Hari ini hampir sebulan aku mula bekerja di Company baru. Memang mencabar kerjanya berbaloi dengan gaji yang diberikan. Bagi aku yang sebelum ini pernah bekerja hampir 8 tahun berpengalaman aku taknak jadikan ia satu perkara yang stress. Jika aku gagal menghadapi tekanan kerja ni, maka sememangnya aku adalah seorang yang gagal.
Aku memang suka bekerja.. pendek kata aku memang workaholic. Tapi disebabkan satu tindakan aku yang aku tak tau betul atau salah tapi aku anggap itu semua ketentuan hiduplah kan., Disebabkan tindakan itu aku telah kehilangan kerja. Mungkin pilihan yang aku buat tu salah so aku kehilangan kerja. Aku fikir berbekalkan pengalaman aku dan sijil aku, mudah untuk aku mencari kerja di Malaysia ini.. Rupanya silap... Ternyata disini susah mencari kerja. Apatah lagi kalau nak mendemand. Memang tanam anggur sampai ke tua la..
Suka duka tu aku tempuh seorang diri. Banyak yang aku kehilangan. Satu persatu aku jual bagi meneruskan hidup mujur kereta tak jual. hehehe.. Namun aku bersyukur ada family dan sahabat yang banyak membantu aku yang sanggup berdiri dibelakang aku support aku, bagi motivasi pada aku. Sahabat yang aku kenal di alam maya yang banyak membantu aku yang yakin aku akan diberi peluang kedua suatu hari nanti. Tak lupa sahabat di dunia nyata pun ada jugak tapi yang lari lintang pukang pun ramai. hahaha!~ takpe its ok!!~ its realiti...
takpa lah yang lepas tu lepas lah kan.. mulakan lembaran baru.
Kepada kawan2 yang rasa hari dia dah gelap tu jangan lah risau. sabarlah dalam menghadapi liku2 kegelapan tu. Insyaallah akan datang sinar keterangan.
“So many people will tell you ”no”, and you need to find something you believe in so hard that you just smile and tell them ”watch me”. Learn to take rejection as motivation to prove people wrong. Be unstoppable. Refuse to give up, no matter what. It’s the best skill you can ever learn.” ― Charlotte Eriksson
Jangan putus asa itu yang penting walau sebenarnya ia tak semudah yang disangka. Kerana aku juga pernah berputus asa. Hari ini aku mampu tersenyum dan kini aku akan cuba perlahan-lahan untuk membetulkan mana yang salah dalam diri ini. Disamping pada masa yang sama kena betulkan dulu ekonomi diri.
Matlamat pertama.... sebenarnya nak menjelaskan hutang kengkawan yang pernah memberi bantuan kepada diri ini..slow2 la.. kan.. tak malu ke citer kat sini minta pinjam duit orang?? Malu tu malu jugak tapi takut juga kalau sampai telupa bayar. Eh kalau kita hutang dengan orang boleh lupa ke? tambah kawan baik?? memang takkan lupa punya kan.. paling koman pun buat2 lupa.. hahaha.. semoga dijauhkan lah... aamiin...
0 comments