Pak Nil Tarik Diri Dari MasterChef Selebriti


Salam 1 Malaysia.... 

Hari ini sekali lagi Masterchef Selebriti Malaysia telah membuat kejutan apabila salah satu Masterchef Selebriti pilihan ati aku telah menarik diri dari rancangan tersebut...

Sementara menanti apakah yang telah berlaku... Sudah tentu aku kene focuskan dulu terhadapan minggu penyingkiran malam ini...

Antara 4 peserta yang berada di pusingan penyingkiran malam ini, pasti ramai yang tau dan berdebar semasa menanti siapa yang akan tersingkir pada minggu ni. Siapa yang menonton Masterchef Selebriti Malaysia Musim Kedua malam ini, pasti sudah tahu bahawa yang tersingkir ialah Michael Ang..

Terkejut juga tapi betul lah sebab beliau telah membuat sedikit kesilapan pada bahan utama pada malam ini iaitu Tuna.


Disaat penyingkiran telah diumumkan.. Akhirnya kita dikejutkan oleh satu kejutan dimana Datuk Aznil iaitu lebih dikenali dengan Pak Nil telah menawarkan diri untuk mengundur diri daripada gelangang Masterchef Selebriti pada kali ini.

Sebab Pak Nil mengundur diri dalam Masterchef Selebriti kerana ibunya sedang sakit. Nad memang rasa bangga dengan sikap ketabahan dan  kegigihan Pak Nil sepanjang beliau berada dalam Masterchef. 

Masakan nya yang kreatif dan sentiasa ada kelainan menunjukkan beliau seorang yang bijak dan bersungguh. Semangat persahabatan juga sebenarnya ada dalam diri beliau. Keputusan beliau malam ini adalah satu tindakan yang sangat mengharukan. 

Nad harap Michael Ang dapat berusaha dengan gigih dan membawa semangat Pak Nil bersama dengannya.

You Might Also Like

0 comments