Ujibakat Akademi Fantasia 2013


Logo baru AF 2013

*****

Selepas sembilan musim rancangan realiti mengecapi kegemilangannya selepas 10 tahun bermula 2003, AF 2013 kembali menemui penonton. 
AF 2013 akan memulakan penjelajahan di lima buah negeri seluruh Malaysia iaitu Johor, Pulau Pinang, Sarawak, Sabah dan Selangor sepanjang bulan Jun ini untuk sesi uji bakat bagi mengenal pasti calon-calon terbaik yang dilihat layak untuk diketengahkan dan diberi bimbingan untuk AF 2013. * sumber  *


Bagi anda yang mempunyai bakat terpendam serta mempunyai keinginan untuk mencipta di persada seni hiburan, anda boleh hadir di ujibakat tersebut :

NO.
NEGERI
TEMPAT
TARIKH
1.
Johor
Hotel The Zon, Johor Bahru
1 & 2 Jun 2013
2.
Pulau Pinang
Hotel Vistana, Pulau Pinang
8 & 9 Jun 2013
3.
Sarawak
Hotel Merdeka Palace, Kuching
15 & 16 Jun 2013
4.
Sabah
Hotel Promenade, Kota Kinabalu
22 & 23 Jun 2013
5.
Selangor
Shah Alam Convention Centre (SACC), Shah Alam
29 & 30 Jun 2013

INFO PENTING
Nota
  1. Kaunter pendaftaran dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang
  2. Calon digalakkan datang awal untuk mengelakkan sebarang kesesakan
  3. Calon bebas untuk menyanyikan sebarang genre lagu secaraacapella
Syarat Ujibakat:
  1. Peserta lelaki dan wanita
  2. Peserta individu ataupun duo
  3. Berumur 18 - 35 tahun (pada tarikh ujibakat diadakan)
  4. Warganegara Malaysia dan Singapura termasuk artis yang tidak terikat dengan sebarang kontrak rakaman mahupun pengurusan
Sila bawa:
  1. Salinan kad pengenalan bagi warganegara Malaysia ataupun salinan passport bagi warga Singapura
  2. 2 keping gambar berukuran 4R (gambar profil dan paras pinggang)
p/s : seriously rasa mcm nak p je ujibakat ni... ermm....

You Might Also Like

0 comments