Monday

Menangis sepuasnya

Bila dikenang balik... sejak dua tiga menjak ni.. hati ni asyik sayu jer.. Aritu tak dpt tido sebab duk pk tentang rasa sedih yang menghantui diri..

Hari ni aku sedih sangat dengan apa yang berlaku pada aku kat opis.  Habis bertungkus lumus dah aku kerja.. walau kadang2 aku tewas dengan keadaan cuaca yang agak panas, angin pun takda, bahang je terasa.. Tapi aku tak mengular,, aku still lagi buat kerja.. Ntah mana lah silapnye sampai arini aku terasa sangat dengan setiap bait kata-kata yang keluar dari mulut bos aku..



Sebenarnya tak yah komen apa .. Dah namanya bos,, ikut suka mulut dia lah nak ckp apa.. Dia peduli apa.. kan..

Macam lah aku ni tak pernah kerja selama ni.. Macam lah aku ni tak berpelajaran dan takda pengalaman.. Aku telan je apa yang dia cakap.. Tapi sehingga detik ini aku tengiang2 terdengar setiap kata-katanya...

Macam hina sangat je diri ni.. Ntah lah.. nak diluah pun tak tahu.. Nak berhenti tapi rasa mcm tak sanggup sebab dalam keadaan skrg susah nak cari kerja..

Aku ingat bila terima keadaan akan lagi okey tapi rupanya kedatangku tak dialukan..

Aku tak tahu apa nak dibuat.. Aku tak tahu nak apply dimana lagi kerja.. Dalam keadaan usia yang semakin meningkat, persaingan dah semakin meluas.. Aku jadi takut nak bersaing...

Ntah lah...buntu!!~ Air mata ni plak asyik mengalir je..

Macam arini.. petang tadi.. aku suk sebak semacam.. aku citer lah kat dua orang kawan sekerja.. Mereka kata takda apa lah .. mainan perasaan je.. Aku sejukkan hati.. hiburkan hati sendiri.. Aku post kat Instagram...


Kononya yang menganggu tu bukan perasaan sedih.. tapi hanyalah perasaan penat...

Tapi nak geruh... Bos datang dan terkeluarlah kata-kata yang menyakitkan tu..

Aku ni jauh dari sahabat.. jauh dari keluarga.. semata-mata mencari kerja yang halal.. Tapi rupanya mungkin bukan rezeki aku..

Walau bagaimanapun aku berharap agarada sinar yang datang kpd aku.. :(

Dont be sad Nadea.... :(