9 makanan berkalori tinggi

Sepertinya diketahui ramai untuk mengurangkan berat badan bukanlah satu perkara yang senang. Ada dua pilihan iaitu mengurangkan kuantiti makanan mahupun bersenam bagai nak rak. hehe... Jika bersenam pilihan anda maka anda perlulah membahagikan masa dengan sebaiknya untuk melakukannya. Namun jika anda memilih untuk mengurangkan kalori, anda perlu mengetahui makanan apa yang tinggi kandungan kalorinya.

Disini terdapat beberapa makanan yang tinggi kalorinya. So kepada yang nak mengurangkan kalorinya mohon elakkan diri dari mengambil makanan ini. Berikut adalah 10 makanan tersebut :


1. Mi kari

Kombinasi antara mi dan kari bersantan memang menyelerakan, namun tahukah anda sebanyak 500 kalori terkandung dalam hidangan ini? Jika anda teringinkan hidangan mi berunsurkan kuah, gantikan dengan mi sup yang rendah kalori berbanding mi kari.


2. Burger

Burger semestinya makanan yang kita cari jika lapar di waktu malam. Perlu anda ketahui bahawa satu hidangan burger biasa mengandungi 475 kalori . Ini tidak termasuk keju, sos dan mayonis.

3. Nasi Goreng

Biasanya, nasi goreng mengandungi kira – kira 630 kalori ini kerana nasinya digoreng, bersama bahan – bahan lain. Boleh di makan, tetapi bukan selalu ya.

4. Mayonis

Pengambilan mayonis wajar di kurangkan. Ini kerana mayonis tinggi dengan kandungan lemak. Jika inginkan mayonis, sentiasa memilih mayonis rendah lemak.

5. Susu pekat manis

Elakkan menggunakan susu penuh krim setiap hari. Walaupun ia penuh dengan khasiat kalsium, namun kandungan gulanya amat tinggi. Untuk maklumat, satu sudu susu pekat manis biasa mengandungi kira-kira 60 kalori.

6. Nasi lemak

Dahulu, nasi lemak hanya di makan pada waktu pagi. Kini hidangan nombor satu Malaysia ini boleh di dapati pada waktu petang dan malam kerana telah banyak kafe dan restoran yang menyediakan hidangan ini. Kandungan lemak dalam nasi itu mampu menjuruskan anda kepada obesity jika makan dalam kadar berlebihan. Sepinggan nasi lemak mengandungi kira – kira 450 – 600 kalori.

7. Roti canai

Senang dan cepat. Untuk maklumat anda, satu keping roti canai mengandungi 300 kalori. Jika anda makan dua keping, jumlah berganda.

8. Aiskrim

Perlu ingat bahawa aiskrim tinggi kadar lemak dan gula. Dua scoop aiskrim mengandungi 380 kalori.

9. Donat

Jangan salah faham donat tidak menggemukkan. Donat mengandungi gula dan kabohidrat yang tinggi. Jika anda teringin, satu keping memadai.

You Might Also Like

2 comments

  1. oh semua tu memang sedap di tekak :)

    ReplyDelete
  2. hahaha betul2... kalau nak elak tu kene pk betul2.. kurangkan tu mungkin boleh.. heheheh

    ReplyDelete