🚧 Blog Under Refresh!

Note to My Readers: Heads up! This blog is currently under a little renovation. I'm in the middle of refreshing the look and updating the content to make it more meaningful — especially as I share my love story, Turkish language learning journey, and lifestyle experiences.

Feel free to explore the older posts, and come back soon for new updates, fresh posts, and a whole new vibe! 💛📖

Sunday

cupcake termahal di dunia

Kek cawan termahal di dunia bernilai RM2,864.70!



Pergh... tengah ushar-ushar nak cara nak buat cupcakes tadi, tertibe terjumpa entry Cupcake termahal di dunia.. amboi.. harga dia.. RM2864.70.. 

Monday

5 tips for New Blogger

Blogging? Well i'm not expert about this tapi saya suka berblogging walaupun untuk santapan diri sendiri. Walaupun tak sefamous blogger lain, namun saya masih kukuh bersama blog sy http://www.misznadea.com. Banyak suka duka yang saya tempuh sepanjang tempoh berblogging. Ingat blogger tak kene kecam ke? muakakka!!~ 

Well, ada je blogger-blogger yang baru and percayakan saya dan minta tips dari saya. hihi kelakar plak. Takpalah.. orang mint kita kasi tips.. kita kasilah.. tips untuk blogger baru yang nak bertahan lama bukan nak glamour.. lain tau.. 


Nad pegang 5 tips ni je :)

1. Please Be Yourself and Do what u love to do.

Memang lah senang je kalau kita nak jadi orang lain, menceritakan tentang diri anda yang sememangnya bukan anda. Tapi lagi baik dan telus jika anda meletakkan diri anda sendiri di dalam blog anda. Ia akan menjadikan ia unik dan lebih baik. Buat apa yang anda suka. Jangan buat apa yang anda tak suka sebab ini akan menyebabkan orang kutuk kita tnpa sedar.

2. Be polite and Media social

Please be polite, sebab dengan sifat ni membuatkan kita disenangi oleh rakan-rakan blogger.  No need to sombong-sombong, hehe. Terima teguran dan kelemahan kita walaupun kita jenis yang buat apa yang kita suka. Dengan ada nya media social seperti Twitter, Facebook dan sebagainya, ia dapat membantu kita untuk mempromosikan blog kita.

3. Matikan Captcha

Buat apa nak ada captcha, ia menyukarkan pengunjung yang datang ke blog anda untuk mengomen. Mungkin lah dalam 1000 orang sorang je yang sudi mengomen. Tapi baru je mood dia baik nak mengomen ada plak captcha-captcha ni.. Dah dia cancelkan niatnya.

4.Rajinlah ber Google

Cubalah anda luangkan masa untuk men google.. cari tentang blog.. minat anda pasti akan berkobar-kobar jika anda rajin mengoogle tentang blog. Try edit blog sendiri untuk mendatangkan kepuasan walau pun adoi susahnya. 

5. Don't Give up

Sebagai seorang blogger, pasti banyak kali anda akan berasa kecewa dengan blog anda dan jika ini berlaku, cara yang terbaik adalah berehat dan segarkan diri anda. Fikir balik mengapa anda nak memulakan blog. Contohnya macam saya, bila tengok blog orang lain rasa kecil je diri ni, perasan malas nak blogging dah muncul. Namun dikuatkan hari untuk menulis entry ni yang mana kebetulan ada seorang rakan blogger yang bertanyakan tips untuk blogger baru. Setelah di fikirkan kembali, saya buat tip ini. Sedikit sebanyak saya dapat suntikan semangat untuk diri sendiri juga. Kesimpulannya kalau rasa give up cuba buat sesuatu yang baru pada blog anda :) Jika anda masih berminat dengan blog kemudian teruskan berblogging.

Sunday

Panduan Membeli-belah diatas talian

Membeli-belah dalam talian adalah satu aktiviti yang menyeronokkan. Secara peribadi, saya suka untuk melayari kedai-kedai yang berbeza dalam talian untuk melihat trend dan koleksi terkini. Semuanya dihujung jari.

Namun terdapat satu kelemahan dimana anda berminat untuk membeli-belah di atas talian tetapi anda pening dan runsing berkenaan dengan size. Jadi kerja nak kene pulang balik barangan tersebut jika size tidak sesuai dengan anda, tu pun kalau boleh pulang balik. 

Menentukan saiz sempurna dengan melihat imej pada skrin komputer boleh membuat membeli-belah dalam talian sedikit rumit. Mengetahui bagaimana untuk mengukur diri anda boleh menjadi bantuan yang besar dan ini yang hendak saya kongsikan kepada anda :

Cara yang paling mudah dan paling tepat untuk mendapatkan ukuran adalah dengan menggunakan pita pengukur lembut. Terdapat empat tempat di mana anda perlu untuk mengukur diri sendiri. Bust, pinggang, punggung dan inseam.


Mengukur 'bust' anda adalah mengukur di bawah tangan anda di bahagian sepenuhnya dada anda. Perlu berada di antara tiga puluh satu dan empat puluh dua inci Untuk memecahkan ia ke bawah tempat satu hujung pita pengukur di bahagian sepenuhnya dari payudara anda (di bawah ketiak) untuk mendapatkan ukuran yang betul. 


Mengukur pinggang anda adalah sangat jelas dan saya pasti anda akan tahu apa yang perlu dilakukan. Tetapi bagi mereka yang mungkin agak teragak-agak, bulatkan pinggang anda di atas butang perut anda dan di bawah tulang rusuk anda.

Seterusnya, balut di sekeliling diri dari pinggul ke pinggul dan ada anda telah mendapat ukuran pinggul anda. 

Untuk mengetahui inseam anda, mengukur bermula jahitan kelangkang dan berakhir di bahagian bawah kaki anda. Inseam anda akan dapat membantu anda membeli seluar yang sesuai dengan baik dan akan menentukan jika anda memerlukan 'tinggi' atau inseam 'biasa'. 

 Jangan lupa untuk anda memastikan apakah jenis bahan dan fabrik yang anda akan beli itu.  Saya harap tips ini akan membantu sebahagian daripada anda dan Happy Shopping!

malam yang sebak

 

Saya bukan gila  cuma saya sedih..

Malam tadi saya mimpikan sidia.. hati ni rasa sakit sangat..
Malam ni pun sama..termimpikan sidia.. tapi kali ini rasa sangatlah kosong..

Pernah tak korang rasa korang OK tapi realitinya korang sedih sangat. Hati rasa sebak dan anda tak tahu apa yang anda fikirkan. Masa tu juga anda rasa mcm tercari2 seorang teman untuk berada disisi anda.  Tetapi anda risau yang mana anda takut mereka annoying dengan masalah anda..

Sedih


Hmm.....  Tak mempu nak terus tabah.. tak mampu nak terus tersenyum...

Yakin Cintamu ku Dapat


Langkah kakiku semakin sesat
Saat dirimu hakimi hatiku
Namun ku coba selalu mengalah
Ku lakukan demi cinta
  
Aku menunggu dan terus berharap
Dan aku bertahan hingga datang gelap
Hingga suatu saat tubuhmu ku dekap
Yakin cintamu ku dapat
Meski kau selalu menyakiti aku
Ku coba bertahan walau sakit hati ini
Ku paksakan dan aku percaya
Suatu saat nanti kau akan mengerti
Bahwa 
cintaku ini takkan mati

Tuesday

Cara - cara kurangkan bajet/ kos perkahwinan

Semua orang mengimpikan majlis perkahwinan yang terbaik, namun kekangan kewangan kadang-kadang menjadikan impian tu tidak dapat direalisasikan.

Sebenarnya perkahwinan ini bukan lah perlu difokuskan kepada majlis perkahwinan, biarlah kita berbelanja untuk perkahwinan ini mengikut kemampuan kita. Jangan sampai berhutang untuk mendapatkan majlis perkahwinan yang gilang gemilang.

Sebagai seorang bakal pengantin, amatlah penting untuk kita membuat bajet/kos yang sebaik mungkin. Setelah cuba mengkaji dari pelbagai sudut, saya ingin kongsikan dengan korang cara - cara untuk mengurangkan bajet perkahwinan. Mungkin saya juga akan manfaatkan cara ini nanti. 

1. Tetapkan jumlah tetamu, kerana jika kita mengetahui jumlah tetamu yang akan hadir, kita dapat mengira bajet untuk tetamu yang telah ditetapkan. Perlu diambil kira hal ini bagi mengetahu bajet untuk cenderamata, makanan, kad kahwin dan lain-lain.

2.  Tentang penyediaan makanan, sebenarnya lebih jimat jika kita menyediakan makanan secara bergotong-royong. Selain dapat mengeratkan silaturahim ia juga dapat menjimatkan kos. Namun, terdapat juga pendapat yang mana menggunakan khidmat katering lebih jimat. Sekarang ni banyak pakej katering bajet yang ditawarkan. Anda harus rajin dalam membuat survey tentang ini.

3. Jangan buat persediaan "Last Minutes", bukan apa takut nanti tak sempat nak planning.Mulalah akan over budget.. hihihi... Elak buat musim-musim persekolahan bukan apa, takut harga barang naik. Manalah tahu kan. 

4. Hantaran dan pelamin , lebih jimat jika dihiasi menggunakan bunga plastik. Selepas digunakan ia boleh digunakan sebagai perhiasan. Berbanding bunga hidup yang mana akan layu dan akan dibuang disamping tentulah kos nya jauh lebih mahal.

5. Perlulah sentiasa kunjungi pameran perkahwinan yang mana ada menawarkan promosi untuk pakej perkahwinan samaada untuk pakej fotografi, kad perkahwinan mahupun katering. 

6. Bab baju perkahwinan, sewa sajalah lebih jimat. Lepas pakai pulang. Tak perlu kot banyak-banyak persalinan. Ke nak jugak banyak persalinan?kang overbudget plak.. hihi

7. Hantaran tu tak perlulah banyak sangat berbalas-balasnya. Bagi yang penting sahajakan bagus

8. Majlis akad nikah atau pun persandingan dilakukan pada hari yang sama, ia dapat menjimatkan kos juga. Tapi kalau nak hari yang berlainan boleh juga, jumlah tetamu perlulah dihadkan untuk majlis akad nikah tu.

9. Kad kahwin tak perlulah yang mahal-mahal, zaman sekarang ni boleh hantar jemputan menggunakan facebook je. So dah jimat. Sekarang ni dua majlis belah pihak lelaki dan perempuan boleh digabungkan dalam satu kad. Senang takyah buat dua kali. Takyah meriah-meriah lah kad kahwin tu, takda nya yang nak simpan sebagai kenangan. Ye tak?

10.Banyak lagi yang perlu di ambil berat sebenarnya, dari cenderamata,  hiburan halwa telinga, dan macam-macam lagi. Bajet sesebuat majlis dapat dikurangkan jika kita banyak membuat survey dan perbandingan.








Wednesday

Variety Show Roommate


p/s : Entry ni tulis pagi tadi kul 3.00am. petang ni baru perasan tak publish,muakaka tertido lah ni

Selamat Pagi buta kepada semua yang sedang membaca blog Nad ni.. hikhikhik....Tak leh tido lah malam ni..tak tahu nak buat apa.. Sib baik Astro kat rumah leh leh record.. Duk belek2 citer yang direkod nampak lah citer Roommate(Citer Korea) Variety show..Ala2 AF lah ni..

Citer ni memang menarik.. mula2 mcm bosan.. tapi akhirnya baru kita masuk dengan dunia mereka.. eceh2.. hihi..  Baca sini lau nak tau lebih kurang pasal rancangan ni >>SINI<<

Sebenarnya Nad ni bukanlah peminat citer or korea ni.. tp bila duk kat jauh ni takda member.. mulalah berjinak2 ngan drama, atau rancangan korea ni.. not bad jgk..

So korang yang tak pernah tgok tu jemputlah tengok.. hehe kt sini boleh tengok >> KLIK SINI <<


Lirik lagu jaga dia untukk by Dato Siti Nurhaliza


Mahu ku bersama
Mahu ku ke sana diriku tak disini lagi
Waktu tak bicara
Lama terasa seakan terhenti mengiringiku

Tenanglah duhai jiwa
Tebarlah tulus doa
Ku kepadanya saatku tiada

(Korus)
Tuhan Jaga dia untukku
Kala ku masih jauh
Bagai menghitung resah berkepingan berderaian

Tuhan Jaga dia untukku
Selamanya ku ada
Mencipta syurga bersama
Menyayangi mendampingi dia

Terbangkan diriku
Bersayap seribu biar detik menjadi laju
Langit pun mendengar
Jadi penawar mengusir debar jatuh ke dasar

Tenanglah duhai jiwa
Tebarkan tulus doa
Ku kepadanya saatku tiada

(Korus)
Tuhan jaga dia untukku
Kala ku masih jauh
Bagai menghitung resah berkepingan berderaian

Tuhan Jaga dia untukku
Selamanya ku ada
Mencipta syurga bersama
Menyayangi mendampingi

Mungkinkah ini menguatkan kita
Lambang cinta ku dan dia

Lirik lagu Matahari by Hafiz AF


Matahari tak cukup indah
Pada pagi yang suram ini
Malam ku resah kerana
Malam mungkin kelam

Bumi indah cinta punah
Bintang bintang tumpang berduka
Meratapi nasib
Kenapa hari ini

Matahari bangunlah
Indahkan hari ini
Engkau perlu hidupkan semula mimpi kami

Matahari bangkitlah
Indahkan hari ini
Engkau perlu hidupkan semula cinta kami

Lupakan kisah
Kisah yang terjadi
Mengharap sinar
Sinaran darimu

Matahari bangunlah
Indahkan hari ini
Bagi kami terus melayari hidup kami

Matahari bangkitlah
Indahkan hari ini
Bagi kami terus menghidupkan cinta kami

Lupakan kisah
Kisah yang terjadi
Mengharap sinar
Sinaran darimu

Super spontan Musim Ketiga


Program realiti bercorak permainan yang menampilkan para selebriti bermain komedi secara improvisasi kini kembali dengan judul Warna Super Spontan 2014.
Menurut Pengurus Saluran Astro Warna, Encik Rostam Said, masih mengekalkan format yang asal Super Spontan memilih ‘wrestling’ bersesuaian dengan tema sukan yang diketengahkan oleh program tersebut sebelum ini.

“Kami pilih sukan wrestling kali ini memandangkan Super Spontan memang sinonim dengan tema sukan. Tahun lalu Super Spontan dengan tema sukan Bola Sepak, kali ini sukan gusti kerana negara juga  bakal menyaksikan jelajah siri sukan tersebut tidak lama lagi.

“Jadi saya rasa ianya bersesuaian dengan ‘mood’ penonton dan peserta. Nama juga dipilih mengikut kesesuaian tema dan dari segi pemilihan barisan peserta, mereka yang pernah menyertai Super Spontan sebelum ini layak untuk kembali menyertai di musim akan datang sekiranya mereka tidak pernah dinobatkan juara program Super Spontan,” jelas Rostam Said ketika majlis pelancaran program Warna Super Spontan di Damansara Perdana.

Dua penyampai radio Era FM, Ray dan Haniff bakal menjadi pengacara dan Afdlin Shauki buat pertama kali bakal bergandingan dengan Adlin Aman Ramli sebagai pengulas selain kemunculan Amir Raja Lawak seperti biasa untuk menghangatkan lagi suasana.

Mawas Berduri yang diuruskan oleh Rashid Salleh dan disertai oleh Yus Jambu, Rahim R2, Fad, Didie Alias, Jihan Muse, Johan Raja Lawak dan Syuk Balas. Manakala kumpulan Biawak Laser diketuai oleh Reza dan diwakili oleh SHuib Sepahtu, Taukeh Jambu, Shahrol Shiro, Michael Ang, Achey Bocey, Sharifah Sakinah dan Abam Bocey.

Nasib setiap kumpulan akan ditentukan oleh undian SMS daripada penonton di mana kumpulan yanf dapat markah terendah perlu menyingkirkan salah seorang peserta daripada kumpulan mereka dan kumpulan menerima markah tertinggi akan memenangi RM5,000 dan disalurkan ke badan kebajikan yang memerlukan.
Juara Warna Super Spontan akan membawa pulang wang tunai RM100,000. Layari facebook rasmi www.facebook.com/SuperSpontan dan laman web www.superspontan.com.my bermula 15 Ogos 2014.

Jangan lupa untuk menyaksikan Warna Super Spontan yang akan bersiaran secara langsung di Astro Warna (132) dan Mustika HD (134) bermula 22 Ogos 2014, jam 10 malam!

Monday

Setia Band Solat Malam


Jika malam kamu tak bisa tidur, Ambil wudhu ayuh tunaikan solat, 
Bersujud sambil kita berdoa, Insha'Allah hidup damai dan sentosa...

Jika fikiran kita sedang bingung, Yakinkan untuk minta pada Allah,
Memohon petunjuk jalan yang benar, In sha'Allah hidup tenang bahagia...

Para pemuda yang susah cari kerja, Ibu bapa yang punya anak lima,
Para gadis yang susah cari jodoh, Ayuh kau lakukan itu...

Mari kita sama-sama berdoa, Mari kita sama-sama memohon
Dekatkan hati kita dengan Tuhan, In sha'Allah masuk syurga...

Tuesday

Flower Boys Ramen Shop

Salam Semua.. :) semoga kalian Hapy always.. Actually arini nad bosan sangat tak tahu nak wat apa. Nak tengok running man takda mood plak sebab line tak ok.. Sebenarnya aku ni tak suka kpop2x.. yucks!! kamseupay... Tapi setelah mula berjinak2 menonton Running Man.. Terpikat plak rasa xcited plak lau dpt jumpe personnel Running Man.. 
Bukan tu saja.. Aku juga dah mula menjinak2 menonton Drama Korea.. arghh Stress..sampai tak tdo seharian.. Citer pertama buat aku menitiskan air mata..sebab layan sangat adalah cite "Flower Boy Ramen Shop"... Well!!~ citer ni best gile!! :( 

Ni nak share ngan korang :)


Sinopsis
Cerita tentang empat orang pemuda yang lebih dikenali sebagai “pretty boys,” sebab masing-masing memiliki wajah yang tampan dan pesona yang tersendiri dan seorang gadis yang memiliki tarikan dalam caranya yang tersendiri.

Yang Eun Bi-gadis periang dan mempunyai fikizal yang kuat. Berusaha untuk melepasi ujian tapisan untuk menjadi seorang guru. Yang Eun Bi mempunyai masalah dengan bapanya. Namun di saat-saat akhir si bapa, mereka kembali berbaik semula. 


Cha Chi Soo-anak hartawan dan merupakan pewaris tunggal. Dia merupakan harta yang paling bernilai bagi bapanya President Cha. Tetapi Cha Chi Soo seorang yang agak bongkak dan memilih dalam berkawan terutamanya wanita.


Choi Kang Hyuk-chef dari Jepun yang datang ke Korea kerana amanah yang diletak di bahunya. Seorang yang tenang. Choi Kang Hyuk ada rahsia besar yang disimpannya. Namun sehingga satu tahap rahsia itu terpaksa didedahkan kerana merasa "haknya" akan dirampas.


Woo Hyun Woo-seorang anak muda yang lembut dan tenang. Woo Hyun Woo terlibat di dalam "kumpulan" ini kerana ditawarkan tempat tinggal. Woo Hyun Woo terspit dengan hutang yang banyak yang telah dibuat oleh bapanya menyebabkan dia dikejar oleh pemiutang.


Kim Ba Wool-anak muda yang panas baran. Mudah tersinggung, pemarah dan cepat melatah. Kim Ba Wool merupakan orang yang menetang keras kehadiran Cha Chi Soo di Ramyun shop tersebut.


Apakah yang menghubungkan mereka berlima? Bagaimana mereka menyelesaikan setiap permasalahan yang timbul diantara mereka?

Yang Ni korang kene tengok..... Ada 16 Episod... :)  Sweet citer ni

Friday

# Pray For MH17

Innalillah.... Ini merupakan 1 peristiwa yang menyentuh hati... Nad tak dapat nak komen apa.. tp bila mengikuti cerita2nya.. Sebak terasa... :( 
:: Takziah dan Al Fatihah ::

Thursday

Lirik Lagu Ayuh Tinggalkan Dia by Encik Mimpi



Dah berkali-kali ku terfikir dan tertanya

Entah bagaimana kau sanggup bersamanya

Aku lihat dia taklah sekacak mana

Ai geram hati ku rasa


Di sini ku sedia menggantikan tempatnya

Kan ku buktikan ku lebih hebat darinya

Ayuh sayang jangan tangguh-tangguhkan masa
Janganlah tunggu lama-lama



Oh sayang sayang sayang sayang

Sejuta kali sayang

Tiada yang ku sayang selain kamu sayang
Sayang ku pada kamu takkan menghilang



Oh rindu rindu rindu rindu

Sejuta kali rindu

Hanya diri kamu yang selalu aku rindu
Setiap masa pun kamu dalam kalbuku



Sayang, ku kan setia

Akan ku pastikan kamu bahagia

Takkan ku biarkan kamu menderita
Tanpa rasa cinta



Sayang ku kan mencinta

Lebih dari apa kau dapat darinya

Ku janji kaukan pasti rasa sempurna
Tinggalkan lah dia
Ayuh
Tinggalkan lah dia



Akan ku binakan mu istana bahagia

Ku lantik diriku menjadi panglima cinta

Yang akan melindungi kamu setiap masa
Kerna kamu sang puterinya



Sayang, ku kan setia

Akan ku pastikan kamu bahagia

Takkan ku biarkan kamu menderita
Tanpa rasa cinta



Sayang ku kan mencinta

Lebih dari apa kau dapat darinya

Ku janji kaukan pasti rasa sempurna
Tinggalkan lah dia
Ayuh
Tinggalkan lah dia
Ayuh
Tinggalkan lah dia

GIVEAWAY DUIT RAYA GEMPAK 2014 BY AINAA ROSEBERRY

Click Banner Untuk Join!

GIVEAWAY DUIT RAYA GEMPAK 2014 | AINAA ROSEBERRY | Giveaway ini dianjurkan oleh Ainaa Roseberry dengan kerjasama Mawar Khayalan dan  Fero Music. Malah juga di sponsor oleh beberapa blogger yang terkemuka seperti:














Giveaway ini akan berlangsung dari 2 Julai 2014(Rabu) hingga 20 Julai 2014(Ahad). Pemenang akan diumumkan 3 hari selepas GA ini tamat iaitu pada 23 Julai 2014.

Giveaway Cash RM1000 by Emas Putih

As-Salam

[Sila Tekan Banner Diatas If Nak Join]




Wednesday

Gambar Mesra Pelakon Running Man

ji suk jin, lee kwang soo, haha, yoo jae suk_running man

Photo diupload oleh Ji Suk Jin di Weibo :)

Ji Suk Jin, Yoo Jae Suk, HAHA dan Lee Kwang Soo nampak mcm erat je friendship meke kan.. hahahaha

Friday

ARTIS BOLLYWOOD TANPA MAKE UP

hOLA...
Morning... Wish u guys happy todays.. ehehe.. Hari ini Nad ada masa sikit pagi ni.. So luangkan masa beberapa minit untuk tengok Facebook. nak dipendekkan cerita, Nad terpandang lah 1 artikel di FB yang mana berceritakan tentang Rani (klik tuk baca). Laa.. Nad ni peminat gila2 kat Rani ni.. Tak tau plak dia dah kahwin.. Ermm dengan Aditya ni plak.. =.= Sabo je la.. Tapi tak kisah la.. Hahaha..

Tangan ni pun makin gatal, p lah search gambar kahwin Rani.. Jumpa lah beberapa gambar yang membuatkan Nad buat entry ni.. hehe... Bila Artis Bolywood tanpa mekap.. Gini la rupanya :


Kenal tak????? ada yang cam ada yang tak kan.. hehe :P

Thursday

Isu Cadbury : Kementerian Kesihatan Akui Buat Silap

Pulak??? hmmm.. guane citer ni.. 


aish.. baru terjumpe pasal ni.. lambat nadia ni.. hihihi.. cadbury tu dah lah coklat fav.. skrg ni apa status dia.. silap ke apa.. aish..lawak pun ada..  cikbi2 femes hang..

Konsert Mega Akhir Kilauan Emas 4

Selamat pagi... segar rasa badan bangun pagi ni.. Malam tadi letih sangat dah lah tunggu 2 minggu nak nonton konser akhir Kilauan Emas 4 ni.. tibe masa mata ni takleh bukak disebabkan penangan 1 biji pain killer.. tido terus sib baik terjaga subuh.


Sunday

Liri Lagu Teka Teki by Maya Karin



Apakah yang terangi sang matahari
Apakah yang terkandung di hujung pelangi
Apakah yang menghembuskan dingin angin
Selalu ku termenung tertanya-tanya

Saturday

Senarai Pemenang Sweet Giveaway by Misz Nadea & Liniey Nor

ASSALAMUALAIKUM :)

Yeay!! Senarai pemenang GA dah kluar,, jadi kepada yang join please take note k :)

Berikut merupakan senarai pemenang Sweet Giveaway by Misz Nadea & Liniey Nor. Diharapkan tiada double link..Kalau ada mohon bagitau.

Friday

Simple 1st Giveaway Blog Kisah Kita

Assalamualaikum w.b.t.

Klik banner untuk join.

Dijemput semua untuk memberi sokongan dan memeriahkan lagi Simple 1st Giveaway dari Blog Kisah Kita iaitu GA bersama My Stitching Wold and Shop. Buat pertama kalinya GA ini dianjurkan, harap ianya mendapat sambutan. Semoga GA ini dapat menambahkan lagi kenalan dan mengeratkan silaturrahim sesama rakan-rakan.

Thursday

Sweet Giveaway By Misz Nadea & Liniey Nor

ASSALAMUALAIKUM :)

Jom meriahkan Sweet Giveaway By Misz Nadea & Liniey Nor!! Top refferal RM 50 x 2 serta pelbagai hadiah yang sweet untuk dimenangi.

Giveaway Blog
Clik banner untuk join!

Search This Blog