Salam 1 Malaysia diucapkan kepada semua..
Saya ada dapat satu email berkenaan dengan pemberian BR1M 2015 fasa kedua yang mana akan diberikan pada hujung bulan Mei ini.
Bagi mereka yang layak dan masih belum mendapat keputusan rayuan BR1M, anda bolehlah mengemukakan slip rayuan yang telah di cop ke LHDN untuk semakan.
contoh slip rayuan BR1M 2015
Pembayaran fasa kedua pada hujung Mei ini tidak melibatkan kategori bujang 21 tahun keatas dan berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan.
Hanya kategori keluarga yang berpendapatan isi rumah bawah RM3,000 sebulan dan kategori keluarga yang berpendapatan isi rumah RM3,000 hingga RM4,000 sebulan sahaja yang akan terlibat dengan pemberian BR1M fasa kedua ini.
Bagi kategori keluarga yang berpendapatan isi rumah bawah RM3,000 sebulan mereka akan mendapat pembayaran sebanyak RM300.00 manakala bagi kategori keluarga yang berpendapatan isi rumah RM3,000 hingga RM4,000 sebulan akan mendapat RM200.00 sahaja.
Baki RM350.00 bagi setiap kategori terbabit kecuali kategori bujang akan diserahkan pada fasa ketiga iaitu pada bulan September.
Jadi hujung bulan Mei 2015 ni boleh lah semak akaun bank anda ea.
p/s : Terima kasih kepada Cik Nurul yang selalu update tentang contest dan info berkaitan BR1M ini melalui email :)
0 comments