🚧 Blog Under Refresh!

Note to My Readers: Heads up! This blog is currently under a little renovation. I'm in the middle of refreshing the look and updating the content to make it more meaningful — especially as I share my love story, Turkish language learning journey, and lifestyle experiences.

Feel free to explore the older posts, and come back soon for new updates, fresh posts, and a whole new vibe! 💛📖

Friday

Juara Kilauan Emas musim ketiga

Mior Yazid bin Ahmad (44 tahun) akhirnya diumumkan juara bagi Kilauan Emas musim ketiga. Tepat ramalan Nad.. Suka suara beliau :D
Mior yang membawakan dua buah lagu Sampai Disini ciptaan Sri Wirama Adnan Abu Hassan dan Aucu serta sebuah lagu berjudul Purnama dari kumpulan Search telah berjaya membawa pulang sebuah trofi Kilauan Emas musim ketiga, wang tunai bernilai RM50,000 dan sebuah kereta Nissan Livina X-Gear sumbangan Astro bernilai RM90,000.
juara kilauan emas 3

Sementara itu, tempat keempat dimenangi oleh Alina bt. Hassan (45 tahun) yang membawakan lagu Vision of Love (Mariah Carey) dan Serambi Kasih ciptaan Sri Wirama Abu Hassan dan Jeff A To Z. Tempat ketiga dan kedua dimenangi oleh Silahuddin b. Hj. Ali dan (52 tahun) dan Idris b. Mohd Shabidin (51 tahun). Masing-masing tempat ketiga dan kedua membawa pulang wang tunai bernilai RM30,000 dan RM15,000 serta sebuah trofi Kilauan Emas musim ketiga.
juara kilauan emas 3

Menarik pada Kilauan Emas musim ketiga kali ini adalah tiga anugerah yang diberikan kepada para peserta seperti Anugerah ‘Overacting’ Terhebat yang dimenangi oleh Alina, Anugerah Personaliti Polident dirangkul oleh Ros atau Rosiah bt. Satiman dengan wang tunai RM10,000 dan Anugerah Khas Juri yang diberikan kepada Mior bersama wang tunai RM5,000..
Dalam pada itu pelbagai kejutan yang tidak disangka berlaku di Kilauan Emas musim ketiga terutamanya rakan-rakan Idris dari pasukan tentera, kejutan kehadiran enam dari daripada tujuh anak Mior dan kanak-kanak istimewa iaitu Iki yang sentiasa dekat di hati pengacara utama Kilauan Emas musim ketiga iaitu Raja Azura atau Kak Engku.
Dengan pengumuman Mior sebagai juara pentas akhir Kilauan Emas musim ketiga maka berakhir sudah pencarian ‘Otai Masih Berbisa’ untuk kali ini.

Dengarkan lagu terbaru dari Mior Klik Sini

Lirik Lagu Rocker juga manusia by Seurieus





Mungkin orang menyangka ku tak pernah terlukaTegar bagaikan karang tabu cucurkan air mataKadang kurasa lelah harus tampil sempurnaIngin ku teriakkan...
Andai mereka tahu rasa dalam hatikuLembut bagaikan salju dan menghangatkan kalbuKadang kurasa lelah harus tampil sempurnaIngin ku teriakkan...
Rocker juga manusia punya rasa punya hatiJangan samakan dengan pisau belatiRocker juga manusia punya rasa punya hatiJangan samakan dengan pisau belati
Kadang kurasa lelah harus tampil sempurnaIngin ku teriakkan...
Rocker juga manusia punya rasa punya hatiJangan samakan dengan pisau belatiRocker juga manusia punya rasa punya hatiJangan samakan dengan pisau belati

Review Filem - The Impossible

Hai.. aku baru saja berpeluang menonton filem The Impossible. Itu pun selepas aku tertarik melihat iklan di Astro berkenaan dengan filem ni. Aku langgan di Astro Best. hehe. Oklah tuleh nengok jugak kan..


Tanpa buang mata aku nak citer sikit pasal filem ni.. Overall citer ni mang best dan buat aku tersentuh sehingga menitiskan air mata. Aku dapat merasakan penderitaan yang cuba disampaikan kepada penonton melalui filem ini.


The impossible ni berkisarkan tentang pengalaman sebuah keluarga yang menghadapi detik-detik cemas semasa kejadian tsunami berlaku pada 2004 . 

Tsunami telah mengorbankan beratus-ratus ribu nyawa manusia , dan telah memusnahkan harta benda penduduk setempat . 

Diawal penceritaan cerita ini , kita dapat lihat keluarga Benneth bercuti sehari sebelum perayaan krimas di Khao Lak , Thailand . 

Pada awalnya semuanya dirancang seperti biasa , tetapi sehari selepas mereka menyambut krimas , ada perkara yang telah menjadikan percutiaan mereka itu sebagai percutiaan yang menggerikan yang mana Tsunami telah melanda di kawasan yang mereka sedang bercuti . 



Detik-detik sebelum tsunami dapat dirasa apabila angin menjadi kuat dengan tiba-tiba , sekawan burung berterbangan melarikan diri dan gegaran kuat seperti gegaran gempa bumi . 

Henry benneth ( Ayah ) Lucas , dan dua adik lelakinya sedang bermandi-manda didalam kolam sambil bermain bola air , akan tetapi bola itu telah tertendang keluar kolam dan terus ditiup angin. Merek dapat merasakan bahawa pokok kelapa yang berhadapan dengan laut tumbang secara bergilir-gilir dan itu menandakan bahawa gemlombang tsunami yang pertama sedang berlaku dan menghampiri hotel yang diduduki oleh keluarga benneth . 

Ombak tsunami itu menyerang mereka dengan sekilap mata tanpa mereka dapat memikirkan apa-apa . 

Hasil kejadian itu , keadaan menjadi kelam-kabut semua sedang menyelamatkan diri , Maria ( ibu lucas ) dan lucas dapat ditemukan dan dapat berpaut pada sebatang pokok kelapa yang tumbang . Gelombang kedua tsunami telah mencederakan kaki serta dada maria kerana tertusuk oleh serpihan batang kayu , dan sebagai seorang doktor maria sedar bahawa lukanya itu adalah parah , tetapi dia tetap tekad untuk menyakinkan anaknya lucas bahawa dia berada dalam keadaaan yang baik . 

Dimanakah ayah dan adik beradik lelaki lucas yang lain ? Adakah mereka selamat atau telah menjadi korban tsunami ? Semua persoalan ini anda akan dapat jawapannya jika anda menonton filem ini dan andai dapat merasakan bagaimana sedihnya perasaan mangsa mangsa tsunami tersebut.

The Impossible Full Movie Free Download HD Screenshots No.1

The Impossible Full Movie Free Download HD Direct Link

The Impossible Full Movie Free Download Single Resumable Link

The Impossible Full Movie Free Download Best Quality BRRip



Anugerah Blokbuster Ke-2


Penganjuran kali kedua Anugerah Blockbuster  yang dipilih berdasarkan undian peminat akan diadakan di Majlis Bandaraya Johor Baru (MBJB), Johor pada tahun ini.


Ketua Pegawai Eksekutif, Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM), Pansha Nalliah berkata, keputusan itu dibuat bagi memberi peluang kepada penduduk di luar Lembah Klang merasai kehangatan acara itu.

"Kami pada mulanya sukar mencari lokasi di Kuala Lumpur dan selepas perbincangan dibuat kami bersetuju untuk mengadakan acara itu di Johor," katanya pada sidang media Anugerah Blockbuster di Hotel Western Premier di sini, Isnin.

Acara itu dijadualkan berlangsung pada 15 Jun depan pada pukul 9 malam.

Ia bakal disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria dan Radio Era.

Dalam pada itu, Pansha berkata, pihaknya dan Astro akan memastikan penganjuran Anugerah Blockbuster 2012 akan lebih berjaya berbanding tahun lalu.

Malah katanya, aktiviti promosi akan dibuat dengan lebih baik supaya kehangatan anugerah itu dapat dirasai.

"Tahun lalu kita menghadapi masalah masa apabila ia dibuat dalam masa yang singkat. Jadi tahun ini promosi dapat disusun dengan lebih kemas," katanya.

Bakal mengangkat tema 'hipster', Pansha bagaimanapun berkata, senarai pengacara, persembahan dan sebagainya akan diumumkan dalam sidang media seterusnya.

Filem yang layak bertanding dalam Anugerah Blockbuster 2012 adalah karya yang ditayangkan bermula 1 Januari 2012 sehinggalah 31 Disember 2012.

Sebanyak 15 kategori yang melibatkan 49 pencalonan (bagi setiap kategori) diperkenalkan menggunakan 100 peratus undian daripada orang ramai.

Bagi yang ingin mengundi, proses pengundian akan dilakukan di laman web rasmi Anugerah Blockbuster iaitu diwww.anugerahblockbuster.com.my dan menerusi keratan akhbar.

Undian pusingan awal akan dibuka bermula 19 April 2013 sehingga 10 Mei 2013.



Antara filem-filem yang layak bertanding termasuklah Chow Kit, Ngorat, Istanbul Aku Datang, Adnan Sempit 2, 29 Februari, Apa Celop Toqq, Mael Lambong, Untuk Tiga Hari, Jiwa Taiko, Kahwin Lima, dan Zaiton Ceritaku .

Berikut adalah 15 kategori yang dipertandingkan:

1. Anugerah Filem Terhebat
2. Anugerah Tuan Direktor Terhebat
3. Anugerah Direktor Baru Terhebat
4. Anugerah Filem Aksi Terhebat
5. Anugerah Filem Kelakar Terhebat
6. Anugerah Filem Takut Terhebat
7. Anugerah Drama Muzikal Terhebat
8. Anugerah Hero Terhebat
9. Anugerah Heroin Terhebat
10.Anugerah Watak Penyangak Terhebat
11.Anugerah Lagu Filem Terhebat
12.Anugerah Hero Baru terhebat
13.Anugerah Heroin Baru terhebat
14. Anugerah PFM
15. Anugerah Astro First Terhebat



KINI UNDIAN FASA KEDUA TELAH BERMULA

Untuk fasa kedua ini, para peminat boleh menghantar undian melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dan melalui laman web rasmi Anugerah Blokbuster Ke-2. Tempoh bagi undian fasa kedua bermula pada 14 Mei 2013 hingga 15 Jun 2013 jam 12 tengahari. Pemenang pada setiap ketagori akan diumumkan pada malam Anugerah Blokbuster Ke-2 yang bakal bersiaran langsung pada 15 Jun 2013 di saluran Astro Ria (104) dan juga tayangan serentak di Mustika HD (134) jam 9 malam.
Cara-cara mengundi melalui di laman web rasmi
  1. Layari www.anugerakblokbuster.com.my
  2. Anda hendaklah mendaftar masuk menggunakan butang Facebook Login yang terdapat pada laman web berkenaan.
  3. Pilih kategori yang disenaraikan dan anda boleh mula mengundi.
  4. Pengundi hanya boleh mengundi sekali sehari bagi setiap pencalonan untuk setiap kategori
  5. Kedudukan undian laman web akan dipaparkan sepanjang tempoh pengundian
Cara-cara mengundi melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS)
  1. Undian boleh dilakukan daripada semua penyedia perkhidmatan (telco) di Malaysia
  2. Hantar seberapa banyak undian menggunakan Kod yang dinyatakan.
  3. Taip AB Kod Mengundi atau AB<3/5/10>Kod Mengundi untuk (3/5/10 undian) ke 32888. Contoh : AB A1 ke 32888 - Untuk 20 undian: Taip AB20Kod Mengundi ke 32888.
  4. Kadar premium untuk setiap undian: RM0.50. Kadar telco tertakluk.
  5. Syarat & Terma tertakluk di www.astro.com.my

Kenapa Aura White Tiada Kelulusan KKM ?

Salam 1 Malaysia..

Buat semua pengguna Aura white,


Untuk pengetahuan anda, semua produk farmaseutikal / kosmetik termasuklah supplemen kesihatan dan persediaan traditional perlu berdafar dengan pihak Berkuasa Kawalan Dadah(PBKD) dan mendapatkan kelulusan daripada KKM sebelum dipasarkan di Malaysia. Dalam bahasa mudahnya segala produk berbentuk tablet atau kapsul wajib mendapatkan kelulusan KKM sebelum dipasarkan. 

AuraWhite GlutaCollagen 900,000mg (free pos)

Ubat-ubatan ini dikategorikan kepada 2 jenis iaitu ubat terkawal dan ubat am.

Ubat terkawal adalah ubat yang diperolehi dengan preskipsi dari doktor.Contohnya ubat darah tinggi atau ubat kencing manis.

Manakala Ubat am pula adalah ubat yang boleh dibeli tanpa preskipsi doktor. Contohnya ubat supplimen kesihatan atau vitamin.

Kenapa Aura White Tiada Kelulusan KKM ?

Pertama sekali perlu faham bahawa Aura White adalah minuman kesihatan bukannya produk berjadual macam vitamin / ubat-ubatan. Ia dikalsifikasikan sebagai produk makanan / minuman. Oleh yang demikian, produk ini secara automatiknya dikawal oleh Pihak Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM). Makanya, apa-apa produk makanan / minuman kesihatan tidak perlu berdaftar dengan KKM. Kerana produk seperti ini diselia di bawah Akta Makanan. Sama seperti contoh produk Herbalife dan Innershine yang berdaftar dengan Akta Makanan.

Produk makanan / minuman kesihatan perlu mendapatkan kelulusan dari GMP Manufacturing, buatan Malaysia dan yang paling PENTING mendapatkan status HALAL dari JAKIM MALAYSIA (bukan HALAL dari THAILAND).

Harap info penting ini, dapat menjelaskan persoalan 'Kenapa Aura White Tiada Kelulusan KKM ?'.

sumber : AuraSlim

Selamat bercuti

Salam 1 Malaysia.. hehe apa khabar? Diharap semua sihat seadanya.. Okelah sebenarnya malam ni Nad saja je nak membebel kat blog ni.. busan plak cuti2. ni.. 24 Mei hari ni hari cuti umum semperna Hari Wesak.. Dijadikan cerita best Sabtu dan Ahad juga cuti.. so lamalah plak cutinyer.. boleh lah rehat2..

Sebenarnya aku sekeluarga planning nak bercuti.. ber BBQ ke Gambang Waterpark ke apa ke.. kira Cuti2 Pahang la.. tp malangnya disebabkan aku tak sedar cuti sekolah juga telah bermula maka selama seminggu ni aku gagal menghubungi hotel atau resort untuk dibooking..semua fulled!!! stress plak rasanya..


Dah lah semua family dah balik.. chewah mcm ramai sangat ahli keluarga tu kan.. hehe bukan apa.. adik2 aku kan duk jejauh so panggil lah balik.. kira nak bercuti.. last2 tak tahu nak kemana..rasanya esok lah baru pk kemana hala nak p.. mungkin makan2 atau shopping2 ke apa ke.. tu nnt lah esok kita planning.

Actually aku ni sebenarnya tak suka sangat berhiburan. Aku dah biasa spend masa depan laptop sesorang, pastu duk office.. kerja jadi bila sebut nak p bercuti ni ada lah satu perasaan yang macam ala boringnya lah , penatnye la, mcm2.. tp aku yakin permulaanya aja aku mengeluh nnt bila dah sampai destinasi mulalah  aku org yang terakhir nak balik...


Disebabkan aku kira tiada durumah dua tiga ari ni mungkin aku tak dapat nak jenguk blog dan membalas kunjungan member2  so mohon maaf ea.. nnt aku dah balik nnt akan ku kunjungimu.. waduh gitu.. hihihi

sebenarnya dah lama kami tak  berkumpul satu family... macam2 liku onak duri dalam keluarga ni namun kini semuanya berakhir dengan kegembiraan. Seriously aku happy dengan keluarga aku sekarang.

Semoga cuti ini memberi satu kenangan yang paling indah pada kami sekeluarga..

1600*1200  Children's illustration of Mother Day and Family Love - 1680*1050 Sweet Family illustration -  Cartoon illustration of happy Family13

Carb-Bal (Carbo Blocker)




Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Hari ini saya nak berkongsi dengan korang satu produk kesihatan yang baik. Produk ini sangat sesuai untuk orang yang nak kurus tapi tak boleh tinggalkan nasi. Bukan itu saja ia juga sesuai untuk yang ada masalah penyakit kencing manis kerana dapat kurangkan gula dalam badan.

Produk kesihatan yang saya maksudkan ialah Carb-Bal (Carbo Blocker). Dengan Carb - Bal anda masih boleh ambil nasi untuk kurus disamping dapat mengurangkan penyakit kencing manis.

p/s : tugas Carb-Bal untuk halang karbohidrat yang kita baru makan, tapi tak boleh bakar lemak-lemak lama. Untuk maklumat lanjut anda boleh menghubungi saya di 0129900254.



Thursday

Ujibakat Akademi Fantasia 2013


Logo baru AF 2013

*****

Selepas sembilan musim rancangan realiti mengecapi kegemilangannya selepas 10 tahun bermula 2003, AF 2013 kembali menemui penonton. 
AF 2013 akan memulakan penjelajahan di lima buah negeri seluruh Malaysia iaitu Johor, Pulau Pinang, Sarawak, Sabah dan Selangor sepanjang bulan Jun ini untuk sesi uji bakat bagi mengenal pasti calon-calon terbaik yang dilihat layak untuk diketengahkan dan diberi bimbingan untuk AF 2013. * sumber  *


Bagi anda yang mempunyai bakat terpendam serta mempunyai keinginan untuk mencipta di persada seni hiburan, anda boleh hadir di ujibakat tersebut :

NO.
NEGERI
TEMPAT
TARIKH
1.
Johor
Hotel The Zon, Johor Bahru
1 & 2 Jun 2013
2.
Pulau Pinang
Hotel Vistana, Pulau Pinang
8 & 9 Jun 2013
3.
Sarawak
Hotel Merdeka Palace, Kuching
15 & 16 Jun 2013
4.
Sabah
Hotel Promenade, Kota Kinabalu
22 & 23 Jun 2013
5.
Selangor
Shah Alam Convention Centre (SACC), Shah Alam
29 & 30 Jun 2013

INFO PENTING
Nota
  1. Kaunter pendaftaran dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang
  2. Calon digalakkan datang awal untuk mengelakkan sebarang kesesakan
  3. Calon bebas untuk menyanyikan sebarang genre lagu secaraacapella
Syarat Ujibakat:
  1. Peserta lelaki dan wanita
  2. Peserta individu ataupun duo
  3. Berumur 18 - 35 tahun (pada tarikh ujibakat diadakan)
  4. Warganegara Malaysia dan Singapura termasuk artis yang tidak terikat dengan sebarang kontrak rakaman mahupun pengurusan
Sila bawa:
  1. Salinan kad pengenalan bagi warganegara Malaysia ataupun salinan passport bagi warga Singapura
  2. 2 keping gambar berukuran 4R (gambar profil dan paras pinggang)
p/s : seriously rasa mcm nak p je ujibakat ni... ermm....

Akademi Fantasia kembali lagi

Hai morning semua, arini ada masa sikit so jalan2 kat fb.. bukak lah fb Astro Gempak. Disitu terpandang satu banner ...


erkk .. Program kegilaan ramai?? apa tu???? ermm.. Nad rasa Akademi Fantasia.. korang rasa????

Ni tak tahu lah gosip ke apa ke tapi Nad ada terbaca di internet yang mana hari ini 23 Mei adalah Majlis pelancaran dan sidang media Akademi Fantasia 2013 .. betul ker???  Betul lah tu kot.. Kita sama sama nantikan lah yek.. 

Walau bagaimanapun jika benarlah AF kembali... korang suka ke tak??? well pada Nad, Nad layan je.. hehe.. and harap kali ini lebih best dari sebelum ni... just wait n see.. 

Tapi ni kalau betullah AF kalau salah... kita tunggu je lah program apa yek..Mana tau Mania ke apa ke .. kan kan kan.. :D

daa~~

Peserta Kilauan Emas 3 ke pusingan akhir

Malam tadi kita telah menyaksikan pusingan separuh akhir bagi peserta peserta Kilauan Emas 3. Keenam enam peserta mempunyai personaliti dan gemerlapan yang berbeza. 

Malam tadi tengok Dato Ramli MS rasa comel dan tampan plak beliau. Jarang tengok dia berperangai baik macam tu. hehe..

Berikut adalah peserta yang layak ke Pusingan akhir :

Photo: Jumpa keempat-empat peserta akhir #KilauanEmas3 minggu hadapan. Otai masih berbisa!!


Mior, Silah, Idris dan Alina

*****

Photo: Rina dan Ros tersingkir pada konsert #kilauanemas3 malam ini

Rina dan Ros tersingkir  ( tp Mama Ros tetap glamour uollls )

*****

Photo: Persembahan istimewa daripada juri jemputan, Jaclyn Victor #kilauanemas3 #otaimasihberbisa

Persembahan istimewa daripada juri jemputan, Jaclyn Victor 

*****

Antara yang menarik hati 

Photo: Peserta #KilauanEmas3 “kegemaran” Dato’ Ramli MS, Ros menyanyikan lagu “Gelombang”. Kalau anda tahu, jom nyanyi bersama

UNDI ROS - SMS:
Taip KE<jarak>ROS atau KE< 3/5/10><jarak>ROS untuk (3/5/10 undian) ke 32888.
Contoh : KE10 ROS ke 32888
Untuk 20 undian: Taip KE20<jarak>ROS ke 32888.

Peserta #KilauanEmas3 “kegemaran” Dato’ Ramli MS, Ros menyanyikan lagu “Gelombang”.

Photo: Siap main tarik selendang lagi... Romantik #KilauanEmas3

Siap main tarik selendang lagi... Romantik #KilauanEmas3


Photo: Lagu duet terakhir daripada Mior dan Silah dengan lagu “Lagu Zaman”… Nyanyi bersama otai #KilauanEmas3

Lagu duet terakhir daripada Mior dan Silah dengan lagu “Lagu Zaman”…

Ini saja yang dapat dikongsikan kepada anda semua... Jom sama2 kita saksikan mereka di pusingan Akhir Kilauan Emas 3 pada minggu depan..

p/s : ehem2.. Nad vote for Mior... rockk yeayy yeayy!!~

Wednesday

Sabhi Saddi Tersingkir Masterchef Selebriti 2

Tidak! erm.. akhirnya tersingkir gak si handsome Sabhi Saddi dari Masterchef Selebriti 2 kali ini.. erm.. takpalah mungkin rezeki beliau hanya setakat ini dan semestinya :
Sabhi Saddi mengumpul RM5000 untuk National Diabetes Institute (NADI)

Photo: #MasterChefMY - Sabhi Saddi tersingkir dalam cabaran kali ini.. 

******

Semalam adalah episod penyingkiran setelah pasukan merah kalah dua mata sahaja pada pasukan biru dalam sajian luar selebriti.

******

Bertemakan Sarapan / Breakfast mereka perlu menyediakan 1 hidangan lengkap kepada ketiga tiga chef. Hanya lima sahaja yang akan ke pusingan penyingkiran dan Kenchana  Devi telah menyelamatkan Syura. Kenapa Syura mungkin Kenchana ada alasannya tersendiri dan pada saya mungkin kerana Spagheti dan Meatball Syura berjaya menambat hati semua orang.

******

Jom saksikan detik2 persediaan para peserta selebriti dalam menyediakan satu hidangan Sarapan pagi yang lengkap..

Photo: #MasterChefMY - Minuman juga perlu sesuai jika nak makan bersama nasi lemak.. Coklat Panas tidak sesuai ye Sabhi..

Photo: #MasterChefMY - Lagu "Ajari Aku" yang Anuar Zain nyanyi tu Kenchana yang bikin? LOL

Photo: #MasterChefMY - Anda nak sarapan apa? Kasi cadangan sikit!

Photo: #MasterChefMY - Nasi Lemak antara hidangan sarapan popular.. berapa ramai yang nak buat nasi lemak tu?

******

Dalam sajian kali ini 3 peserta mempertaruhkan hidangan sarapan pagi yang sama iaitu Nasi lemak manakala Kencana dan Celina menyediakan satu hidangan lain dan semestinya ia dapat menyelematkan mereka berdua.

******

Photo: #MasterChefMY - Hidangan sarapan oleh Celina

Celina
Photo: #MasterChefMY - Che Ta - Nasi Lemak Hollywood 

Che Ta
Photo: #MasterChefMY - Nasi Lemak "biase jer" oleh Sabhi Saddi

Sabhi

Photo: #MasterChefMY - Nasi Lemak Ayam Belanda dan Jus Oren - Lydiawati

Lydia

Photo: #MasterChefMY - Puri dengan Kentang Kacang Kuda oleh Kenchana

Kechana

********
walaubagaimanapun segala keputusan telah dilaksanakan.. kepada yang masih selamat diharap dapat terus bersungguh sungguh dalam menyediakan hidangan yang boleh menambat hati .

p/s : suka dengan sikap Sabhi walaupun bukan fans dia... 


Leuniey kini bertudung


Terpesona melihat kecantikan Leuniey isteri kepada Apek yang berimej baru... Alhamdullilah tahniah kepada Apek kerana berjaya membimbing isteri ke jalan yang lebih baik...




sumber : klik sini

Tuesday

Cabaran Sajian Luar Masterchef Selebriti 2 Episod 19

Cukup mendebarkan semalam Enot telah tersingkir namun nasib masih menyebelahinya apabila pintu dapur Masterchef Selebriti 2 terkunci dari luar lantas memberikan 1000 kegembiraan pada Enot dan peserta lain. Tiada penyingkiran bagi hari berkenaan.

Untuk Episod kali ini kita akan dapat menyaksikan bagaimana Michael Ang merangkul amanat sebagai ketua kumpulan untuk cabaran luar.

Kali ini cabaran ujian luar di Taman Ekuestrian Putrajaya.  Michael Ang yang menang sebelum ini menjadi ketua kumpulan biru. Beliau memilih Kenchana sebagai ketua lawannya. Mereka dikehendaki menyediakan hidangan MINUM PETANG untuk 80 orang.


Photo: Michael Ang nak pilih siapa yang akan jadi pasukan lawan? #MasterChefMY lebih kurang 1 jam saja lagi!

Michael Ang diberi peluang untuk memilih siapakah yang akan menjadi ketua pasukan lawan..

Photo: #MasterChefMY - Michael Ang memilih Kanchana Devi sebagai ketua pasukan MERAH

Michael Ang memilih biru dan telah memilih Kenchana Devi sebagai ketua pasukan merah. 

Photo: #MasterChefMY - Masing-masing merebut penutup masing-masing..

Para selebriti diminta untuk merebut penutup yang diletakkan diatas meja dan didalamnya menentukan pasukan apa yang akan mereka mewakili.

Photo: #MasterChefMY - Pasukan BIRU

Pasukan biru 

Photo: #MasterChefMY - Pasukan MERAH

Pasukan Merah

Photo: #MasterChefMY - Tema cabaran hari ini.. MINUM PETANG. Sediakan dalam masa 3 JAM

Tema cabaran hari ini.. MINUM PETANG. Sediakan dalam masa 3 JAM

******
Photo: #MasterChefMY - Masa untuk mengambil bahan!

Photo: #MasterChefMY - Banyak barang perlu dibawa untuk hidangan 80 orangPhoto: #MasterChefMY - Mula memasak.. Apa agaknya hidangan yang mereka sediakan?

Photo: #MasterChefMY - "Pembahagian tugas amat penting dalam kerja berkumpulan" - Ada macam ayat Dato' @fazleyyaakob tak?

******

Dalam kesibukan mereka menyiapan semua tugasan, Lydiawati mengalami masalah kesihatan yang membuatkan dia terpaksa dikejarkan ke hospital. Sikap beliau yang penuh bertangungjawab menyebabkan timbul rasa terharu para penonton.

Photo: #MasterChefMY - Lydiawati kekurangan oksigen! Oksigen!

Photo: #MasterChefMY - Lydiawati terpaksa dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

Namun tugasan harus diteruskan oleh selebriti yang lain (Semoha Kak Lydiawati cepat sembuh )

******
Photo: #MasterChefMY - Hidangan kumpulan BIRU

Hidangan kumpulan BIRU

Photo: #MasterChefMY - Hidangan Kumpulan MERAH

Hidangan Kumpulan MERAH


***************

Keputusannya ???

Dengan perbezaan 2 mata.. pemenang Cabaran Sajian Luar.. diumumkan Hari ini! (21/5/2013)

Aura Slim Icy Cool Shaping Gel



ICY COOL 


PACKAGING SGT2 AWESOME! NAMA PON COOL JA.. WAH...SHAPING GEL YG SEJUK? MENARIK BUKAN?



# 5x Lifting System
Bukan sekali, bukan 2 kali, tp 5 kali lifting system. Apa tu lifting system? Lifting system ni lah yg berfungsi untuk mengangkat aset anda, supaya lebih mantap! Menganjalkan kulit anda, membetuk tubuh badan yg ideal, dan sebaginya.

# Fruity Scent
Pejamkan mata anda, bygkan, anda ditenggelami oleh buah buah segar, baunya yg memukau! Aduhhh, sedapnya. Apa, tak suka buah? Memang xcool! hehe. Setiap kali anda sapukan icy cool ni, anda boleh rasakan haruman buah buahan yg sgt memukau! Memang lah rasa segar, cik abg pun nt suke rapat2. hehe. Mcm fereena ke felinna ke, bau mereka lebih kepada bau mcm perfume kan? Tapi yg ni bau buah buahan! Memang rasa natural gila! 

# Mengandungi Vitamin A/C/E, Collagen dan mcm2 lagi!
Dengan adanya vitamin2 ni, apa uols akan dapat? First sekali ialah kulit yang anjal dan haluskan kulit! Best tak best tak? Selain tu juga, ia juga dapat menghilangkan sel2 mati, dan diformulasi khas utk anda yg kulit snsitif "kulit manja", paling best ada PRO VIT B. Vit B ni bagus utk kulit, sebab dia agen nk bg kulit ni relaks relaks gitu! Selain tu, blh hilangkan stechmark dan sbginya!

# Pro Vitamin B5 ternyata banyak manfaatnya bagi manusia. Salah satu manfaatnya adalah untuk kulit dan rambut. Ia dapat buatkan kulit dan rambut menjadi lebih sehat dan lebih baik cantik. Walau belum banyak digunakan dalam dunia bisnis kecantikan, tapi manfaatnya sgt menguntungkan!

# Pro Vitamin B5 digunakan dalam produk perawatan kulit kerana mampu menstabilkan metabolisme pada permukaan kulit, Pro Vitamin B yang digunakan pada kulit dapat membantu losyen ini meresap ke epidermis kulit yg paling dlm, dan dpt membentuk pigmen kulit yg baru!

# Membakar lemak dengan kaedah Thermo Ais 
Apo 'Thermo ais' ni? kiranya mereka menggunakan efek cool instead of burning your skin! Dengan thermo ais ni jugak, kulit anda mampu menyerap lebih banyak oksigen. Bila oksigen ada dekat kulit, maka kulit akan jadi lebih selesa, xkusam, xkering, dan mcm2 lagi. Melekit ke tak? Mestilah xmelekit syggg. Lagi best, sel2 kulit mati pun hilang! xperly nk skrub2n dah. Bila sel kulit mati, kulit akan lebih lembut, jadi nk KURUS BUKAN LAGI MUSTAHIL!

Jom, uolls TRY DULU... Sebotol hanya RM 75. termasuk postage :)


Search This Blog