Flower Boys Ramen Shop

Salam Semua.. :) semoga kalian Hapy always.. Actually arini nad bosan sangat tak tahu nak wat apa. Nak tengok running man takda mood plak sebab line tak ok.. Sebenarnya aku ni tak suka kpop2x.. yucks!! kamseupay... Tapi setelah mula berjinak2 menonton Running Man.. Terpikat plak rasa xcited plak lau dpt jumpe personnel Running Man.. 
Bukan tu saja.. Aku juga dah mula menjinak2 menonton Drama Korea.. arghh Stress..sampai tak tdo seharian.. Citer pertama buat aku menitiskan air mata..sebab layan sangat adalah cite "Flower Boy Ramen Shop"... Well!!~ citer ni best gile!! :( 

Ni nak share ngan korang :)


Sinopsis
Cerita tentang empat orang pemuda yang lebih dikenali sebagai “pretty boys,” sebab masing-masing memiliki wajah yang tampan dan pesona yang tersendiri dan seorang gadis yang memiliki tarikan dalam caranya yang tersendiri.

Yang Eun Bi-gadis periang dan mempunyai fikizal yang kuat. Berusaha untuk melepasi ujian tapisan untuk menjadi seorang guru. Yang Eun Bi mempunyai masalah dengan bapanya. Namun di saat-saat akhir si bapa, mereka kembali berbaik semula. 


Cha Chi Soo-anak hartawan dan merupakan pewaris tunggal. Dia merupakan harta yang paling bernilai bagi bapanya President Cha. Tetapi Cha Chi Soo seorang yang agak bongkak dan memilih dalam berkawan terutamanya wanita.


Choi Kang Hyuk-chef dari Jepun yang datang ke Korea kerana amanah yang diletak di bahunya. Seorang yang tenang. Choi Kang Hyuk ada rahsia besar yang disimpannya. Namun sehingga satu tahap rahsia itu terpaksa didedahkan kerana merasa "haknya" akan dirampas.


Woo Hyun Woo-seorang anak muda yang lembut dan tenang. Woo Hyun Woo terlibat di dalam "kumpulan" ini kerana ditawarkan tempat tinggal. Woo Hyun Woo terspit dengan hutang yang banyak yang telah dibuat oleh bapanya menyebabkan dia dikejar oleh pemiutang.


Kim Ba Wool-anak muda yang panas baran. Mudah tersinggung, pemarah dan cepat melatah. Kim Ba Wool merupakan orang yang menetang keras kehadiran Cha Chi Soo di Ramyun shop tersebut.


Apakah yang menghubungkan mereka berlima? Bagaimana mereka menyelesaikan setiap permasalahan yang timbul diantara mereka?

Yang Ni korang kene tengok..... Ada 16 Episod... :)  Sweet citer ni

You Might Also Like

0 comments