Fear Factor Selebriti 2

16 Pasangan Finalis Fear Factor Malaysia

Gandingan mantap 16 pasangan yang menyatukan selebriti tanah air dan peminat buat pertama kali untuk berdepan dengan pelbagai ujian mencabar yang pastinya bakal menguji tahap ketahanan mental dan fizikal masing-masing dalam program Fear Factor Malaysia telahpun diumumkan di majlis sidang akhbar yang diadakan semalam.

Fear Factor Malaysia ialah sebuah program realiti yang diadaptasi daripada format program popular antarabangsa yang telah diubahsuai dan diberi nafas baru mengikut kesesuaian budaya dan kehidupan masyarakat di Malaysia.
16 pasangan peserta yang menjayakan musim ini akan dibahagikan kepada dua kumpulan yang mana setiap pasangan adalah terdiri daripada seorang selebriti dan seorang peminat.
Kumpulan A menampilkan pasangan Ungku Ismail & Fify, Syed Ali & Tatt, Norman Hakim & Zarina, Nas T & Kairul, Ryzal Jaafar & Sam, Sari Yanti & Anbia, Dira Abu Zahar & Azura serta Erin Malek & Redha.
Manakala Kumpulan B pula terdiri daripada pasangan Izzue Islam & Emri, Shuib Sepahtu & Zakaria, Bambang Soteto & Faisal, Shah Iskandar & Kartini, Yana Shamsudin & Janice, Zain Saidin & Akmal, Azura Zainal & Rechel serta Thanuja & Joy.
Pasangan juara Fear Factor akan memenangi wang tunai sebanyak RM200,000. Manakala pemenang bagi cabaran mingguan pula akan membawa pulang wang tunai RM10,000.
Sebanyak 26 episod akan ditayangkan berselang-seli menerusi dua rangkaian program iaitu Fear Factor Malaysia dan Akses Fear Factor Malaysia secara eksklusif pada setiap hari Sabtu dan Ahad di saluran Astro Ria (104) serta siaran serentak di Maya HD (135). Program ini juga boleh ditonton menerusi perkhidmatan aplikasi Astro On-The-Go.
Fear Factor Malaysia akan mula bersiaran pada setiap hari Sabtu, jam 9.00 malam selama satu jam mulai 15 Februari 2014. Menerusi episod ini, para penonton boleh menyaksikan tiga peringkat cabaran yang merangkumi cabaran fizikal dan mental yang harus ditempuhi oleh para peserta. Untuk terus kekal, mereka dikehendaki melepasi kesemua cabaran yang diberikan kerana proses penyingkiran akan dibuat dalam episod ini.
Pada setiap minggu, Kumpulan A dan Kumpulan B akan menghadapi cabaran dan harus melalui proses penyingkiran secara bergilir-gilir untuk setiap episod sepanjang program ini bersiaran. Ini bermakna para penonton hanya boleh menyaksikan pasangan peserta daripada Kumpulan A untuk beraksi pada minggu pertama. Manakala untuk pasangan peserta Kumpulan B pula boleh ditonton pada minggu yang berikutnya dan susunan giliran ini akan berterusan sehingga peringkat akhir yang mana hanya akan tinggal dua pasangan teratas daripada kedua buah kumpulan yang akan berentap di peringkat akhir.
Manakala Akses Fear Factor Malaysia pula akan bersiaran pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam selama 30 minit mulai 16 Februari 2014. Menerusi episod ini, para penonton boleh menyaksikan sisipan belakang tabir menarik yang terjadi sepanjang penggambaran dijalankan.
Seperti musim sebelum ini, sebahagian besar penggambaran Fear Factor Malaysia juga telahpun dijalankan di Afrika Selatan. Selain itu, pihak Astro juga masih mengekalkan selebriti popular tanah air iaitu Aaron Aziz sebagai hos program untuk musim ini.
Sumber : 100% dari Astro

You Might Also Like

0 comments