🚧 Blog Under Refresh!

Note to My Readers: Heads up! This blog is currently under a little renovation. I'm in the middle of refreshing the look and updating the content to make it more meaningful — especially as I share my love story, Turkish language learning journey, and lifestyle experiences.

Feel free to explore the older posts, and come back soon for new updates, fresh posts, and a whole new vibe! 💛📖

Showing posts with label diari. Show all posts
Showing posts with label diari. Show all posts

Thursday

Mata masih segar

Selamat hari Raya Aidilfitri.. huhu tired.. arghhh sgt penat.. 2.05 minit masih tak tdo lagi..sambil layan thr..wah best plak layan thr harini..sampai kepagii ualss... hahaha...
Persiapan korang mcm na?? So far kami sekeluarga buat persiapan ala kadar je.. malam ni kami siapkan semua juadah... daging opor, nasi minyak n ayam merah... simple kan..
Esok pepagi selepas menyiapkan adik adik dan makan smua aku kene masuk office jap... esok ada pollination kt ladang jadi aku kene sama2 turun esok support pekerja2 yang sudi dtg pepagi demi tugasan.. tak lama kejap jer..

Wednesday

Selamat hari raya aidilfitri

Sahabat..
Dimalam yg indah ini.. aku ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri kepada semua teman dan sahabat yg amat disayangi...
Pelbagai cubaan dan dugaan melanda kita dan akhirnta kita semua berjaya sampai kedetik hujung bulan yg mulia bulan ramadhan... Alhamdullillah syukur kehadrat illahi kerana mengizinkan kita meneruskan semua ini dengan baik..

Good Night

Kehadapan kawan2ku,

Diharap saat entry ini dibaca korang happy dengan kehidupan korang... chewah.. hehe.. ada plak wat entry mcm ni.. Actually sebenarnya takda apa nak dipost kan malam ni..sekadar mengisi masa lapang dan nak ucapkan selamat beristirehat kepada semua teman2 yang mengunjungi blog ini..

Ni lah saja hasil yang dapat aku buat untuk  blog aku..cube korang komen sikit.. berat tak blog aku ni? serabut? or mcm budak2? or tak sesuai? or mcm na?? 

sebelum ni aku tak letak iklan2..sebab aku rasa mcm menyemak.. tp tulah.. sejak dua menjak ni aku tringin plak nak pacak iklan2 dalam blog aku ni.. hehe.. 

motif?? biasalah nak kumpul wit tuk kawen.. hahaha.. kidding..

Skrg ni kurang sikit nak online..sejak2 ada WeChat.. duk ngadap handset jer.. Kadang2 serabut gak sebab duk bunyi notification jer.. tp tu lah..lama2 dah lali.. just off kan noti sound tu setle lah.. hehe.. tp takut gak batery akan cepat kong kan.. sebab keep busy jer..

Oklah aku takda apa nak ditulis lagi..just nak sharekan beberapa pic yang aku amik dekat tumblr.. :)

these-times-will-pass:

Love quotes? you will love this blog!

betul ker???

vodkacupcakes:

And all the young things line up to take your place.

hoho..~

yanilavigne:

(Quotes here)

ermm~

sadisticmonster:

me

thats all for today...

bored entry..

Sekadar menggambarkan apa di hati






Sunday

Berwajah baru

Hai .. Salam 1 Malaysia...


Hari ini aku spendkan hampir seharian didepan laptop. Sampai makan pun tak.. kebetulan minggu ni ABC jadi takdalah rasa  bersalah sangat. 

Apa yang aku buat depan laptop ni? tak bosan ker? sebenarnya banyak mende yang dibuat selain dari promot barangan yang aku jual ( hehe berbisnes online jugak aku ini) . Aku spendkan masa ngadap pak google dan juga tutorial2 dari teman2 untuk buat balik blog aku ni..

buat balik blog??  siapa yang pernah jenguk blog aku ni mesti ingat aku nye templates blog yg sebelum ni.. erm.. 


Dua tahun lebih kot aku setia ngan templates ni.. akhirnya entah lah timbul masalah dengan aku nye blog sehinggakan hancur semuanya.. sedih..

Aritu aku tringin nak jadi sponsor EmasPutih... dah deal semua ngan dia.. happy lah rasa.. tibe2 sehari lepas GA tu berlangsung..atau mungkin kurang dari sehari.. ada blogger yg sudi sms aku bgtau blog aku kene hack.. masa dapat sms dia tak perasan lagi.. then nengok kt fb dia post kata kene hack ker? emm. aku pun bukak lah blog.. apaaaa!!!!~ ini yg kluar..



ermm... aku cuak la.. ermm apa semua ni.. takpa lagi.. rupanya kawan yang sms tu ckp semua org dah nampak n aku pun bukak lah blog EmasPutih n lihat komen2 dia.. OMg! adalah insan2 yang komen berkenaan dengan blog aku ni.. 


Sebenarnya aku mang tak sangka lah.. aku konfius jugak..adakah disebabkan aku lewat renew domain sehari dua? erm.. Tp.. setahu aku kalau org tak renew domain lain kluarnya.. tp takpa.. aku cube bincang dengan provider domain.. kemungkinan besar disebabkan oleh lewat renew domain sehari dua dan semua tu diluar kawalan beliau.. ermm.. ada pelbagai pendapat lain dari teman2 aku yang bijak I.T. aku cube lah log in blogger.com.. terai nengok kot2 ada masalah apa.. alangkah terkejutnya aku templates aku berubah... what!!!


frust tak? nengok jadi mcm ni.. Adakah sebab lambat sehari dua renew domain jadi mcm ni? sampai ilang templates? atau di hack aka dikhianati??

tak tahu lah.. tak dapat jawapan..

Aku spend masa dua ari untuk mula balik.. nak design blog pun tak berapa nak beridea.. so aku belek lah pak google.. 2 blog yang menjadi pilihan aku.. Tutorial dari Nabila Medan dan juga Empayar Bintang 3..

So.. aku mula lah balik pelan2.. sikit demi sikit sampai skrg kira dah siap lah 70% .. ok lah kan.. domain pun rasanya dah oke.. dah takda dah porn site atau site2 yang tak senonoh..tp tak tahu lah.. 

Takpalah blog cantik ke tak cantik ke yang penting blog ni bukan lah porn site yang merapu2 tu kan..

Now semua dah setel, lepas ni boleh lah teruskan berblogging lagi.. 


p/s : RCsad sedih mengenangkan blog hampir rosak.... 


Bila mula merapu


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Apa khabar semua diharap korang semua sihat sejahtera.. kepada teman2 kita yang berada di Lahad Datu tu, Nad harap mereka semua berada dalam keadaan yang baik2 aja.. Bila mengenangkan keadaan disana ati ni terasa sebak memikirkannya...Marilah kita sama2 mendoakan keselamatan mereka semua.. :(

Arini aku terjebak untuk menulis entry.. tak boleh tido malam ni so aku pun apa lagi.. bukak lah lappy.. tadi aku menonton FFM25 bersama family.. and okey acara tu not bad.. walaupun puas jugak menunggu nak abis.. hehe.. boring.. so first time aku rasa mcm nak cube tulis entry berkenaan dengan FFM.. 

Ya aku tahu kalau aku tulis entry ni pun belum tentu ada yang baca kan..sebab dah pasti blogger pemes  yang lain awal2 update dari aku.. lagi kelas mungkin penulisannya. Tapi aku cube je lah kan.. mana tau dalam berjuta2 lemen orang dalam dunia ni..ada sorang dua yang baca. ea tak?

Actualy malam ni aku takda lah nak menaip apa..cume sekadar nak berkongsi sedikit apa yang boleh dikongsikan kepada korang. ( kalau sudi nak taulah) hehe..

Sebenarnya aku skrg ni dah bekerja di tempat baru.. dah lama dah.. dari bulan Ogos 2012.. now dah Mac 2013.. hehe.. Aku bekerja di sektor Peladangan.. Actually ni first time aku ke sektor ni..sebelum ni aku sibuk dengan akaun dan sektor berlainan.. 

Selama 5 tahun di tempat lama menjadi kan aku seorang yang sangat kuat.. walaupun 5 tahun mungkin bukan satu masa yang lama..tp bagi aku ia dah cukup buat aku matang untuk menempuh alam pekerjaan yang lain.


Aku.. seorang yang sukakan kemodenan.. tak pernah terpk yang aku akan duduk di tempat yang mcm ni.. jauh dari bandar.. keadaan internet yang tak berapa nak ok, susah nak dapat hiburan, makan minum.. namun aku bangga dengan diri aku kerana aku mampu bertahan sehingga kini. 

5 tahun aku hanya duduk didalam bilik yang beraircond.. berhadapan dengan komputer menyelesaikan masalah2 kewangan yang tak pernah selesai.. kini aku menjadi orang yang susah duduk diam.. mempelajari setiap inci dalam sektor peladangan. Kesana kesini mencari ilmu baru dan walau pun aku kadang2 penat sangat namun sebenarnya aku puas. 

Aku pernah bagitahu pada teman2., aku takkan duduk di kampung.. di tempat yang banyak warna hija.. kerana dia membuatkan aku sesak nafas.. tp sebenarnya tidak. kehijauan membuatkan aku berasa tenang tanpa kesibukan yang menyerabutkan kepala aku.. cume satu kelemahannya ialah serangga.. kat ladang banyak serangga..lemah den.. hehe tp takpa ramai yang mahu membantu untuk menghalaunya.

Alhamdullilah.. aku gembira dengan kerja aku skrg..

Sejak aku kerja disini aku jarang bertemu dengan sahabat aku yang di bandar. Kadang2 rasa sedih sangat tp bila pk balik nak buat apa sedih..selagi mereka di hati.. persahabatan tu takkan putus.. kan..


16 dan 17 March ni aku akan luangkan masa aku untuk bersama teman2 kolej bercuti ke Cameroon.. wah.. xcited jugak :D aku dah aply cuti awal2.. insyaallah pasti akan ke sana andai tiada aral melintang.

Sekarang ni aku sibuk kee handle dua ladang.. dah lah audit.. parah sikit lah.. tu yang kadang2 susah nak spend masa update blog, sembang ngan kengkawan.. aish.. di tambah dengan masalah internet yang teruk kat sini..menjadikan aku kadang2 stress jugak.. tp biasalah.. boleh handle lagi emosi ni.. Boleh kata life aku kat sini hanya lah untuk bekerja saja..siang bekerja.. malam rehat dirumah. jadi nak update yang seronok pun tak berapa nak boleh.. cume insyaallah kalau ada apa2 yang seronok akan nad updatekan..

Maaflah ea nad tak pandai nak bermadah, menulis, dan bercerita.. kadang2 kalau ayat tunggang langgang tu buat2 faham lah ea.. 
Nad undur diri dulu lah.. nak rehat dah lewat malam..esok nak kuar ngan Aisya.. nak turun kuantan.. :D cucuk duit.. hehe.. ok lah nad zz dulu,, maseh ea.. sudi baca.. oh ye.. bye..


Search This Blog