Buat teman2 ku!!~


Sepanjang perjalanan kehidupan,

ku temu pelbagai rupa temanku..

ada yang gemuk, kurus, panjang, pendek,

lawa, kacak, hodoh, ayu, sayu

Bersikat mahupun bertudung…

akan sejenak ku terfikir…

manakah satu…..

rupa yang akan menjadi temanku yang setia..

yang gemuk atau kurus?

yang pendek atau panjang?

yang lawa atau hodoh?

yang bersikat atau bertudung?

diriku dalam dilema….

setelah difikir berkali…

tersedar diriku…

kadang-kadang sesuatu yang indah tak sebetul-betulnya indah dan

……

kadang-kadang sesuatu yang buruk tak sebetul-betulnya buruk

kadang-kadang yang kacak tak selalunya betul..

kadang-kadang yang lawa tak selalunya baik

kadang-kadang yang hodoh tak selalunya jahat

kadang-kadang yang bertundung tak selalunya jujur

jadi…dalam hidup ini perlulah berhati-hati…

mencari teman memang senang…

tetapi mencari teman yang setia

umpama mencari jarum dirumput yang kering...

You Might Also Like

0 comments