Setelah membaca artikel Kerashati bertajuk Berhutang Kad Kredit Dgn Bank Islam dan beberapa artikel mengenai Perbankan Islam yang tak Islamik sebelumnya, saya rasa terpanggil untuk menulis cerita berikut untuk tatapan; betapa dugaan dihadapi bila berpegang kuat cuba tidak berhutang, mengelak riba, mengharap bank islamik (?) dan dugaan keinginan ikut cara gaya hidup kebendaan. Sy ingin menulis kerana terpanggil hal isu riba ni kerana sy memang ‘anti-riba’ semenjak sy mula ‘faham’ dan takut pasal riba semenjak kira 30thn lalu. Kerana takut meminjam (islam tidak menggalakkan meminjam), takut riba (Hadith yg menyatakan bahawa satu masa nanti manusia yg tak mahu riba pun akan kena habuknya; riba adalah seperti berzina dgn ibu sendiri sebanyak 32kali), kerana tak selari pemikiran pinjaman ‘perbankan islam’ (pinjam 100ribu bayar 200 ribu) dan tak pandai pula berniaga (berniaga di Msia dalam bidang sy banyak rasuah, manipulasi, kena bodek, kena entertain yang seronok2) dan ‘content’ (bersyukur dgn apa yg ada)… maka setelah berumur melebihi setengah abad, yg dah di kira dah dekat nak dipanggil Allah ni, sy, walaupun seorang professional lulusan luar negeri, sy tidak punyai ‘harta’ yg org biasanya kumpul ( sy kenali seorang kerani bawahan sy berani pinjam cara apa pun dan kini miliki sekurangnya empat buah rumah,beberapa buah kereta). Sy tidak miliki sebuah rumah pun (menyewa sepanjangan dua puluh enam tahun semenjak berkahwin hinggalah sekarang), tidak punya seinci tanah pun, tidak punya sesen saham pun seperti manusia lain yg biasanya sangat bangga dgn harta masing2. Tak kurang juga hampir semua sahabat2 seperjuangan yg tinggi ilmu agamanya pun begitu. Semasa belum ada bank islam d Msia seorang ustaz beritahu, tak pe beli harta walaupun pinjaman riba, kalu tak nanti org kafir je miliki harta diMsia ni. Seorang ustaz lagi kata masa tu kata rumah pertama tak pe pinjam bank riba. Tapi argument sy masa tu adalah pinjaman tu bukan untuk rumah basic, biasanya rumah tu yg mewah lagi pada yang individu tu mampu, ia itu bersenang2 dgn riba, demi menjaga status pangkat. Harta sy hanya lah wang disimpan dalam bank islamik, ( sy dah argue dari dulu lagi bahawa bank islam belum islamik sepenuhnya, tapi apa pilihan kita selain bank conventional? Bank yg ngaku islamiklah), dan harta sy lagi hanya sebuah kereta berusia 12 tahun dan cahaya mata seramai enam org. (anak adalah juga harta mengikut Islam). Bank yang mengamalkan islamik banking diMsia tidak islamik kata satu artikel berkait dengan convention riba d Langkawi baru-baru ini. Dari dulu lagi jika kita sebut ini org akan tuduh kita extreme, unrealistic, tiada tolenransi. Tapi convention riiba d Langkawi itu menenangkan hati sy, kerana akhirnya ada org berani menidakkan bank islam di msia tidak islamik (sepenuhnya). Yes time to transform the system. Bila ada bank islam tahun 1984 dulu sy sangat suka tapi sekadar menyimpan saja. Awalnya teringin juga nak pinjam untuk beli rumah, tapi masa tu, sy sudah argue dan merasa bank islam mungkin lepas dari lafaz, tapi unsur ‘menhalalkan cara’ dan menindas ada juga. Jadi tak pinjam juga. Kempen bank islam masa tu adalah macam makan ayam sembelihan, mahal sedikit tapi ikut syariat, maka halal lah. Ada panel penasihat ilmuan pakar banking islam lagi. Sy yg tak mengaji islam ni nampak bank islam macam ‘menipu’ bila rate bank riba dijadikan panduan bila mengira ‘kos pinjaman’, yg dikatakan kos pengurusan, maka halal, untuk dapatkan kiraan nilai jumlah bayaran pinjamam. Dahlah ‘rate’ yg diambil bank islam lebih tinggi dari bank riba. Alasan ayam halal selalu di kaitkan jika ada argument. Masa tu sy sudah bertanya kenapa rujuk current rate bank riba, misalnya 8%, kenapa bank islam rujuk pada around that figure juga malah lebih. Kenapa tidak 2% seperti charges komisyen yg biasa diamal bagi services orientated business. Baru lah nampak islamik – ada kebajikan dan tak menindas. Satu lagi kempen yg buat bank islam uwarkan dari dulu hingga sekarang adalah; pinjaman adalah islamik kerana charges adalah fixed rate. Jika rate pasaran naik, maka peminjam bayar rate itu juga. ‘Untung’ lah peminjam, kata mereka. Masa tu sy dah argue, yg sebut naik je tapi tak sebut bila rate pasaran turun, bank islam untung berlipat lagi. Apa lah ruginya bank islam bila rate naik yg dia tanggung, untungnya dari keseluruhan peminjam sudah berlipat dan nilai yg di absorb adalah ciputje. Tak rasa apa2, tapi diuwar-uwarkan peminjam untung. Rate bank tak melonjak berkali ganda, bbrapa percent je setiap kali. Seperti artkel sdr sebut, bank dah untung atas angina dari awal lagi. Tapi yg tak disebut dan ditimbang bank islam adalah bila rate turun eg pada tahun1998-99-2000.., bank meraih lagi banyak untung. Kesimpulanya, jika rate naik, yg di absorb bank adalah ciput dan jika rate turun peminjam rugi kerana nilai wang tersebut amat bernilai pada individu. Dari segi adil lebih baik charges pengurusan, keuntungan, kerugian di tanggong/nikmati bersama. Kalau naik tanggung bersama dan jika turun kan elok jika peminjam yang nikmati sama. Pengelaman ini berlaku kepada sy kerana sy kena ambil juga loan ‘islamik’ ini untuk membeli kenderaan baru kerana kenderaan sy masa tu dah 10 thn dan banyak kerenah. Sy alami rate pinjaman tinggi tahun itu dan yg jauh lebih tinggi berbeza dgn bank riba, alami juga bila rate pasaan turun mendadak, dan sy kena bayar semua selama lima tahun tu sepenuhnya. Lebih sedih lagi bila pengurusan pinjaman bank masa tu sungguih tak professional dalam sistemnya, tiada resit dikeluarkan bagi bayaran pos. Akibatnya bank islam makan duit sy ratusan ringgit. Aduan dibuat dgn bukti cek clearances tapi tak kemana, nak jumpa org atasan pun tak dilayan. Who are u? no commercial value lah.(sy membuka akaun sy, isteri, anak2, syarikat, persatuan dgn bank islam semenjak bank islam dibuka 25 tahun dulu). Nama je islamik tapi tak juga Profesional, tak juga Mesra , tak juga Progressive. Akhirnya sy nak tuntut kat ahkhiratnya lah. Selama 25thn sy ada akaun (banyak) di bank islam tak pernah cek tendang. Tapi baru ni di atas kesilapan teknikal salah satu akaun sy, maka wang tidak cukup lebih sedikit RM100 dari ribuan pada cek dikeluarkan. Terus di reject, dan dikenakan charge. Mana kemesraan, mana keislaman bank islam, mana nak jaga nama pelanggan, tak boleh ke diatas track rekod baik pemunya akaun telefon je dan minta ditop up segera. Kan sy boleh dipindahkan dari akuan lain, susah sangat ke? Sebenarnya bank dan staf nya tidak berfikiran islamik lagi, mungkin kerana dasarnya sudah tidak islamik lagi, dan mungkin tiada keberkatan ‘islamik’ yg dikatakan halal seperti disebut artikel. Untung, untung, untung. Lebih sedih lagi bila kebetiulan selang berapa minggu, sy yg juga ada terlibat dgn persatuan kebajikan islam yg ada akaun di bank islam lain dimaklumkan oleh pentadbir ada berlaku wang tak cukup bila cek yg dikeluakan pentadbir kpd penerima direject. Also first time, tapi bank islam baru tu boleh pun telefon pentadbir dan beri masa utk top up duit segera. Jadi mana keislaman bank islam dalam satu lagi dari aspek ‘kebajikan’ pemilik akaun. Berkaitan dengan islamik banking ni ada satu perkara yg org islam terlibat secara relaks, tak takut, tak kisah adalah penggunaan kredit kad. Dulu lagi sy guna American Express kerana ia adalah charge kad (bayar yuran tahunan dan tak kira berapa banyak guna dan mesti bayar tanpa tambahan bulan berikutnya. Tiada peluang bayar minimum charges, hanya denda jika lambat bayar. Memanglah dan tiada kredit kat islamik lagi. Sy guna untuk convenience- tak payah bawa cash banyak utk bayaran pembelian shopping, hotel, tiket kapal terbang,kereta sewa, dll. terutama semasa bermusafir. Pakai kad dan bayar sepenuhnya bulan berikutnya. Begitulah konsep charge kad. Bila diperkenal kad kredit islamik beberapa tahun lalu, maka sy pun suka dan segera join. Walaupun ia adalah kad kredit dan bukan kad charge sy bayar habis juga bila bil sampai bulan berikutnya. Pemegang kad kredi islamik ini pun jika tak bayar penuh ‘pinjaman / hutang lebihan’ pun boleh. Bank akan kenakan ‘keuntungan secara islamik’ bagi bayaran yg belum dilunas. Tapi sy pelik kerana bila permohonan tu lulus dulu sy kena sign dokumen perjanjian tebal. Diketahui lebih tebal dari perjanjian jual beli rumah. Dahlah tu kena share ‘beli tanah’ pulak. Amex dulu luluskan sy dengan sign borang permohonan tu je. Yang sy nak kemukakan dan untuk tatapan mereka yg ada ruang supaya terus panjangkan hal yg tak ‘islamik’ ini supaya jadi benar islamik. Argument sy kepada pegawai kad kredi islam tu utk disampaikan kpd pihak atasan adalah, Islam itu patutnya mudah, tak banyak tebal dokumen perjanjiannya, apa habiskah cara untuk menghalalkan untuk ada cara kad kredit/ charge ni. Apakah konsep ‘penipuan, penindasan, manipulasi terminalogi’ seperti hal perbankan islam yang ‘tak islam’ itu tak timbul bagi sistem kad kredit islam itu? Sekadar berkongsi pengalaman, pandangan untuk di highlightkan lagi di platform yang formal, di iktiraf utk perbincangkan . Mudahan-mudahan org awam tidak ‘tertipu’ dengan produk-produk islamik yang kini tumbuh macam cendawan yang ada antaranya kini disangsikan keislamikannya, seperti perbankan islam yg di anggap sebagai islamik selama ini. Maka jika ini di fahami ramai umat islam dan diusahakan kearah itu maka keberkatan pembangunan ekonomi islam akan selari dengan tuntutan-tuntutan islam yang lain. Maka islam sepenuhlah dan sebenarnya lah agar kehidupan umat islam khasnya di negara in diberkati Allah. Jgn jadi macam sekarang, banyak yg islamik tapi kehidupan org islam tak juga nampak islam. Allahua’lam
0 comments