Search This Blog

Wednesday

Super spontan Musim Ketiga


Program realiti bercorak permainan yang menampilkan para selebriti bermain komedi secara improvisasi kini kembali dengan judul Warna Super Spontan 2014.
Menurut Pengurus Saluran Astro Warna, Encik Rostam Said, masih mengekalkan format yang asal Super Spontan memilih ‘wrestling’ bersesuaian dengan tema sukan yang diketengahkan oleh program tersebut sebelum ini.

“Kami pilih sukan wrestling kali ini memandangkan Super Spontan memang sinonim dengan tema sukan. Tahun lalu Super Spontan dengan tema sukan Bola Sepak, kali ini sukan gusti kerana negara juga  bakal menyaksikan jelajah siri sukan tersebut tidak lama lagi.

“Jadi saya rasa ianya bersesuaian dengan ‘mood’ penonton dan peserta. Nama juga dipilih mengikut kesesuaian tema dan dari segi pemilihan barisan peserta, mereka yang pernah menyertai Super Spontan sebelum ini layak untuk kembali menyertai di musim akan datang sekiranya mereka tidak pernah dinobatkan juara program Super Spontan,” jelas Rostam Said ketika majlis pelancaran program Warna Super Spontan di Damansara Perdana.

Dua penyampai radio Era FM, Ray dan Haniff bakal menjadi pengacara dan Afdlin Shauki buat pertama kali bakal bergandingan dengan Adlin Aman Ramli sebagai pengulas selain kemunculan Amir Raja Lawak seperti biasa untuk menghangatkan lagi suasana.

Mawas Berduri yang diuruskan oleh Rashid Salleh dan disertai oleh Yus Jambu, Rahim R2, Fad, Didie Alias, Jihan Muse, Johan Raja Lawak dan Syuk Balas. Manakala kumpulan Biawak Laser diketuai oleh Reza dan diwakili oleh SHuib Sepahtu, Taukeh Jambu, Shahrol Shiro, Michael Ang, Achey Bocey, Sharifah Sakinah dan Abam Bocey.

Nasib setiap kumpulan akan ditentukan oleh undian SMS daripada penonton di mana kumpulan yanf dapat markah terendah perlu menyingkirkan salah seorang peserta daripada kumpulan mereka dan kumpulan menerima markah tertinggi akan memenangi RM5,000 dan disalurkan ke badan kebajikan yang memerlukan.
Juara Warna Super Spontan akan membawa pulang wang tunai RM100,000. Layari facebook rasmi www.facebook.com/SuperSpontan dan laman web www.superspontan.com.my bermula 15 Ogos 2014.

Jangan lupa untuk menyaksikan Warna Super Spontan yang akan bersiaran secara langsung di Astro Warna (132) dan Mustika HD (134) bermula 22 Ogos 2014, jam 10 malam!