🚧 Blog Under Refresh!

Note to My Readers: Heads up! This blog is currently under a little renovation. I'm in the middle of refreshing the look and updating the content to make it more meaningful — especially as I share my love story, Turkish language learning journey, and lifestyle experiences.

Feel free to explore the older posts, and come back soon for new updates, fresh posts, and a whole new vibe! 💛📖

Sunday

Peserta Separuh Akhir Kilauan Emas 3

Konsert Kilauan Emas 3 minggu ke-4 telah menyaksikan seorang lagi peserta tersingkir. Mohd. Khairuddin b. Ja’affar atau DIN yang berusia 41 tahun berasal dari Pasir Gudang Johor telah membuat persembahan terakhirnya malam tadi dengan tema Dangdut. 



DIN menyampaikan lagu Aku Bukan Bang Toyib nyanyian asal Wali Band terpaksa akur dengan keputusan juri dan undian SMS. DIN telah terlepas peluang memasuki Separuh Akhir Kilauan Emas 3 yang bakal diadakan minggu hadapan.

Minggu ke-4 Kilauan Emas 4 menyaksikan 7 peserta melakukan persembahan bertemakan Dangdut. Selain daripada peserta, beberapa penyanyi lama telah diundang untuk meembuat persembahan seperti Shamsul Ghau Ghau, Sheeda, Mas Idayu, Adam Ahmad, Nursyila Amin serta Azian Mazuan Sapuan. 



Secara keseluruhannya kesemua 7 peserta telah melakukan persembahan yang baik dan mendapat pujian daripada juri.

Berikut adalah kedudukan selepas talian undian ditutup:

1. MIOR - 18%
2. IDRIS - 18%
3. ALINA - 16%
4. RINA - 14%
5. ROS - 14%
6. SIAH - 12%
7. DIN - 9%


Kini tinggal 6 peserta Kilauan Emas 3 yang akan beraksi si pentas Separuh Akhir Kilauan Emas 3. Bagaimanakah persembahan mereka nanti? 

Siapakah yang bakal beraksi di pentas AKHIR Kilauan Emas 3? 

Saksikan aksi mereka minggu hadapan, Rabu, 9.30 malam, ekskluisf di Astro Prima (105)

No comments:

Post a Comment

Search This Blog