Juara Kilauan Emas musim ketiga

Mior Yazid bin Ahmad (44 tahun) akhirnya diumumkan juara bagi Kilauan Emas musim ketiga. Tepat ramalan Nad.. Suka suara beliau :D
Mior yang membawakan dua buah lagu Sampai Disini ciptaan Sri Wirama Adnan Abu Hassan dan Aucu serta sebuah lagu berjudul Purnama dari kumpulan Search telah berjaya membawa pulang sebuah trofi Kilauan Emas musim ketiga, wang tunai bernilai RM50,000 dan sebuah kereta Nissan Livina X-Gear sumbangan Astro bernilai RM90,000.
juara kilauan emas 3

Sementara itu, tempat keempat dimenangi oleh Alina bt. Hassan (45 tahun) yang membawakan lagu Vision of Love (Mariah Carey) dan Serambi Kasih ciptaan Sri Wirama Abu Hassan dan Jeff A To Z. Tempat ketiga dan kedua dimenangi oleh Silahuddin b. Hj. Ali dan (52 tahun) dan Idris b. Mohd Shabidin (51 tahun). Masing-masing tempat ketiga dan kedua membawa pulang wang tunai bernilai RM30,000 dan RM15,000 serta sebuah trofi Kilauan Emas musim ketiga.
juara kilauan emas 3

Menarik pada Kilauan Emas musim ketiga kali ini adalah tiga anugerah yang diberikan kepada para peserta seperti Anugerah ‘Overacting’ Terhebat yang dimenangi oleh Alina, Anugerah Personaliti Polident dirangkul oleh Ros atau Rosiah bt. Satiman dengan wang tunai RM10,000 dan Anugerah Khas Juri yang diberikan kepada Mior bersama wang tunai RM5,000..
Dalam pada itu pelbagai kejutan yang tidak disangka berlaku di Kilauan Emas musim ketiga terutamanya rakan-rakan Idris dari pasukan tentera, kejutan kehadiran enam dari daripada tujuh anak Mior dan kanak-kanak istimewa iaitu Iki yang sentiasa dekat di hati pengacara utama Kilauan Emas musim ketiga iaitu Raja Azura atau Kak Engku.
Dengan pengumuman Mior sebagai juara pentas akhir Kilauan Emas musim ketiga maka berakhir sudah pencarian ‘Otai Masih Berbisa’ untuk kali ini.

Dengarkan lagu terbaru dari Mior Klik Sini

You Might Also Like

1 comments

  1. done follow sini lama dh..

    dari segmen :
    http://honeyoyeke.blogspot.com/2013/06/3rd-annivesary-ga-blog-by-emas-putih.html

    ReplyDelete