Membantu kanak-kanak mengatasi perasaan malu

Okey entri nad kali ni nad nak share ngan korang cara nak membantu kanak-kanak mengatasi perasaan malu.. pelik kan sebab nad wat entry mcm ni.. actually nad wat entry ni selepas nad dgr citer dari kawan nad yang mana dia kata adik dia..skrg dah darjah 6.. dia nyer malu tuh..mengatasi segalanya.. sampaikan nak kenalkan diri sendiri pun dia leh menangis.. puas dah mcm2 cara di lakukan tp..makin lama makin teruk pemalunya itu.. nad bukan apa..risau tahun depan dia dah nak melangkah ke alam sek menengah.. so kalau tak basmi..takut nnt konfiden level dia akan jatuh dan jatuh.. ea tak?

nad yakin..masalah ni bukan dialami oleh kawan2 nad yang sorang ni..mungkin ada ramai lagi mengalami masalah yang sama..mungkin adiknye.. atau pun anak2 mereka.. terdapat beberapa kemungkinan untuk menjelaskan perkara ini, mungkin mereka tidak tahu jawapan yang betul yang harus diberi, kerana masalah autisme, atau pun kerana terlalu malu... sehingga mereka menjadi seorang yang sangat pemalu.

pada pendapat nad lah kan.. cara yang paling mudah untuk mencari sebab mengapa mereka tidak berani bercakap dihadapan kelas adalah dengan sentiasa bercakap ngan mereka.. sentiasa memberi pendapat dan bertukar2 pendapat baik mereka disekolah bersama dengan guru mahupun dirumah.. sentiasa terapkan cara2 komunikasi dalam diri mereka. kadang2 mereka ni kalau dirumah dengan kite mesti mereka akan berani..tp kalau tempat asing, atau ada org lain disekeliling mulalah.. mereka mesti jadi malu..

mende ni nampak simple tau.. tp korang seme kene berhati2.. amik serius hal ni..sebab jika malu tu mengatasi segalanya.. semuanya pasti akan mendatangkan masalah.. bagaimana mereka akan menghadapi ari2 mereka kelak? berdepan dengan orang dan terus berjaya?

setiap perubahan perlulah dilakukan dengan perlahan2 selaras dengan peningkat usia mereka.. sebagai ibu bapa dan semua masyarakat sekeliling, masing2 perlu mainkan peranan masing2.. ( cheewah).. bukan apa.. tak nak lah masalah ni bertukar menjadi suatu perkara yang menjengkelkan..nnt mcm na nak sambung pelajaran? nak apply kerja?? dan macam2 lagi.. okey!!~ sangat bahaya hal ini!!~ 

cube ikuti cara2 ni.. mencuba lebih baik kan :) gud luck k :

1. jangan memaksa atau memujuk beria2 mereka supaya berubah jika mereka tidak selesa.

2. sentiasa berborak n bercakap ngan mereka.. sedarkan mereka baik buruk jika mereka terlalu pemalu.. just talk... n talk.. jangan suruh mereka buat n paksa2 :P bagi mereka peluang membina keyakinan diri..

3.tanya dia.. apa yang dia takut.. apa yang dia segan.. kenapa dia malu? kena tau..

4.ibu bapa tak perlu lah malu dengan anak2 mereka yang pemalu. bagitahu pada guru kelas tentang masalah anak2 mereka..supaya mereka dapat dipantau semasa berada disekolah..

hehe!~ ni lah yg nad dapat komen tentang hal ni.. sebab nad pun kalau boleh taknak masalah ni berlaku.. insyaallah dengan izinnya semuanya pasti berjaya..

malu tu perlu tp jangan sampai hilang keyakinan :)

dan jangan sampai tak tahu malu.. nanti.. APA PUN TAK BOLE ... adoooii



You Might Also Like

2 comments

  1. dulu saya pun ada masalah ni...tapi sekarang ok dah...betul la tu tips tu...
    sbg org yg prnah melalui, sye rse dak2 ni diorg pemalu sbb kurg yakin dan takut ngan manusia2...
    so, ajaklah diorang kenal Allah dan dekatkan diri dgn Allah
    Bila kita dekatkan diri dgn Allah, insyaAllah dia akan bantu kita utk perbaiki hubungan dgn manusia gak...
    so kita pun ada keyakinan utk amalkan gaya hidup "malu biar bertempat"

    sekadar perkongsian

    ReplyDelete
  2. time kasih atas pandangan tuh.. nad amik berat hal ni sebab kalau dibiarkan ia pasti akan berluasa.. malu tuh perlu tp mungkin ada hadnye.. ntah lah.. :)

    ReplyDelete