Assalamualaikum... erm.. arini aku rasa penat sangat...penat sangat melayan perasaan aku yang entah apa2..
penat memikirkan diri aku yang aku sendiri tak tahu apa kesudahannya.. Penat memikirkan sampai bile aku akan begini.. Penat memikirkan apa yang aku nak dalam hidup ini.. Penat segalanya...
Selama dua ari ni aku sedih..kosong..rasa sebak..aku tak tahu apa yang dalam fikiran aku.. Makin aku cube mendalami diri aku..makin sebak tu meronta2, sehinggakan aku menangis teresak2 di tikar sejadah..
Ya Allah.. apa yang cube nak disampaikan kepada aku Ya Allah... Sesungguhnya aku betul2 tak dapat memahaminya.. Aku menatap gambar ibu bapa ku.. adik2 aku.. aku cube mengamati mereka..sedalam2nya... namun air mata yang menangis.. aku terus menangis tanpa tau apa puncanya...
Aku berdoa.. dan terus berdoa.. aku lelapkan mata.. namun aku tetap menangis.. apa sebenarnya yang berlaku pada aku ni Ya Allah...
aku sibukkan diri.. di ladang aku gembirakan diri aku..namun tak lama.. sedih kembali.. erm...jalan2 seluruh ladang.. makin aku jalan makin aku menitiskan air mata.. Astaghfirullah al azim...Astaghfirullah al azim...Astaghfirullah al azim... itu lah yang bermain di bibir aku...
Aku mohon ampun kepadaMu Ya Allah yang Maha Agung... :(
aku balik dah terus bersujud kepada Allah swt . kebetulan mak ayah tiada dirumah...selepas selesai semuanya aku terus sibukkan diri aku... mengemas... dah siap semua aku solat Isyak..perasaan ini datang kembali.. namun aku cube jauhi perasaan ini.. dan aku cube melelapkan mata.. namun aku tetap bersedih.. aku sepertinya membayangkan sesuatu yang aku sendiri tak tahu apa.. (maaf aku sekdar meluahkan apa yang aku rasa).
Aku bangun dan terus on laptop.. aku jenguk fb dan email.. tiada apa yang menarik.. aku terpk untuk menulis di blog.. mungkin bila aku cube menzahirkan pikiran aku dalam bentuk penulisan ia akan terkeluar... terkeluar semua perasaan yang mengganggu aku...
Sedang aku belek2 fb aku ternampak video klik Hafiz Hamidun zikir terapi diri.. tajuknya Astaghfirullah... sekali dengar je.. jiwa aku luluh.. dengan air mata aku menaip entry ini..
Ya Allah.. begitu banyakkan dosa aku sehingga aku merasa kesedihan sebegini rupa? Andai ada Ya Allah..Ampunkan lah hambaMu ini..
Kenapa aku menulis? perlu ke aku menulis dalam blog..? Aku pun tak tahu...tapi aku harap dengan penulisan ini aku akan rasa terluah.. aku taknak ati aku sebab begini.. aku tiada teman untuk meluahkan.. aku memang seorang yang suka pendam masalah.. tp kali ini aku terpaksa meluahkan perasaan ini..sesungguhnya aku tak mampu.. :(
Sedang aku menaip sekarang.. aku teringat.. di pejabat aku ada seorang pembantu am dan anaknya yang berkerja..anaknya seorang insan istimewa...dia OKU.. mungkin dari segi pemikiran dia dan kekuatan diri dia yang tak stabil seperti kita..Namun aku respek dengan dia kerana dia seorang yang mampu menghafal AlQuran dan Terjemahan.. Aku kagum dengan dia.. walaupun dia kurang upaya namun dia cekal. Setiap kata2 dia pada aku sedikit sebanyak membuatkan aku luluh..
Aku sedikit sedih bila dia berbicara tentang jodoh dengan aku. Bila dia berdebat dengan aku pasal keyakinan diri.. pasal mensyukuri nikmat.. pasal kesepian dan kesorangan...pasti aku akan kalah... Adakah aku terpk2 pasal kata2 dia? Emm... entahlah..aku tak rasa pulak pasal beliau.. erm.. walaupun dia banyak suh aku berusaha dalam mencari jodoh.. dia banyak menyedarkan aku bahawa aku sepatutnya mensyukuri setiap nikmat yang Allah berikan kepada aku..bukan seperti dia yang hanya mampu menjadi Imam setelah tiada yang sanggup menjadi Imam... :(
erm.... atau aku memikirkan pasal Ana Dira? yang akan pergi meninggalkan aku? dan aku takut kesorangan? aku selama ni menjarakkan diri aku dari semua kawan2 aku.. apakah tibe2 aku rasa takut dengan kehidupan aku ini? entah lah!! entah!! entah!! aku tak leh berpikir lagi....
Ya Allah.. berilah aku kesempatan untuk menjadi hambamu yang solehah Ya Allah... :(
Berikanlah aku kekuatan untuk berhijrah Ya Allah.. berhijrah dari yang buruk ke lebih baik.. :(
بسم الله الرØمن الرØيم
When I feel lonely, I know that Allah is there and He won’t let me down even when people do. I know that He understands everything I am going through and has been with me since the beginning. I know that He will hold me up when I am falling, and ease my pain when I am hurting. He is everything I need, and I will never be able to show my appreciation
Jangan sujud ke 'sejadah' saat susah.Jangan hanya mengenal 'telekung' saat sesak. Jangan pandang 'qiblat' saat payah.Ingat Allah selalu :)
"Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah. Turunkan lah bantuan mu kali ini kepada orang orang Islam di Palestin, hancurkanlah rejim zionis." Ameen ya Rabbal Alamin.
0 comments