🚧 Blog Under Refresh!

Note to My Readers: Heads up! This blog is currently under a little renovation. I'm in the middle of refreshing the look and updating the content to make it more meaningful — especially as I share my love story, Turkish language learning journey, and lifestyle experiences.

Feel free to explore the older posts, and come back soon for new updates, fresh posts, and a whole new vibe! 💛📖

Monday

:: Friends via MiRC ::

Inie Kawan2 ku semasa join irc.kampungchat. hurm...sapa kata kalau kawan2 ngan mereka semua ni tak leh dapat satu perhubungan yang e-class?? nadea rasa okey jerp... mereka semua lebih memahami silap haribulan lebih faham kita dari yang di dunia nyata..waakakakaka... mcm mereka ni di alam lain plak.. heheh...

so..nadea nak lah tunjuk kat korang antara kawan2 irc nadea yang comel2 n ensem2 belaka..hehehe....

p/s : buat kowang semua.....jangan marah ea... just nak penuhkan ruangan ni jer... tanda menghargai persahabatan yang korang hulurkan...hahahha :P


  • walaupun ramai orang kata kawan2 cuber nie... bukan lah baik sangat... tp sebenarnya tanggapan anda semua silap.... masih ada insan yang menghargai maksud "Apa itu KAWAN"

Sunday

:: Kawan ::

dalam hidup nadea... nadea ada ramai kawan... ada sebelah rumah..kawan sek ren..sek men..kawan kat ipt..kawan sama kawan..kawan kat fs/ms/tagged/fb/rs/ym..kawan irc..kawan poker pun ada.... kawan tempat office.. dan mcm2 lah.. tp dia semua ni anggap nadea nie kawan ker tak??? dalam ramai2 ni.. nadea ada seorang jerp kawan baik.. kawan yang nadea sayang sangat.. tp... smuanya telah berakhir... walaupun dia membenci nadea tp nadea sayang sangat dia... walau apa pun yang berlaku dia tetap sahabat nadea selamanya....






hargailah persahabatan anda dengan mereka...


persahabatan itu satu anugerah...


persahabatan itu satu persaudaraan sesama insan...


persahabatan terjalin apabila terjadinya satu pertemuan...


persahabatan itu adalah satu perhubungan yang akrab atas dasar ketulusan...


persahabatan itu adalah amanah....





ingatlah....


dalam masa kejayaan, teman2 mengenal kita....


dalam kesengsaraan, kita kan mengenal teman2 kita...


Erti Sebuah Persahabatan



  • Buat semua pemilik gambar2 ini diharap anda semua
    tidak marah dan terima kasih sebab tak marah...hehehe...nak glamourkan korang
    duk lam blog saya nier... tiada kene mengena yang hidup mahupun tak telah
    tiada.....



























Apa yang kita alami dari kawan2 kita kadang2 melelahkan dan menjengkelkan... ttp itulah yang membuatkan sesebuah persahabatan itu indah... persahabatan selalunya mempunyai pelbagai cubaan tapi persahabatan yang sejati akan melemahkan setiap cubaan itu...

sesebuah persahabatan bukanlah mudah untuk dijalinkan...ianya memerlukan proses yang panjang... seperti besi menajamkan besi... persahabatan yang baik adalah persahabatan yang diwarnai dengan pelbagai pengalaman suka dan duka... di hibur dan disakiti... diperhatikan serta dikecewakan... di dengar dan diabaikan... dibantu juga ditolak... namun semua ni mungkin tidak pernah disengajakan dengan tujuan kebencian...

seorang sahabt tidak akan menyembunyikan kesalahan untuk menghindari perselisihan... bahkan ia perlu memberanikan diri utk membetulkan keadaan.. kerinduan adakah sebahagian daripada persahabatan... jika tidak kita adalah seorang yang egois... semua orang memerlukan sahabat yang sejati... namun tidak semua berhasil mendapatkannya... banyak pula yang telah menikmati indahnya persahabatan namun kerana sebab tertentu hancur sebuah persahabatan kerana pengkhianatan... namun kita tahu... kenapa!!! mengapa!!! kerana setiap yang berlaku ada jawapan nya....

saya mungkin bukan sahabat yang baik... tapi ingatlah... bila kali terakhir anda berada dalam kesulitan... siapa disamping anda bila anda terluka.. bila anda disakiti.. bila anda memerlukan... bila anda kesunyian... jangan hanya satu kesalahan yang ada sebabnya... semuanya musnah tanpa ada satu kemaafan...
















hahaha...untuk gambar ni plak.. takda motif sebenarnya tapi boleh la.. wat penuh pic lam blog nie...

kan!! kan!!

X-clusive




Gambar ni bukan gambar saya bertunang apatah lagi gambar kawen....

i'm still single & available tau....

hehehe.......

kenangan....

tak pernah terpikir olehku


tak sedikit pun ku menyangka

kau akan pergi tinggalkan ku sendiri


begitu sulit ku menyangkal

begitu sakit ku rasakan

kau akan pergi tinggalkan ku sendiri


di bawah batu nisan kini kau tlah sandarkan


kasih sayang kamu begitu dalam

sungguh ku tak sanggup ini terjadi

karna ku sangat cinta


ini lah saat terakhirku melihat kamu

jatuh air mataku menangis pilu

hanya mampu ucapkan selamat jalan kasih


satu jam saja ku telah bisa

cintai kamu kamu kamu di hatiku

namun bagiku melupakanmu

butuh waktuku seumur hidup


satu jam saja ku telah bisa

sayangi kamu di hatiku

namun bagiku melupakanmu

butuh waktuku seumur hidup


di nantiku




FriendSHip

Erti persahabatan tak pernah lupus dalam jiwaku, meskipun nilai - nilainya pudar dibawa arus masa.
Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri…tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita. Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia.

Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.

Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya. Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri. Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti...ker

ana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, 'memaksa’ dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya? Seperti, dia juga tahu rasa kecewa…tetapi kita sering terlupa.

Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia. Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.

Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita. Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah? Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?

Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat kita, kerana dia juga seorang manusia, dia juga ada rasa takut, ada rasa...bimbang, sedih dan kecewa.

Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Di sebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan, di sebalik ketenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan…kita tidak tahu…tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.

Jika anda bersahabat, bersiaplah untuk berkorban demi sahabat anda. Jika anda bermusuhan dengan sahabat anda, bersiaplah untuk mengalah demi persahabatan kalian.

rasa hormat tidak selalu membawa kepada persahabatan, tetapi persahabatan tidak akan ada tanpa rasa hormat. Ini merupakan salah satu hal yang membuatkan sesuatu persahabatan itu lebih berharga daripada cinta.

Search This Blog