PERJANJIAN ANTARA BOSS DAN PEKERJA #2

addoii!!~ hai... apa khabar? jam dah kul 1. 50.. so nad takda nak wat apa... nad nak post satu lagi entry lah..sambungan.. perjanjian antara bos dan pekerja.. kalau nak baca yang episod satu korang nengok kat sidebar.. takpun klik ---> perjanjian antara boss dan pekerja #1

tp kali ni mcm biasa.. nad akan ulas dua tiga tajuk.. tp kalau dah rasa blurr nad stop.. hihihi.. bleh plak mcm tu.. sbnrnya tunggu mama anta makanan ni.. lapo... :( uwaa!!~ :D okey.. lets start  with 'working hour' aka waktu kerja.. hehe.. betul ke?


3. Waktu Kerja


okey! kite terus straight to the point..hehe..contoh lah ari ni korang cuti.. cuti mingguan..ari ahad apa barang kerja.. hehe. jadi kat sini mengikut Sec 60 (3) (a) EA 1955 .. kerja pada hari cuti mingguan jika tidak melebihi separuh dari masa kerja biasa maka akan dapat gaji sehari.. Tetapi jika melebihi separuh masa dari masa kerja masa maka harus dibayar gaji 2 ari..

kerja lebih masa pada cuti rehat mingguan akan menerima 2 kali ganda setiap jam hari kerja biasa
(Sec 60 (3) (c) EA 1955

pekerja yang bekerja selepas 5 jam layak menikmati 30 minit waktu rehat. (Sec 60A(1)(a) EA 1955)

melainkan dalam keadaan luar biasa, setiap pekerja tidak boleh bekerja lebih daripada 12 jam.. mengikut  Sec 60A(7) ES 1955

satu lagi yang korang mesti tahu..setiap pekerja layak mendapat cuti rehat mingguan selama 1 ari merujuk kepada Sec 59(1) EA 1955..

okey.. seterusnya nad nak sentuh pasal cuti bersalin..walaupun nad tak bersalin lagi n apatah lagi kahwin.. to ni info k... so korang kene make sure take note tentang ni...

4. Cuti Bersalin


jangan tak percaya mengikut Sec 37 (1) (c) EA 1955 elaun cuti bersalin perlu diberi melainkan dia dah ada anak 5 org keatas. hehe best tak?  bukan tu je.. Sec 37 (1) EA 1955 menyatakan bahawa si isteri layak mendapat cuti selama  60 hari. So.. leh lah rehat lama - lama..

tapi kene ingat ni wahai pekerja yang nak bersalin..
sabarlah ea.. paling awal kamu boleh ambil cuti bersalin 30 hari sebelum hari bersalin. Kalau diawalkan, elaun cuti bersalin akan ilang. hehe mengikut Sec 37 (1) (bb) EA 1955
tapi kan.. kamu jangan lah risau plak
jika doktor rasa kamu tidak sesuai untuk bekerja, cuti bersalin kamu boleh lah diawalkan 14 hari sebelum tarikh cuti bersalin - Sec 37 (1) (b) EA 1955
take note pasal ni okey...kelayakan untuk mendapat elaun cuti bersalin bergantung kepada 2 keadaan


  • sebelum tarikh bersalin pekerja tu dah bertugas lebih 4 bulan. 
  • dalam tempoh 9 bulan sebelum tarikh bersalin pekerja tu dah bertugas tak kurang daripada 90 hari - Sec 37 (2) EA 1955

kalau dipecat semasa dalam proses kehamilan kita boleh buat report kerana Sec 40 (3) EA 1955 mengatakan jangan buli perempuan lebih2 lagi dia tu seorang yg hamil.. hehe :) kalau isteri meninggal semasa bersalin maka akan mendapat juga elaun cuti bersalin - Sec 39 EA 1955 dan ingat... Dalam tempoh 90 hari selepas cuti bersalin berakhir, kalau kamu masih tak kerja, kamu boleh dipecat - Sec 42 (1) EA 1955.

4. Bayar Gaji & Gaji

Majikan perlu menjelaskan gaji pada hari kontrak kerja ditamatkan.. ngak boleh tunggu - Sec 20 EA 1955. dan kamu kene tahu yang mana :
Majikan perlu menjelaskan gaji pekerja dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh pembayaran gaji.. Jika tidak!! boleh didenda maksimum RM10000 bila disabitkan kesalahan - Sec 19 EA 1955 & Sec 99A EA 1955
kalau pekerja bermasalah seperti berat tulang, kaki botol, kaki tido, anda sebagai majikan boleh mengusir cheewah.. boleh pecat mereka tetapi.....
majikan perlu menjelaskan gaji pekerja sebaik sahaja kontrak ditamatkan - Sec 21 EA 1955

cuba fahami dialog ni :

pekerja A   - OT x bayar , nak tolak mcm2 .. nak resign la!
pekerja B   - Bos ni tukang seksa tak tahu ke? resign jugak !
pekerja C   - Outstation xda elaun nak suh pergi jugak !! grr!! resign ler!

Bos            - erk!!~ jangan2... bulan depan bayar

kesimpulan :
pekerja boleh meletakkan jawatannya tanpa notis knp majikan dan majikan perlu menjelaskan gaji mereka selewatnya 3 hari selepas mereka berbuat demikian - Sec 21 EA 1955 & Sec 99A EA 1955.
kite boleh tau minta advance dari bos.. hehe.. merujuk Sec 22 EA 1955.. so yg mana semput2 tu .. tulis lah surat pada bos anda.. hehe.. bersebab lah tau :P gaji mestilah dibayar dengan wang ringgit samaada cash or cek or bank in..bukan kopun2 - Sec 26 EA 1955

kalau kalian dikenakan hukuman atas kesilapan atau kecuaian anda sendiri.. sekiranya masuk penjara atau ditahan maka gaji anda akan dipotong selama mana waktu diambil jika anda tigak ke pejabat. - Sec 23 EA 1955

namun jika pekerja menghadirkan diri ke mahmakah untuk syarikat makan gajinya tak boleh di tolak.. - Sec 23 EA 1955.

hehe.. okey ni je yang dapat nad share tentang Bayar gaji dan gaji..harap jelas.. hehe.. jumpe di entry yang lain D:





You Might Also Like

1 comments