Search This Blog

Friday

Sakitnya Kehilangan

Malam yang sunyi sepi.. air mata bergelinangan.. kerana hilangnya sebuah kepercayaan yang slama ini dipegang.... benci dengan lelaki yang hanya mampu permainkan perasaan..


Aku jadi sedih dan sukar untuk menghentikan air mata yg mengalir.. sedang aku mencuba untuk menyibukkan ini aku terjumpe di google ayat ini.. baru je nak copy n paste terklik plak tanda x so tertutup lah tab tu.. tak dapat nak copy link tuk page ni..





Actually aku terjumpe ayat ni dan ia mampu membuatkan aku sedar...


Bila kita hilang sesuatu,
Semestinya kita jadi rindu…

Makin kita sayang,
Atau hargai,
Makin kita rindu…

Lalu saya teringat sesuatu..
yang cukup indah,
untuk saya kongsikan.

apa yang kita hilang,
bukanlah milik kita,
kerana sesungguhnya..
Yang hilang itu milik DIA.

maka beruntunglah wahai jiwa..

Allah meminjamkan sesuatu,
Untuk kita hargai,
Dan kepadaNya jua,
Akan kembali,
Supaya hikmahNya dihayati..

Sakit untuk merasa kehilangan,
Namun pujuklah dengan satu keyakinan,
Bahwa yang hilang itu,
Pulang ke pangkuan DIA..

Allah sebaik-baik penjaga :’)

*titipkan doamu buat yang masih tersisa hayatnya, mahupun yang sudah kembali ke pangkuan Ilahi*

"
(via bukangadisbiasa)