Monday

5 tips for New Blogger

Blogging? Well i'm not expert about this tapi saya suka berblogging walaupun untuk santapan diri sendiri. Walaupun tak sefamous blogger lain, namun saya masih kukuh bersama blog sy http://www.misznadea.com. Banyak suka duka yang saya tempuh sepanjang tempoh berblogging. Ingat blogger tak kene kecam ke? muakakka!!~ 

Well, ada je blogger-blogger yang baru and percayakan saya dan minta tips dari saya. hihi kelakar plak. Takpalah.. orang mint kita kasi tips.. kita kasilah.. tips untuk blogger baru yang nak bertahan lama bukan nak glamour.. lain tau.. 


Nad pegang 5 tips ni je :)

1. Please Be Yourself and Do what u love to do.

Memang lah senang je kalau kita nak jadi orang lain, menceritakan tentang diri anda yang sememangnya bukan anda. Tapi lagi baik dan telus jika anda meletakkan diri anda sendiri di dalam blog anda. Ia akan menjadikan ia unik dan lebih baik. Buat apa yang anda suka. Jangan buat apa yang anda tak suka sebab ini akan menyebabkan orang kutuk kita tnpa sedar.

2. Be polite and Media social

Please be polite, sebab dengan sifat ni membuatkan kita disenangi oleh rakan-rakan blogger.  No need to sombong-sombong, hehe. Terima teguran dan kelemahan kita walaupun kita jenis yang buat apa yang kita suka. Dengan ada nya media social seperti Twitter, Facebook dan sebagainya, ia dapat membantu kita untuk mempromosikan blog kita.

3. Matikan Captcha

Buat apa nak ada captcha, ia menyukarkan pengunjung yang datang ke blog anda untuk mengomen. Mungkin lah dalam 1000 orang sorang je yang sudi mengomen. Tapi baru je mood dia baik nak mengomen ada plak captcha-captcha ni.. Dah dia cancelkan niatnya.

4.Rajinlah ber Google

Cubalah anda luangkan masa untuk men google.. cari tentang blog.. minat anda pasti akan berkobar-kobar jika anda rajin mengoogle tentang blog. Try edit blog sendiri untuk mendatangkan kepuasan walau pun adoi susahnya. 

5. Don't Give up

Sebagai seorang blogger, pasti banyak kali anda akan berasa kecewa dengan blog anda dan jika ini berlaku, cara yang terbaik adalah berehat dan segarkan diri anda. Fikir balik mengapa anda nak memulakan blog. Contohnya macam saya, bila tengok blog orang lain rasa kecil je diri ni, perasan malas nak blogging dah muncul. Namun dikuatkan hari untuk menulis entry ni yang mana kebetulan ada seorang rakan blogger yang bertanyakan tips untuk blogger baru. Setelah di fikirkan kembali, saya buat tip ini. Sedikit sebanyak saya dapat suntikan semangat untuk diri sendiri juga. Kesimpulannya kalau rasa give up cuba buat sesuatu yang baru pada blog anda :) Jika anda masih berminat dengan blog kemudian teruskan berblogging.