Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..
Apa khabar semua diharap korang semua sihat sejahtera.. kepada teman2 kita yang berada di Lahad Datu tu, Nad harap mereka semua berada dalam keadaan yang baik2 aja.. Bila mengenangkan keadaan disana ati ni terasa sebak memikirkannya...Marilah kita sama2 mendoakan keselamatan mereka semua.. :(
Arini aku terjebak untuk menulis entry.. tak boleh tido malam ni so aku pun apa lagi.. bukak lah lappy.. tadi aku menonton FFM25 bersama family.. and okey acara tu not bad.. walaupun puas jugak menunggu nak abis.. hehe.. boring.. so first time aku rasa mcm nak cube tulis entry berkenaan dengan FFM..
Ya aku tahu kalau aku tulis entry ni pun belum tentu ada yang baca kan..sebab dah pasti blogger pemes yang lain awal2 update dari aku.. lagi kelas mungkin penulisannya. Tapi aku cube je lah kan.. mana tau dalam berjuta2 lemen orang dalam dunia ni..ada sorang dua yang baca. ea tak?
Actualy malam ni aku takda lah nak menaip apa..cume sekadar nak berkongsi sedikit apa yang boleh dikongsikan kepada korang. ( kalau sudi nak taulah) hehe..
Sebenarnya aku skrg ni dah bekerja di tempat baru.. dah lama dah.. dari bulan Ogos 2012.. now dah Mac 2013.. hehe.. Aku bekerja di sektor Peladangan.. Actually ni first time aku ke sektor ni..sebelum ni aku sibuk dengan akaun dan sektor berlainan..
Selama 5 tahun di tempat lama menjadi kan aku seorang yang sangat kuat.. walaupun 5 tahun mungkin bukan satu masa yang lama..tp bagi aku ia dah cukup buat aku matang untuk menempuh alam pekerjaan yang lain.
Aku.. seorang yang sukakan kemodenan.. tak pernah terpk yang aku akan duduk di tempat yang mcm ni.. jauh dari bandar.. keadaan internet yang tak berapa nak ok, susah nak dapat hiburan, makan minum.. namun aku bangga dengan diri aku kerana aku mampu bertahan sehingga kini.
5 tahun aku hanya duduk didalam bilik yang beraircond.. berhadapan dengan komputer menyelesaikan masalah2 kewangan yang tak pernah selesai.. kini aku menjadi orang yang susah duduk diam.. mempelajari setiap inci dalam sektor peladangan. Kesana kesini mencari ilmu baru dan walau pun aku kadang2 penat sangat namun sebenarnya aku puas.
Aku pernah bagitahu pada teman2., aku takkan duduk di kampung.. di tempat yang banyak warna hija.. kerana dia membuatkan aku sesak nafas.. tp sebenarnya tidak. kehijauan membuatkan aku berasa tenang tanpa kesibukan yang menyerabutkan kepala aku.. cume satu kelemahannya ialah serangga.. kat ladang banyak serangga..lemah den.. hehe tp takpa ramai yang mahu membantu untuk menghalaunya.
Alhamdullilah.. aku gembira dengan kerja aku skrg..
Sejak aku kerja disini aku jarang bertemu dengan sahabat aku yang di bandar. Kadang2 rasa sedih sangat tp bila pk balik nak buat apa sedih..selagi mereka di hati.. persahabatan tu takkan putus.. kan..
16 dan 17 March ni aku akan luangkan masa aku untuk bersama teman2 kolej bercuti ke Cameroon.. wah.. xcited jugak :D aku dah aply cuti awal2.. insyaallah pasti akan ke sana andai tiada aral melintang.
Sekarang ni aku sibuk kee handle dua ladang.. dah lah audit.. parah sikit lah.. tu yang kadang2 susah nak spend masa update blog, sembang ngan kengkawan.. aish.. di tambah dengan masalah internet yang teruk kat sini..menjadikan aku kadang2 stress jugak.. tp biasalah.. boleh handle lagi emosi ni.. Boleh kata life aku kat sini hanya lah untuk bekerja saja..siang bekerja.. malam rehat dirumah. jadi nak update yang seronok pun tak berapa nak boleh.. cume insyaallah kalau ada apa2 yang seronok akan nad updatekan..
Maaflah ea nad tak pandai nak bermadah, menulis, dan bercerita.. kadang2 kalau ayat tunggang langgang tu buat2 faham lah ea..
Nad undur diri dulu lah.. nak rehat dah lewat malam..esok nak kuar ngan Aisya.. nak turun kuantan.. :D cucuk duit.. hehe.. ok lah nad zz dulu,, maseh ea.. sudi baca.. oh ye.. bye..
1 comments
den baru pergi Cameron minggu lepas
ReplyDelete:)