Anugerah Blokbuster Ke-2


Penganjuran kali kedua Anugerah Blockbuster  yang dipilih berdasarkan undian peminat akan diadakan di Majlis Bandaraya Johor Baru (MBJB), Johor pada tahun ini.


Ketua Pegawai Eksekutif, Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM), Pansha Nalliah berkata, keputusan itu dibuat bagi memberi peluang kepada penduduk di luar Lembah Klang merasai kehangatan acara itu.

"Kami pada mulanya sukar mencari lokasi di Kuala Lumpur dan selepas perbincangan dibuat kami bersetuju untuk mengadakan acara itu di Johor," katanya pada sidang media Anugerah Blockbuster di Hotel Western Premier di sini, Isnin.

Acara itu dijadualkan berlangsung pada 15 Jun depan pada pukul 9 malam.

Ia bakal disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria dan Radio Era.

Dalam pada itu, Pansha berkata, pihaknya dan Astro akan memastikan penganjuran Anugerah Blockbuster 2012 akan lebih berjaya berbanding tahun lalu.

Malah katanya, aktiviti promosi akan dibuat dengan lebih baik supaya kehangatan anugerah itu dapat dirasai.

"Tahun lalu kita menghadapi masalah masa apabila ia dibuat dalam masa yang singkat. Jadi tahun ini promosi dapat disusun dengan lebih kemas," katanya.

Bakal mengangkat tema 'hipster', Pansha bagaimanapun berkata, senarai pengacara, persembahan dan sebagainya akan diumumkan dalam sidang media seterusnya.

Filem yang layak bertanding dalam Anugerah Blockbuster 2012 adalah karya yang ditayangkan bermula 1 Januari 2012 sehinggalah 31 Disember 2012.

Sebanyak 15 kategori yang melibatkan 49 pencalonan (bagi setiap kategori) diperkenalkan menggunakan 100 peratus undian daripada orang ramai.

Bagi yang ingin mengundi, proses pengundian akan dilakukan di laman web rasmi Anugerah Blockbuster iaitu diwww.anugerahblockbuster.com.my dan menerusi keratan akhbar.

Undian pusingan awal akan dibuka bermula 19 April 2013 sehingga 10 Mei 2013.



Antara filem-filem yang layak bertanding termasuklah Chow Kit, Ngorat, Istanbul Aku Datang, Adnan Sempit 2, 29 Februari, Apa Celop Toqq, Mael Lambong, Untuk Tiga Hari, Jiwa Taiko, Kahwin Lima, dan Zaiton Ceritaku .

Berikut adalah 15 kategori yang dipertandingkan:

1. Anugerah Filem Terhebat
2. Anugerah Tuan Direktor Terhebat
3. Anugerah Direktor Baru Terhebat
4. Anugerah Filem Aksi Terhebat
5. Anugerah Filem Kelakar Terhebat
6. Anugerah Filem Takut Terhebat
7. Anugerah Drama Muzikal Terhebat
8. Anugerah Hero Terhebat
9. Anugerah Heroin Terhebat
10.Anugerah Watak Penyangak Terhebat
11.Anugerah Lagu Filem Terhebat
12.Anugerah Hero Baru terhebat
13.Anugerah Heroin Baru terhebat
14. Anugerah PFM
15. Anugerah Astro First Terhebat



KINI UNDIAN FASA KEDUA TELAH BERMULA

Untuk fasa kedua ini, para peminat boleh menghantar undian melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dan melalui laman web rasmi Anugerah Blokbuster Ke-2. Tempoh bagi undian fasa kedua bermula pada 14 Mei 2013 hingga 15 Jun 2013 jam 12 tengahari. Pemenang pada setiap ketagori akan diumumkan pada malam Anugerah Blokbuster Ke-2 yang bakal bersiaran langsung pada 15 Jun 2013 di saluran Astro Ria (104) dan juga tayangan serentak di Mustika HD (134) jam 9 malam.
Cara-cara mengundi melalui di laman web rasmi
  1. Layari www.anugerakblokbuster.com.my
  2. Anda hendaklah mendaftar masuk menggunakan butang Facebook Login yang terdapat pada laman web berkenaan.
  3. Pilih kategori yang disenaraikan dan anda boleh mula mengundi.
  4. Pengundi hanya boleh mengundi sekali sehari bagi setiap pencalonan untuk setiap kategori
  5. Kedudukan undian laman web akan dipaparkan sepanjang tempoh pengundian
Cara-cara mengundi melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS)
  1. Undian boleh dilakukan daripada semua penyedia perkhidmatan (telco) di Malaysia
  2. Hantar seberapa banyak undian menggunakan Kod yang dinyatakan.
  3. Taip AB Kod Mengundi atau AB<3/5/10>Kod Mengundi untuk (3/5/10 undian) ke 32888. Contoh : AB A1 ke 32888 - Untuk 20 undian: Taip AB20Kod Mengundi ke 32888.
  4. Kadar premium untuk setiap undian: RM0.50. Kadar telco tertakluk.
  5. Syarat & Terma tertakluk di www.astro.com.my

You Might Also Like

0 comments