🚧 Blog Under Refresh!

Note to My Readers: Heads up! This blog is currently under a little renovation. I'm in the middle of refreshing the look and updating the content to make it more meaningful — especially as I share my love story, Turkish language learning journey, and lifestyle experiences.

Feel free to explore the older posts, and come back soon for new updates, fresh posts, and a whole new vibe! 💛📖

Showing posts with label Masterchef Selebriti2. Show all posts
Showing posts with label Masterchef Selebriti2. Show all posts

Wednesday

Sabhi Saddi Tersingkir Masterchef Selebriti 2

Tidak! erm.. akhirnya tersingkir gak si handsome Sabhi Saddi dari Masterchef Selebriti 2 kali ini.. erm.. takpalah mungkin rezeki beliau hanya setakat ini dan semestinya :
Sabhi Saddi mengumpul RM5000 untuk National Diabetes Institute (NADI)

Photo: #MasterChefMY - Sabhi Saddi tersingkir dalam cabaran kali ini.. 

******

Semalam adalah episod penyingkiran setelah pasukan merah kalah dua mata sahaja pada pasukan biru dalam sajian luar selebriti.

******

Bertemakan Sarapan / Breakfast mereka perlu menyediakan 1 hidangan lengkap kepada ketiga tiga chef. Hanya lima sahaja yang akan ke pusingan penyingkiran dan Kenchana  Devi telah menyelamatkan Syura. Kenapa Syura mungkin Kenchana ada alasannya tersendiri dan pada saya mungkin kerana Spagheti dan Meatball Syura berjaya menambat hati semua orang.

******

Jom saksikan detik2 persediaan para peserta selebriti dalam menyediakan satu hidangan Sarapan pagi yang lengkap..

Photo: #MasterChefMY - Minuman juga perlu sesuai jika nak makan bersama nasi lemak.. Coklat Panas tidak sesuai ye Sabhi..

Photo: #MasterChefMY - Lagu "Ajari Aku" yang Anuar Zain nyanyi tu Kenchana yang bikin? LOL

Photo: #MasterChefMY - Anda nak sarapan apa? Kasi cadangan sikit!

Photo: #MasterChefMY - Nasi Lemak antara hidangan sarapan popular.. berapa ramai yang nak buat nasi lemak tu?

******

Dalam sajian kali ini 3 peserta mempertaruhkan hidangan sarapan pagi yang sama iaitu Nasi lemak manakala Kencana dan Celina menyediakan satu hidangan lain dan semestinya ia dapat menyelematkan mereka berdua.

******

Photo: #MasterChefMY - Hidangan sarapan oleh Celina

Celina
Photo: #MasterChefMY - Che Ta - Nasi Lemak Hollywood 

Che Ta
Photo: #MasterChefMY - Nasi Lemak "biase jer" oleh Sabhi Saddi

Sabhi

Photo: #MasterChefMY - Nasi Lemak Ayam Belanda dan Jus Oren - Lydiawati

Lydia

Photo: #MasterChefMY - Puri dengan Kentang Kacang Kuda oleh Kenchana

Kechana

********
walaubagaimanapun segala keputusan telah dilaksanakan.. kepada yang masih selamat diharap dapat terus bersungguh sungguh dalam menyediakan hidangan yang boleh menambat hati .

p/s : suka dengan sikap Sabhi walaupun bukan fans dia... 


Tuesday

Cabaran Sajian Luar Masterchef Selebriti 2 Episod 19

Cukup mendebarkan semalam Enot telah tersingkir namun nasib masih menyebelahinya apabila pintu dapur Masterchef Selebriti 2 terkunci dari luar lantas memberikan 1000 kegembiraan pada Enot dan peserta lain. Tiada penyingkiran bagi hari berkenaan.

Untuk Episod kali ini kita akan dapat menyaksikan bagaimana Michael Ang merangkul amanat sebagai ketua kumpulan untuk cabaran luar.

Kali ini cabaran ujian luar di Taman Ekuestrian Putrajaya.  Michael Ang yang menang sebelum ini menjadi ketua kumpulan biru. Beliau memilih Kenchana sebagai ketua lawannya. Mereka dikehendaki menyediakan hidangan MINUM PETANG untuk 80 orang.


Photo: Michael Ang nak pilih siapa yang akan jadi pasukan lawan? #MasterChefMY lebih kurang 1 jam saja lagi!

Michael Ang diberi peluang untuk memilih siapakah yang akan menjadi ketua pasukan lawan..

Photo: #MasterChefMY - Michael Ang memilih Kanchana Devi sebagai ketua pasukan MERAH

Michael Ang memilih biru dan telah memilih Kenchana Devi sebagai ketua pasukan merah. 

Photo: #MasterChefMY - Masing-masing merebut penutup masing-masing..

Para selebriti diminta untuk merebut penutup yang diletakkan diatas meja dan didalamnya menentukan pasukan apa yang akan mereka mewakili.

Photo: #MasterChefMY - Pasukan BIRU

Pasukan biru 

Photo: #MasterChefMY - Pasukan MERAH

Pasukan Merah

Photo: #MasterChefMY - Tema cabaran hari ini.. MINUM PETANG. Sediakan dalam masa 3 JAM

Tema cabaran hari ini.. MINUM PETANG. Sediakan dalam masa 3 JAM

******
Photo: #MasterChefMY - Masa untuk mengambil bahan!

Photo: #MasterChefMY - Banyak barang perlu dibawa untuk hidangan 80 orangPhoto: #MasterChefMY - Mula memasak.. Apa agaknya hidangan yang mereka sediakan?

Photo: #MasterChefMY - "Pembahagian tugas amat penting dalam kerja berkumpulan" - Ada macam ayat Dato' @fazleyyaakob tak?

******

Dalam kesibukan mereka menyiapan semua tugasan, Lydiawati mengalami masalah kesihatan yang membuatkan dia terpaksa dikejarkan ke hospital. Sikap beliau yang penuh bertangungjawab menyebabkan timbul rasa terharu para penonton.

Photo: #MasterChefMY - Lydiawati kekurangan oksigen! Oksigen!

Photo: #MasterChefMY - Lydiawati terpaksa dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

Namun tugasan harus diteruskan oleh selebriti yang lain (Semoha Kak Lydiawati cepat sembuh )

******
Photo: #MasterChefMY - Hidangan kumpulan BIRU

Hidangan kumpulan BIRU

Photo: #MasterChefMY - Hidangan Kumpulan MERAH

Hidangan Kumpulan MERAH


***************

Keputusannya ???

Dengan perbezaan 2 mata.. pemenang Cabaran Sajian Luar.. diumumkan Hari ini! (21/5/2013)

Sunday

Pusingan Penyingkiran Masterchef Selebriti Episod 18

Akibat kesilapan teknikal baik disengajakan mahupun tidak ia membawa kepada nasib malang kepada para selebriti Masterchef yang akhirnya menyenaraikan 4 selebriti ini ke Pusingan penyingkiran.

Photo: Persaingan yang pastinya hebat! Siapakah yang akan tersingkir hari ini? #MasterChefMY jam 9 mlm ini di Astro Ria (104) & Mustika HD (134)

Celina, Syura, Enot dan Radhi... 4 selebriti yang menunjukkan semangat dan ketekunan dalam menyediakan masakan akhirnya bakal berentap di pusingan penyingkiran.

Photo: Apa yang mengejutkan mereka? Apa yang mereka kene masak? Semuanya dalam #MasterChefMY kurang sejam saja lagi!



Dan pastinya keempat2 selebriti ini tertanya tanya apakah yang berada dibawah kain itu....

Photo: #MasterChefMY - Nah! Mereka akan masak BELUT!

TADAAA!!!~ Menu mereka hari ini adalah BELUT

Walaubagaimanapun mereka harus meneruskan pertandingan ini dan menyahut cabaran belut ini...  Jom lihat dibawah detik detik mereka bersama belut...

Photo: #MasterChefMY - Apa agaknya hidangan yang akan mereka sediakan menggunakan BELUT?

Photo: #MasterChefMY - Kali ni Radhi betul-betul guna beras nasi dan bukan beras pulut..

Photo: #MasterChefMY - Agak sukar nak siang dan 'fillet' belut ni.. Mampukah mereka sediakan hidangan yang lazat?

Photo: #MasterChefMY - 15 minit saja lagi...

*******

Saksikan Menu Mereka 

1. Syura (Belut Lemak Sweety)

Photo: #MasterChefMY - Syura - Belut Lemak Sweety

2. Celina ( Belut Panggang Cina)

Photo: #MasterChefMY - Celina - Belut Panggang Cina

3. Radhi ( Belut Salute )

Photo: #MasterChefMY - Radhi - Belut Salute

4. Enot ( Belut Merah )

Photo: #MasterChefMY - Enot - Belut Merah

********

Keputusan telah pun dipilih..

Photo: #MasterChefMY - Enot tersingkir..

Enot Akur Tersingkir... Namun...

Photo: #MasterChefMY - Pintu terkunci? Kenapa?

Pertama kali pintu dapur Masterchef tertutup rapat dan menandakan TIADA PENYINGKIRAN PADA MALAM INI!!~ 

Yippieee :D

Photo: #MasterChefMY - Pintu tertutup rapat untuk hari ini! TIADA PENYINGKIRAN!


Enot dapat meneruskan perjuangannya di Dapur MAsterchef yang syiokkk ini :D

Pak Nil Tarik Diri Dari MasterChef Selebriti


Salam 1 Malaysia.... 

Hari ini sekali lagi Masterchef Selebriti Malaysia telah membuat kejutan apabila salah satu Masterchef Selebriti pilihan ati aku telah menarik diri dari rancangan tersebut...

Sementara menanti apakah yang telah berlaku... Sudah tentu aku kene focuskan dulu terhadapan minggu penyingkiran malam ini...

Antara 4 peserta yang berada di pusingan penyingkiran malam ini, pasti ramai yang tau dan berdebar semasa menanti siapa yang akan tersingkir pada minggu ni. Siapa yang menonton Masterchef Selebriti Malaysia Musim Kedua malam ini, pasti sudah tahu bahawa yang tersingkir ialah Michael Ang..

Terkejut juga tapi betul lah sebab beliau telah membuat sedikit kesilapan pada bahan utama pada malam ini iaitu Tuna.


Disaat penyingkiran telah diumumkan.. Akhirnya kita dikejutkan oleh satu kejutan dimana Datuk Aznil iaitu lebih dikenali dengan Pak Nil telah menawarkan diri untuk mengundur diri daripada gelangang Masterchef Selebriti pada kali ini.

Sebab Pak Nil mengundur diri dalam Masterchef Selebriti kerana ibunya sedang sakit. Nad memang rasa bangga dengan sikap ketabahan dan  kegigihan Pak Nil sepanjang beliau berada dalam Masterchef. 

Masakan nya yang kreatif dan sentiasa ada kelainan menunjukkan beliau seorang yang bijak dan bersungguh. Semangat persahabatan juga sebenarnya ada dalam diri beliau. Keputusan beliau malam ini adalah satu tindakan yang sangat mengharukan. 

Nad harap Michael Ang dapat berusaha dengan gigih dan membawa semangat Pak Nil bersama dengannya.

Tuesday

Penjelasan Zain Saidin dituduh kurang ajar

Selamat pagi.. wah mangkin hangat citer pasal Zain Saidin ni kan.. tengah jalan-jalan kat facebook nampak lah sebuah page yang post satu entry dari website newsmediahunterz . Dekat situ entry nya berbunyi  Zain Saidin: saya dipergunakan!.. amboii..sabar2.... hehehehe 


“Tidak semua babak yang berlaku dipertontonkan secara umum. Banyak yang dipotong dan diedit sehingga menampakkan saya begitu biadab dan jahat.


“Saya dipergunakan dan dijadikan watak jahat dalam drama ini. Saya akui, rancangan ini separuh real, separuh drama. Namun, banyak kata-kata ‘pedas’ juri dibuang dan kelantangan saya menyerlah.


“Saya tidak kecewa apabila disingkirkan kerana saya tahu setakat mana kemampuan saya, namun saya tidak suka bila ada unsur-unsur ketidakadilan dalam pertandingan,” katanya yang menolak dakwaan iri hati terhadap Pak Nil (Datuk Aznil Nawawi).


Menurut Zain, dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan Pak Nil dan tetap menghormati selebriti itu.


“Saya menyuarakan rasa tidak puas hati bukan kerana iri hati dengan Pak Nil atau peserta lain.


“Saya cuma mengingatkan juri mengenai proses penjurian. Saya tidak kisah untuk berkongsi barang bersama kerana kami memang dalam satu keluarga besar.


“Namun, saya lihat ianya tidak adil kerana juri yang juga chef hanya membiarkan Pak Nil mengambil nasi daripada Kenchana Dewi sedangkan sebelum ini kami telah diingatkan untuk menggunakan bahan sendiri,” katanya yang mengakui sudah berdamai dengan Chef Adu, Chef Joe dan Chef Zubir.


Didesak sertai MSM 2


Mengakui pada awalnya menolak untuk menyertai pertandingan ini, Zain memberitahu, dia dipaksa pihak produksi untuk sama-sama memeriahkan dapur MSM 2 bersama Che Ta.


Katanya, dia terpaksa menolak tawaran lakonan dan bersetuju untuk turut sama dalam MSM 2.


“Saya memang tak nak masuk MSM 2 kerana saya tiada kemahiran memasak. Mereka mahu saya masuk kerana kisah percintaan saya bersama Che Ta.


“Namun, saya tidak sangka ia bukan sekadar pertandingan. Sejak awal lagi saya sudah nampak sikap juri yang tidak adil.


Namun, sebelum ini, saya tidak berpeluang untuk bercakap.


“Saya mengeluarkan pendapat itu bukan kerana kepentingan peribadi kerana perkara ini turut diberitahu peserta lain termasuk Pak Nil. Saya berharap, selepas ini mereka lebih telus dalam menghakimi masakan tanpa memandang siapa selebriti itu,” katanya yang tidak kisah mengenai pandangan masyarakat mengenainya.


Hubungan bersama Che Ta tergugat?


Akibat tindakan Zain di dapur MSM2, Che Ta juga turut diheret dalam kontroversi tersebut.


Malah, ada yang beranggapan, tindakan Zain yang kurang matang dan ego itu bakal meranapkan hubungan yang dibina bersama kekasihnya.


“Kenapa pula nak babitkan Che Ta dalam hal ini? Che Ta sendiri tahu perangai saya dan saya hanya bersuara apabila ada perkara yang tidak betul.


“Sepanjang bersama Che Ta, saya tidak pernah marah dia ataupun berkelakuan tidak elok. Saya tidak kisah apa yang orang cakap kerana kami tahu apa yang berlaku.


“Saya dan Che Ta ok saja dan rakaman itu dibuat sebulan lalu. Hubungan saya dengan juri dan Pak Nil juga sudah seperti sedia kala,” katanya.

Aku tahu Zain sebenarnya tak berniat. Tapi sebagai anak muda, ada satu sifat dalam diri dia yang dia tak sedar sebenarnya sifat tu boleh membawa  keburukan pada dirinya. Dia seperti meletakkan kesalahan tu pada chef-chef yang terlibat sebaliknya dia juga bersalah dalam hal yang demikian. Berapa musim dah Masterchef ni? ada ke masalah macam ni sebelum  ni? Kenapa kali ni jadi macam ini. Sebab tu lah ada yang mengatakan kesabaran tu penting.. Hormat menghormati tu perlu supaya tak terjadi perkara sedemikian..  

Alhamdullilah perkara ini tak berlarutan bermasam muka sehingga diluar Masterchef. Cuma aku berharap Zain lepas ni lebih bersabar dan menjadi orang yang boleh menerima kritikan.. Cuba kita letakkan diri kita di tempat Zain yang masa tu amatlah gelabah...mcm na agaknya kan.. cuma sebagai selebriti.. gelabah ke apa ke.. emosi kene jaga.. hahaha... Sabarr......................... jangan buat sesuatu yang org akan UNSANGKARABLE... 


Monday

Cabaran Sajian Luar MasterChef Selebriti #2

29/4/2013... 2 pasukan berentap dalam Cabaran Sajian Luar yang kedua!  

Diketuai oleh Syura (pasukan biru) dan Kenchana (Pasukan merah). Semua Selebriti melangkah masuk ke lokasi Cabaran Sajian Luar.. Pullman Putrajaya..

Photo: #MasterChefMY - Selebriti melangkah masuk ke lokasi Cabaran Sajian Luar.. Pullman Putrajaya..

Disaat cabaran bermula kita dapat menyaksikan semua selebriti penuh semangat menuju ke tempat yang ditetapkan..

Photo: #MasterChefMY - Cabaran bermula sekarang!

Photo: #MasterChefMY - Tema Cabaran kali ini adalah Cocktail Food / Finger Food - Makanan
Tema mereka kali ini adalah Cocktail Food / Finger Food - *hik hik hik Nad pun baru tau yang maksud tema dia kali ni cocktail tu bukan lah bermakna cocktail  buah buahan tu aje.. rupanya konsep makan dia sekali ngap*

Kejam sikit kali ni Pantri di atas.. Dapur di bawah.. kene la jalan jauh ya.. Antara gelagat mereka.. 

Photo: #MasterChefMY - Baby Face tak larat dah nak angkat barang..

Photo: #MasterChefMY - Pantri di atas.. Dapur di bawah.. kene la jalan jauh ya..

Lagi gambar masa proses penyediaan makanan.... 


Photo: #MasterChefMY - Apa pula hidangan yang akan disediakan oleh pasukan MERAH yang diketuai oleh Kenchana?

Photo: #MasterChefMY - Chef Adu mencadangkan hidangan "vegetarian" kepada kedua-dua pasukan.. Satu cabaran tambahan buat mereka!


Photo: #MasterChefMY - Apakah hidangan yang akan disediakan oleh kumpulan BIRU yang diketuai oleh Syura?


Tetamu mereka yang grand untuk merasa hidangan mereka.. wow!!~ terbeliak lah mata Che Ta.. hihihi (kidding)

Photo: #MasterChefMY - Tetamu sudah sampai...

Photo: #MasterChefMY - Hidangan mana yang akan beliau undi nanti?

Photo: #MasterChefMY - Tetamu mula menikmati hidangan..

Photo: #MasterChefMY - Juri merasa hidangan.. mana satu pilihan mereka agaknya?

HIDANGAN RED TEAM


Photo: #MasterChefMY - Hidangan daripada Pasukan Merah



HIDANGAN BLUE TEAM


Photo: #MasterChefMY - Hidangan kumpulan BIRU


PEMENANG.......

Photo: #MasterChefMY - Pemenang Cabaran Sajian Luar kali ini.. Pasukan BIRU!

PESERTA YANG MUNGKIN AKAN TERSINGKIR....

Photo: #MasterChefMY - Pasukan MERAH akan melalui Pusingan Penyingkiran ESOK! Saksikan MasterChef Selebriti Malaysia esok, 9 mlm di Astro Ria (104) & Mustika HD (134)

ESOK LER... Keputusannye.... tapi tak sabar plak nak nengok.. Sapa lah yek... jangan Afiq n Pak Nil sudah.. hihihi.. 


p/s : Kata pertandingan ni nak have fun lah apa lah.. tp ermm... ada jugak yang jenis mcm tak puas ati antara satu sama lain.. hahahaa.. adat pertandingan kan nama pun manusia.. 



Sumber : Mcmy

Search This Blog