang mana ibu kepada aktor filem "....Dalam Botol" Arja Lee, Salmah Aziz telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 4 pagi Jumaat di Hospital Selayang selepas berada dalam keadaan kritikal akibat kanser lelangit sejak tiga minggu lalu.

Berita sedih itu diberitahu oleh Arja atau nama sebenarnya Azharudin Ramli, 30, melalui akaun Twitter.

image

"Bonda tercinta saya telah kembali ke rahmatullah jam 4 pagi tadi. Alhamdulillah ianya jatuh pada hari Jumaat dan pada bulan Ramadan yang masuk hari ke-25.
 
"Jenazah baru sahaja selesai dimandikan dan disembahyangkan selepas solat Jumaat. InsyaAllah segalanya berjalan dengan sempurna dengan izin Allah," tulisnya seperti yang dipetik dari mStar.
 
Allahyarham yang berusia 60 tahun sudah menderita kanser sejak 13 tahun lalu dan telah dipindahkan daripada Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang ke Hospital Selayang sejak Disember tahun lalu selepas kanser berkenaan merebak ke bahagian lain.
 
p/s : takziah buat beliau dan marilah sama2 kita sedekahkan al Fatihah untuk arwah ibunya... Semoga beliau kuat menghadapi dugaan ini.. hmm tambah2 lagi beberapa ari dah nak raya... :(

You Might Also Like

0 comments