Petua kecantikan nenek moyang

Terdapat beberapa petua dan pantang larang untuk kelihatan cantik. Ianya tidak melibatkan kos yang begitu tinggi. Jom kita ikuti petua2 nenek moyang kita untuk kelihatan cantik.


banyakkan minum air masak jangan dilupa
 
Tidak memicit jerawat

Jerawat memang boleh mencacatkan penampilan anda. Malah, jerawat juga boleh menyebabkan seseorang itu hilang keyakinan diri. Namun, jangan sesekali memicit jerawat menggunakan kuku kerana khuatir kuku boleh merosakkan kulit wajah sehingga meninggalkan parut. Pastikan tangan dibasuh dengan bersih atau gunakan sarung tangan jika ingin memicit jerawat.

Jangan guna sabun mandi

Sabun mandi hanya sesuai untuk kulit badan dan bukannya kulit wajah. Sabun mandi bertekstur kering dan jika anda menggunakannya untuk membersihkan wajah, kulit muka anda pasti akan kekeringan.

Jangan guna tuala untuk keringkan rambut

Jangan menggosok rambut dengan tuala dengan tujuan mengeringkan rambut kerana rambut akan mudah putus dan kusut. Apa yang perlu anda lakukan ialah memerah rambut dan membalut dengan tuala. Biarkan rambut anda kering secara semulajadi.

Elak sikat rambut basah

Menyikat rambut ketika basah boleh menyebabkan kekusutan rambut dan mudah putus.

Cuci muka sebelum tidur

Tidur dengan mekap boleh menyebabkan pori-pori muka tersumbat dan kulit tidak boleh bernafas sehingga boleh menimbulkan masalah jerawat. Sebaik-baiknya, cucilah muka anda sebelum tidur untuk mendapatkan kulit bebas masalah.

Jangan mandi air panas

Untuk kulit yang kering, elakkan mandi air panas atau menggunakan mandian haruman

You Might Also Like

1 comments

  1. tq for da tips...pling malas amalkan nk cuci muka sbelum tido sbb kdang2 dh ngantuk sgt! hee

    ReplyDelete