Cara - cara kurangkan bajet/ kos perkahwinan

Semua orang mengimpikan majlis perkahwinan yang terbaik, namun kekangan kewangan kadang-kadang menjadikan impian tu tidak dapat direalisasikan.

Sebenarnya perkahwinan ini bukan lah perlu difokuskan kepada majlis perkahwinan, biarlah kita berbelanja untuk perkahwinan ini mengikut kemampuan kita. Jangan sampai berhutang untuk mendapatkan majlis perkahwinan yang gilang gemilang.

Sebagai seorang bakal pengantin, amatlah penting untuk kita membuat bajet/kos yang sebaik mungkin. Setelah cuba mengkaji dari pelbagai sudut, saya ingin kongsikan dengan korang cara - cara untuk mengurangkan bajet perkahwinan. Mungkin saya juga akan manfaatkan cara ini nanti. 

1. Tetapkan jumlah tetamu, kerana jika kita mengetahui jumlah tetamu yang akan hadir, kita dapat mengira bajet untuk tetamu yang telah ditetapkan. Perlu diambil kira hal ini bagi mengetahu bajet untuk cenderamata, makanan, kad kahwin dan lain-lain.

2.  Tentang penyediaan makanan, sebenarnya lebih jimat jika kita menyediakan makanan secara bergotong-royong. Selain dapat mengeratkan silaturahim ia juga dapat menjimatkan kos. Namun, terdapat juga pendapat yang mana menggunakan khidmat katering lebih jimat. Sekarang ni banyak pakej katering bajet yang ditawarkan. Anda harus rajin dalam membuat survey tentang ini.

3. Jangan buat persediaan "Last Minutes", bukan apa takut nanti tak sempat nak planning.Mulalah akan over budget.. hihihi... Elak buat musim-musim persekolahan bukan apa, takut harga barang naik. Manalah tahu kan. 

4. Hantaran dan pelamin , lebih jimat jika dihiasi menggunakan bunga plastik. Selepas digunakan ia boleh digunakan sebagai perhiasan. Berbanding bunga hidup yang mana akan layu dan akan dibuang disamping tentulah kos nya jauh lebih mahal.

5. Perlulah sentiasa kunjungi pameran perkahwinan yang mana ada menawarkan promosi untuk pakej perkahwinan samaada untuk pakej fotografi, kad perkahwinan mahupun katering. 

6. Bab baju perkahwinan, sewa sajalah lebih jimat. Lepas pakai pulang. Tak perlu kot banyak-banyak persalinan. Ke nak jugak banyak persalinan?kang overbudget plak.. hihi

7. Hantaran tu tak perlulah banyak sangat berbalas-balasnya. Bagi yang penting sahajakan bagus

8. Majlis akad nikah atau pun persandingan dilakukan pada hari yang sama, ia dapat menjimatkan kos juga. Tapi kalau nak hari yang berlainan boleh juga, jumlah tetamu perlulah dihadkan untuk majlis akad nikah tu.

9. Kad kahwin tak perlulah yang mahal-mahal, zaman sekarang ni boleh hantar jemputan menggunakan facebook je. So dah jimat. Sekarang ni dua majlis belah pihak lelaki dan perempuan boleh digabungkan dalam satu kad. Senang takyah buat dua kali. Takyah meriah-meriah lah kad kahwin tu, takda nya yang nak simpan sebagai kenangan. Ye tak?

10.Banyak lagi yang perlu di ambil berat sebenarnya, dari cenderamata,  hiburan halwa telinga, dan macam-macam lagi. Bajet sesebuat majlis dapat dikurangkan jika kita banyak membuat survey dan perbandingan.








You Might Also Like

0 comments