🚧 Blog Under Refresh!

Note to My Readers: Heads up! This blog is currently under a little renovation. I'm in the middle of refreshing the look and updating the content to make it more meaningful — especially as I share my love story, Turkish language learning journey, and lifestyle experiences.

Feel free to explore the older posts, and come back soon for new updates, fresh posts, and a whole new vibe! 💛📖

Showing posts with label Hafiz af. Show all posts
Showing posts with label Hafiz af. Show all posts

Wednesday

Lirik Kita Satu – Hafiz



Cinta engkau dan juga aku
Subur mekar hingga ke hujungnya
Berbeza rupa namun satu jiwa
Satu suara satu hati
Kita bersama

Kita megah dengan satu nama
Hanya berbeza pada warnanya
Tuju satu arah impian bersama
Satu suara satu hati
Kita bersama

Engkau aku berdiri padu
Dengan satu nekad satu azam
Meraikan cinta kita
Cinta kita

Kita satu
Kita teguh berdiri di sini
Di atas satu nama legasi
Bergandingan bahu dan juga berpegang tangan

Melangkah kita seiring jalan
Satu suara keyakinan
Melaungkan kita yang kita satu

Kita teguh berdiri di sini
Di atas satu nama legasi
Bergandingan bahu dan juga berpegang tangan

Melangkah kita seiring jalan
Satu suara keyakinan
Melaungkan kita yang kita satu

Engkau aku berdiri padu
Dengan satu nekad satu azam
Meraikan cinta kita
cinta kita

Kita satu
Kita teguh berdiri di sini
Di atas satu nama legasi
Bergandingan bahu dan juga berpegang tangan



Monday

Kekasih baru Hafiz AF

awekbaruhafizaf5.png

wah.... sweet jugak.. tp betul ker kekasih? adoii.. sibuk je nad ni nak bz body,, hehehe.. ni pun kebetulan jerp terpandang entry ni.. mungkin korang ada yang tak tahu,,.so nad bgtahu lah ea.. betul ke tak.. hehehe, tu kite tak thu.. paperpun.. hafiz stay cute :)

awekbaruhafizaf2.jpg

alo2 comelnye aweks

Hafiz dikatakan telah menemui pengganti baru selepas Adira. Menurut sumber, gadis tersebut sentiasa menemani Hafiz semasa persembahan dan mereka berdua pernah kelihatan berpakain seragam baru-baru ini. Gadis cantik itu juga dikatakan mempunyai muka seiras Tiz Zaqyah dan merupakan seorang bakat baru yang pernah muncul di dalam sebuah rancangan televisyen seram.

Namun, perkara tersebut dinafikan oleh Hafiz dan memberitahu media bahawa gadis tersebut hanyalah sekadar seorang kawan. Dia yang mengakui sedang mengenali hati budi gadis tersebut juga berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi sambil dia sendiri memerlukan masa untuk kembali bercinta akibat fobia dengan pengalamannya terdahulu. Buat masa kini, dia lebih senang untuk berkawan serta ingin menumpukan perhatian terhadap kerjayanya. 

awekbaruhafizaf3.jpg

>> sumber <<

Search This Blog