🚧 Blog Under Refresh!

Note to My Readers: Heads up! This blog is currently under a little renovation. I'm in the middle of refreshing the look and updating the content to make it more meaningful — especially as I share my love story, Turkish language learning journey, and lifestyle experiences.

Feel free to explore the older posts, and come back soon for new updates, fresh posts, and a whole new vibe! 💛📖

Showing posts with label kilauan emas 3. Show all posts
Showing posts with label kilauan emas 3. Show all posts

Friday

Juara Kilauan Emas musim ketiga

Mior Yazid bin Ahmad (44 tahun) akhirnya diumumkan juara bagi Kilauan Emas musim ketiga. Tepat ramalan Nad.. Suka suara beliau :D
Mior yang membawakan dua buah lagu Sampai Disini ciptaan Sri Wirama Adnan Abu Hassan dan Aucu serta sebuah lagu berjudul Purnama dari kumpulan Search telah berjaya membawa pulang sebuah trofi Kilauan Emas musim ketiga, wang tunai bernilai RM50,000 dan sebuah kereta Nissan Livina X-Gear sumbangan Astro bernilai RM90,000.
juara kilauan emas 3

Sementara itu, tempat keempat dimenangi oleh Alina bt. Hassan (45 tahun) yang membawakan lagu Vision of Love (Mariah Carey) dan Serambi Kasih ciptaan Sri Wirama Abu Hassan dan Jeff A To Z. Tempat ketiga dan kedua dimenangi oleh Silahuddin b. Hj. Ali dan (52 tahun) dan Idris b. Mohd Shabidin (51 tahun). Masing-masing tempat ketiga dan kedua membawa pulang wang tunai bernilai RM30,000 dan RM15,000 serta sebuah trofi Kilauan Emas musim ketiga.
juara kilauan emas 3

Menarik pada Kilauan Emas musim ketiga kali ini adalah tiga anugerah yang diberikan kepada para peserta seperti Anugerah ‘Overacting’ Terhebat yang dimenangi oleh Alina, Anugerah Personaliti Polident dirangkul oleh Ros atau Rosiah bt. Satiman dengan wang tunai RM10,000 dan Anugerah Khas Juri yang diberikan kepada Mior bersama wang tunai RM5,000..
Dalam pada itu pelbagai kejutan yang tidak disangka berlaku di Kilauan Emas musim ketiga terutamanya rakan-rakan Idris dari pasukan tentera, kejutan kehadiran enam dari daripada tujuh anak Mior dan kanak-kanak istimewa iaitu Iki yang sentiasa dekat di hati pengacara utama Kilauan Emas musim ketiga iaitu Raja Azura atau Kak Engku.
Dengan pengumuman Mior sebagai juara pentas akhir Kilauan Emas musim ketiga maka berakhir sudah pencarian ‘Otai Masih Berbisa’ untuk kali ini.

Dengarkan lagu terbaru dari Mior Klik Sini

Thursday

Peserta Kilauan Emas 3 ke pusingan akhir

Malam tadi kita telah menyaksikan pusingan separuh akhir bagi peserta peserta Kilauan Emas 3. Keenam enam peserta mempunyai personaliti dan gemerlapan yang berbeza. 

Malam tadi tengok Dato Ramli MS rasa comel dan tampan plak beliau. Jarang tengok dia berperangai baik macam tu. hehe..

Berikut adalah peserta yang layak ke Pusingan akhir :

Photo: Jumpa keempat-empat peserta akhir #KilauanEmas3 minggu hadapan. Otai masih berbisa!!


Mior, Silah, Idris dan Alina

*****

Photo: Rina dan Ros tersingkir pada konsert #kilauanemas3 malam ini

Rina dan Ros tersingkir  ( tp Mama Ros tetap glamour uollls )

*****

Photo: Persembahan istimewa daripada juri jemputan, Jaclyn Victor #kilauanemas3 #otaimasihberbisa

Persembahan istimewa daripada juri jemputan, Jaclyn Victor 

*****

Antara yang menarik hati 

Photo: Peserta #KilauanEmas3 “kegemaran” Dato’ Ramli MS, Ros menyanyikan lagu “Gelombang”. Kalau anda tahu, jom nyanyi bersama

UNDI ROS - SMS:
Taip KE<jarak>ROS atau KE< 3/5/10><jarak>ROS untuk (3/5/10 undian) ke 32888.
Contoh : KE10 ROS ke 32888
Untuk 20 undian: Taip KE20<jarak>ROS ke 32888.

Peserta #KilauanEmas3 “kegemaran” Dato’ Ramli MS, Ros menyanyikan lagu “Gelombang”.

Photo: Siap main tarik selendang lagi... Romantik #KilauanEmas3

Siap main tarik selendang lagi... Romantik #KilauanEmas3


Photo: Lagu duet terakhir daripada Mior dan Silah dengan lagu “Lagu Zaman”… Nyanyi bersama otai #KilauanEmas3

Lagu duet terakhir daripada Mior dan Silah dengan lagu “Lagu Zaman”…

Ini saja yang dapat dikongsikan kepada anda semua... Jom sama2 kita saksikan mereka di pusingan Akhir Kilauan Emas 3 pada minggu depan..

p/s : ehem2.. Nad vote for Mior... rockk yeayy yeayy!!~

Sunday

Peserta Separuh Akhir Kilauan Emas 3

Konsert Kilauan Emas 3 minggu ke-4 telah menyaksikan seorang lagi peserta tersingkir. Mohd. Khairuddin b. Ja’affar atau DIN yang berusia 41 tahun berasal dari Pasir Gudang Johor telah membuat persembahan terakhirnya malam tadi dengan tema Dangdut. 



DIN menyampaikan lagu Aku Bukan Bang Toyib nyanyian asal Wali Band terpaksa akur dengan keputusan juri dan undian SMS. DIN telah terlepas peluang memasuki Separuh Akhir Kilauan Emas 3 yang bakal diadakan minggu hadapan.

Minggu ke-4 Kilauan Emas 4 menyaksikan 7 peserta melakukan persembahan bertemakan Dangdut. Selain daripada peserta, beberapa penyanyi lama telah diundang untuk meembuat persembahan seperti Shamsul Ghau Ghau, Sheeda, Mas Idayu, Adam Ahmad, Nursyila Amin serta Azian Mazuan Sapuan. 



Secara keseluruhannya kesemua 7 peserta telah melakukan persembahan yang baik dan mendapat pujian daripada juri.

Berikut adalah kedudukan selepas talian undian ditutup:

1. MIOR - 18%
2. IDRIS - 18%
3. ALINA - 16%
4. RINA - 14%
5. ROS - 14%
6. SIAH - 12%
7. DIN - 9%


Kini tinggal 6 peserta Kilauan Emas 3 yang akan beraksi si pentas Separuh Akhir Kilauan Emas 3. Bagaimanakah persembahan mereka nanti? 

Siapakah yang bakal beraksi di pentas AKHIR Kilauan Emas 3? 

Saksikan aksi mereka minggu hadapan, Rabu, 9.30 malam, ekskluisf di Astro Prima (105)

Search This Blog