Penjelasan Zain Saidin dituduh kurang ajar

Selamat pagi.. wah mangkin hangat citer pasal Zain Saidin ni kan.. tengah jalan-jalan kat facebook nampak lah sebuah page yang post satu entry dari website newsmediahunterz . Dekat situ entry nya berbunyi  Zain Saidin: saya dipergunakan!.. amboii..sabar2.... hehehehe 


“Tidak semua babak yang berlaku dipertontonkan secara umum. Banyak yang dipotong dan diedit sehingga menampakkan saya begitu biadab dan jahat.


“Saya dipergunakan dan dijadikan watak jahat dalam drama ini. Saya akui, rancangan ini separuh real, separuh drama. Namun, banyak kata-kata ‘pedas’ juri dibuang dan kelantangan saya menyerlah.


“Saya tidak kecewa apabila disingkirkan kerana saya tahu setakat mana kemampuan saya, namun saya tidak suka bila ada unsur-unsur ketidakadilan dalam pertandingan,” katanya yang menolak dakwaan iri hati terhadap Pak Nil (Datuk Aznil Nawawi).


Menurut Zain, dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan Pak Nil dan tetap menghormati selebriti itu.


“Saya menyuarakan rasa tidak puas hati bukan kerana iri hati dengan Pak Nil atau peserta lain.


“Saya cuma mengingatkan juri mengenai proses penjurian. Saya tidak kisah untuk berkongsi barang bersama kerana kami memang dalam satu keluarga besar.


“Namun, saya lihat ianya tidak adil kerana juri yang juga chef hanya membiarkan Pak Nil mengambil nasi daripada Kenchana Dewi sedangkan sebelum ini kami telah diingatkan untuk menggunakan bahan sendiri,” katanya yang mengakui sudah berdamai dengan Chef Adu, Chef Joe dan Chef Zubir.


Didesak sertai MSM 2


Mengakui pada awalnya menolak untuk menyertai pertandingan ini, Zain memberitahu, dia dipaksa pihak produksi untuk sama-sama memeriahkan dapur MSM 2 bersama Che Ta.


Katanya, dia terpaksa menolak tawaran lakonan dan bersetuju untuk turut sama dalam MSM 2.


“Saya memang tak nak masuk MSM 2 kerana saya tiada kemahiran memasak. Mereka mahu saya masuk kerana kisah percintaan saya bersama Che Ta.


“Namun, saya tidak sangka ia bukan sekadar pertandingan. Sejak awal lagi saya sudah nampak sikap juri yang tidak adil.


Namun, sebelum ini, saya tidak berpeluang untuk bercakap.


“Saya mengeluarkan pendapat itu bukan kerana kepentingan peribadi kerana perkara ini turut diberitahu peserta lain termasuk Pak Nil. Saya berharap, selepas ini mereka lebih telus dalam menghakimi masakan tanpa memandang siapa selebriti itu,” katanya yang tidak kisah mengenai pandangan masyarakat mengenainya.


Hubungan bersama Che Ta tergugat?


Akibat tindakan Zain di dapur MSM2, Che Ta juga turut diheret dalam kontroversi tersebut.


Malah, ada yang beranggapan, tindakan Zain yang kurang matang dan ego itu bakal meranapkan hubungan yang dibina bersama kekasihnya.


“Kenapa pula nak babitkan Che Ta dalam hal ini? Che Ta sendiri tahu perangai saya dan saya hanya bersuara apabila ada perkara yang tidak betul.


“Sepanjang bersama Che Ta, saya tidak pernah marah dia ataupun berkelakuan tidak elok. Saya tidak kisah apa yang orang cakap kerana kami tahu apa yang berlaku.


“Saya dan Che Ta ok saja dan rakaman itu dibuat sebulan lalu. Hubungan saya dengan juri dan Pak Nil juga sudah seperti sedia kala,” katanya.

Aku tahu Zain sebenarnya tak berniat. Tapi sebagai anak muda, ada satu sifat dalam diri dia yang dia tak sedar sebenarnya sifat tu boleh membawa  keburukan pada dirinya. Dia seperti meletakkan kesalahan tu pada chef-chef yang terlibat sebaliknya dia juga bersalah dalam hal yang demikian. Berapa musim dah Masterchef ni? ada ke masalah macam ni sebelum  ni? Kenapa kali ni jadi macam ini. Sebab tu lah ada yang mengatakan kesabaran tu penting.. Hormat menghormati tu perlu supaya tak terjadi perkara sedemikian..  

Alhamdullilah perkara ini tak berlarutan bermasam muka sehingga diluar Masterchef. Cuma aku berharap Zain lepas ni lebih bersabar dan menjadi orang yang boleh menerima kritikan.. Cuba kita letakkan diri kita di tempat Zain yang masa tu amatlah gelabah...mcm na agaknya kan.. cuma sebagai selebriti.. gelabah ke apa ke.. emosi kene jaga.. hahaha... Sabarr......................... jangan buat sesuatu yang org akan UNSANGKARABLE... 


You Might Also Like

3 comments

  1. kte tgok bnda ni smlm..
    dye ni jns baran, xsabar..
    tgok la bila juri dtg tya pe dye wt and bg opinion, dye cbuk dgr ckp kawan..
    skurg2nya hormat la n dgr

    ReplyDelete
  2. ya betul tu.. tu yang nak cuba sy sampaikan..

    ReplyDelete